:: Motor Cikgu Hilang ::

Habis kelas Matematik Tingkatan 5 malam tadi, macam biasalah, jalan menuju ke motor. Nak balik cepat dan berehat, letih juga dari pukul 3.00 petang ada tuisyen.

Sambil turun dari pusat tuisyen yang terletak di tingkat dua, gugusan kunci motor sudah dikeluarkan siap-siap dari poket jaket.

Pelajar Tingkatan 5 yang sama-sama keluar dari bangunan corner lot itu masih rancak bersembang. Mungkin masih berbual tentang kuiz 11 soalan yang berhabuan duit raya bagi dua orang yang dapat markah tertinggi tadi. Mungkin.

Selepas mengangguk dan angkat tangan tanda minta diri kepada mereka yang mengenali, kaki terus diatur ke parkir. Sejak buka puasa tadi hanya sempat minum air segelas. Makan pun kelam kabut. Tak apa, balik dulu. Minum di rumah.

Sampai di parkir, segala dahaga dan mengantuk hilang. Jantung macam nak berhenti.

Motor tak ada.

***

Mata meliar ke seluruh kawasan parkir. Masih tak percaya, motor yang hari-hari ditunggang tiada di depan mata.

Mungkin ada orang telah ubah kedudukannya, hati menafikan. Macam biasa, hati selalu cuba menenangkan. Akal masih mencari logik. Dikerah berfikir.

Monolog bukan lagi dalam hati. ‘Betul, aku letak kat sini tadi. Betul-betul belakang motor putih ni.’

“Kenapa, cikgu?” tanya salah seorang pelajar Tingkatan 5 yang sudah menyarungkan helmet di kepala. Pasti dia hairan melihat aku mundar-mandir, mencari-cari.

“Motor cikgu tak ada,” jawab aku.

Gelak tawa pelajar-pelajar lain yang masih bersembang terhenti hampir serentak. Sambil mencari keseriusan di wajah aku, bertubi-tubi mereka bertanya,

“Ha?”

“Betul ke?”

“Cikgu letak kat mana tadi?”

“Cikgu pasti cikgu letak kat situ?”

“Cikgu tak silap?”

Sekali lagi babak ketibaan aku ke pusat tuisyen sekitar 8.08 malam tadi bermain di kepala. Ya. Aku tak silap. Tak juga lupa. Ini bukan parkir dalam mall besar. Takkan aku lupa.

Seluruh parkir di hadapan pusat tuisyen telah aku teliti. Sah. Motor lama yang sudah berkhidmat hampir sedekad itu tak ada.

Aku terlihat sebuah CCTV yang terpasang di premis bersebelahan, betul-betul di hadapan tempat aku letakkan motor tadi.

Tanpa membuang masa aku naik semula ke pejabat pusat tuisyen. Bos pusat tuisyen, isterinya dan seorang lagi staff (Staff A) masih ada di atas.

Sebaik sahaja pintu pejabat dibuka, aku bersuara, “Encik Khairul, saya rasa… motor saya hilang.”

“Ha?”

***

Lama juga kami menanti untuk melihat rakaman CCTV milik premis sebelah. Hanya bos sahaja yang ada autoriti untuk mengakses, kata mereka. Dan ketika itu, bos mereka tiada.

Dipendekkan cerita, rakaman CCTV jelas. Ada seorang lelaki lingkungan 50-an yang menolak motor aku ke tempat lain. Silap aku. Tak perasan, terlupa kunci handle. Aduh.

Biasanya memang aku kunci, tapi tadi… mata aku ralit memerhatikan seorang lelaki (orang lain) yang kelihatan mencurigakan, betul-betul di hadapan pusat tuisyen. Tiga empat kali dia memandang aku yang melakukan rutin mengunci motor, simpan helmet segala. Hati rasa tak sedap. Tapi boleh pula teruskan jalan tanpa kunci tayar. Handle, entah macam mana boleh lupa.

Dipendekkan lagi cerita (eh, ke tak pendek pun?😅), ada beberapa orang dari persatuan penduduk berdekatan yang mengenali suspek dalam rakaman. Kata mereka, suspek memang selalu buat kerja-kerja mencuri motosikal. Mereka tahu port suspek. Mereka berpendapat, bahaya juga kalau kami terus ke sana sendiri.

Emak tiba beberapa minit selepas kami peroleh maklumat itu. Kami memutuskan untuk ke balai polis, membuat laporan.

Di balai, tidak lama giliran ditunggu. Jari pegawai polis laju menaip laporan di hadapan aku. Teringin nak tengok skrin komputer, apalah yang ditulisnya. Aku menjawab saja soalan-soalan yang ditanya.

Belum sempat aku habiskan cerita, bos aku mendapat panggilan telefon. Staff A sudah jumpa motor aku yang hilang!

Kata Staff A tadi dia juga akan mengikuti kami ke balai. Patutlah dia belum tiba. Rupanya dia pergi mencari di kawasan berhampiran port suspek. Berani betul!

Aku blank sekejap sama ada mahu sambung buat laporan atau bagaimana. Kata Staff A yang masih berada berhampiran motor aku, suspek juga ada di situ. Suspek seperti mabuk. Terbaring, tidur. Apakah?

Sekitar 1.00 pagi, setelah mendapat bantuan polis peronda, motor berjaya diambil semula.

Alhamdulillah.

Bos dan Staff A memang terbaik. Berani. Suspek sampai ke sudah, memang tak sedar. Mamai? Mabuk? High? Entah.

Tak jauh dari port suspek, ada sebuah bengkel motor kecil. Rupanya Staff A telah bertanya kepada orang bengkel. Guess what? Mereka baru sahaja ‘godek’ motor itu setelah suspek membawa ke situ. Yalah, dia tak ada kunci kan. Lain-lain modifikasi yang akan membolehkan suspek menggunakan motor itu juga telah dibuat.

Orang bengkel memang hairan juga melihat motor yang masih bertampal sticker universiti, segala. Sempat dia terfikir, ‘Eh, ini macam motor student.’

Tapi dia cuma bertanya kepada suspek, “Nak buat apa tanggal side mirror semua ni?”

“Nak bawa merempit,” kata suspek. Sabar jelah.

Aku ambil keputusan untuk tidak meneruskan laporan polis. Bukan apa, silap aku juga yang tak kunci handle motor.

Apapun, pagi ini memang macam baru bangun dari mimpi. Bukan selalu motor kena curi boleh dapat semula. Aku memang dah pasrah jugalah semalam.

Sambil melihat motor yang sedang diperbaiki di bengkel, aku teringat kata-kata ini,

“What is meant for you will reach you even if it is beneath two mountains, and what is not meant for you will not reach you if it between your two lips.”

Alhamdulillah.

:: POTD: Pagi Raya ::

from Instagram: http://ift.tt/2t5Lmh3 http://ift.tt/2u3nFTH

Gambar pagi raya.

Tahun ini emak gigih jahitkan baju raya untuk semua perempuan dalam keluarga. Memang dari dulu lagi emak yang selalu jahitkan. Cuma bila dah besar ni, tengoklah kalau emak sempat / larat.

Baju yang emak jahit selalu lebih selesa daripada baju-baju lain. Terutamanya baju kurung.

Sebenarnya sekarang ni dah kurang nak cari baju ‘berkain’. Memang jarang sangat pakai baju kurung atau jubah. Lebih kerap berseluar – sebab selalu naik motor ke mana-mana.

Punyalah dah lama tak pakai jubah / baju kurung, sampai pernah sekali, pergi pusat tuisyen pakai jubah, bos tanya, 

“Cikgu baru balik kenduri ke?” 😅 

:: Kuih Raya Tahunan ::

Ramadan kali ini sangat terasa pantas berlalu. Dua minggu pertama terutamanya, rasa sangat pantas. Sekejap sahaja sudah di pertengahan. Mungkin kerana ketika itu cuti sekolah baru bermula. Dua minggu aku penuh dengan kelas di siang hari.

Biasanya, sekitar minggu kedua Ramadan aku sudah mula membuat kuih raya. Tapi tidak kali ini. Tahun ini, di minggu terakhir Ramadan barulah aku kelam kabut ke kedai mencari bahan segala.

Seperti tahun-tahun lepas, ini kuih raya yang wajib aku buat sendiri. Yang senang-senang sajalah yang aku boleh buat pun. 😅

  • Almond London – yang aku buat tahun ini bukan ‘Almond London’, tetapi ‘Hazelnut London’. Sebabnya, aku tak jumpa whole almond yang dijual di kedai yang aku selalu pergi. Jadi, aku guna hazelnut di dalamnya. Tak sangka jadi lebih sedap pula. Haha. Dari dulu lagi aku memang suka hazelnut berbanding almond.
  • Cornflakes Madu – ini yang paling senang. Di kampung aku nun di utara sana, ini kegemaran ramai, tak mengira usia. Wajib ada. Tiba-tiba teringat tiga tahun lepas ada dua students aku yang order. Suka betul depa.
  • Sarang Semut – dah lama tak buat kuih ini sebenarnya. Tahun ini tiba-tiba rajin pula. Pun senang. Cuma leceh sikit bila buat sorang-sorang. Aku suka kalau kuih ini tak mampat sangat. Alhamdulillah, menjadi.

Sebenarnya, sejak habis belajar di universiti, aku tiba-tiba suka tat nenas. Sebelum itu tak adalah suka sangat pun. Tak tau kenapa.

Tapi… aku tak pandai buat tat nenas. Jadi, biasanya aku beli sahaja. Lately ini ada pula tat nenas versi warna ungu (blueberry), hijau (epal) dan merah (strawberry). Pun aku suka juga.

Oh. Lupa. Satu lagi ‘kuih raya’ yang sempat aku buat adalah Popia Simpul. Alkisahnya, di rumah ada banyak serunding. Ramai pula yang bagi sepanjang Ramadan ini. Jadi aku pun merajinkan diri menyimpulkan ikatan popia-popia ini. Sambil mendengar soalan Listening Comprehension untuk JLPT pula tu. 😅

Nanti aku akan merajinkan diri untuk membuat brownies pula, insya-Allah.

Sekarang, aku perlu bersiap. KL sudah lengang. Aku akan bertolak pulang ke kampung malam ini, insya-Allah. Naik bas. Itupun kalau tiket yang dibeli online ini tak ada masalah.

:: 5 Buku Latihan JLPT N4 ::

Sempena JLPT yang akan menjelang dalam sepuluh hari sahaja lagi ini, aku terasa nak tulis tentang buku-buku latihan yang aku sedang / akan gunakan. Semua latihan ini tak lain tak bukan untuk menyediakan diri aku (dan mereka yang akan menduduki exam) supaya tidak terkejut pada hari peperiksaan nanti.

Seperti yang aku sudah ceritakan dalam entri yang lepas, buku-buku Bahasa Jepun ini boleh tahan mahal harganya, terutamanya kalau korang beli di Malaysia. Di Jepun, range harga sebuah buku adalah ¥1200 hingga ¥2500 iaitu lebih kurang RM40 ke RM100. Di Malaysia, 1.5 atau 2 kali ganda harganya.

Solusi buat mereka yang tak besar bajetnya (seperti aku) adalah dengan meminjam buku di JFKL Library. Boleh pinjam sekali dengan CD segala. Baca lanjut tentangnya di sini: JFKL Library.

Disember tahun lepas, aku belum tahu kewujudan library di Mid Valley itu. Jadi untuk menghadapi JLPT N5, aku telah meminjam dua tiga buah buku daripada sensei di ILOHA. Sehari sebelum exam, aku duduk di ILOHA, buat latihan listening. Masa tu baru balik dari jelajah Surabaya-Yogyakarta-Bandung. Kelam kabut study last minute!

Alhamdulillah, goukakushimashita. Passed.

Julai ini insya-Allah aku akan menduduki JLPT N4 pula. Aku sudah go through beberapa buah buku. N4 lebih mencabar daripada N5 (mestilah, kan). Bukan setakat bilangan kanji, vocabularies dan grammar yang makin advance, soalannya pun ada yang makin berbelit dan mengelirukan. Dan aku baru tahu, rupanya untuk N4 ini sekurang-kurangnya aku perlu habis belajar sehingga Lesson 50 dalam buku teks Minna No Nihongo. Guess what? Aku baru belajar sehingga Lesson 38! Ada 12 lessons kena belajar sendiri! Confirm tak raya.

Jadi, aku perlukan latihan yang mantap supaya sekurang-kurangnya aku dapat jawab apa yang aku sudah belajar selama ini.

Punyalah panjang muqaddimah merangkap throwback. Baiklah, ini buku-buku yang aku gunakan sebagai persediaan untuk N4.

1. 短期マスター / Tanki Masutaa (Short Term Master). Terbitan: Bonjinsha. ¥1300.

20170617_202704-1

Aku suka buku ini sebab Continue reading

:: 練習 ::

おはよう! 😊

今日はラマダンの18日目です。断食になれようになりました。

先週はちょっと忙しかったです。今週はそんなに忙しくないと思います。学校の休みの日はもう終わりましたから。

日本語の能力試験はまだ3週間ぐらいです。もうすぐですね。毎日日本語を勉強しなければなりません。聴解の練習もしなければなりません。それが一番難しいと思います。

去年、N5の試験を受けたとき、一番心配していましたは聴解です。漢字はそんなに難しいくないんでした。

もちろん、N4はもっとチャレンジングですね。ですから、一所懸命頑張ります。

実は、この作文の書くも練習です。✌

じゃ、またね。