:: Kerana Ukhuwwah Kita Fillah ::

trio1.jpg

Bulan Ramadhan, bulan penuh keberkatan, syaitan pun tak ada. Tapi mengapa hati ini masih terasa keras, seringkali begitu mudah bersangka buruk dan susah sekali berlapang dada…

Seperti biasa, apabila aku berjumpa dgn ukhti Sarah dan ukhti Nani, pasti rancak perbualan kami. Ada-ada saja yang ingin dikongsi, diselang-seli dengan gurau senda yg kadang2 mengundang ketawa yg berlebih2an.

“Alaa.. ana teringin nak pergi ifthar dgn local sisters tu, tapi ada jemputan lain la pulak” keluh ukhti Sarah.

“ Eh kenapa nti ni? Apa yg best sgt dgn ifthar tu? Kita kan ada jemputan yg lebih awla’(lebih penting) ni” jawab ukhti Nani.

“Ye laa.. best jugak kalau dpt merasai suasana beramai2 dgn sisters dari merata tempat” balas ukhti Sarah kembali.

“Habis tu, yang kita nak pegi ni bukan jumpa sisters jugak ke?…Lain kali boleh je jumpa local sisters tu lagi..” aku bersuara dgn nada bergurau.Wajah ukhti Sarah berubah. 

“Aaah..sudah2! OK2 ana ikut je…”

“Ana nak beri nasihat je…” aku menjawab spontan.

Dalam hati mula terasa seperti ada seketul batu yang berat, dan makin lama makin membesar saiz batu itu. Aku mencebik, terus kualih pandangan mata ke jalan raya yang sibuk dgn kenderaan bersimpang siur..The Noble Quran yang kecil molek itu pantas kubuka lalu kubaca ayat demi ayat…

“Nti marah ke?” tanya ukhti Sarah.

Tiada jawapan daripadaku. Kucuba senyum utk memberi isyarat ‘everything’s ok’, tapi ternyata senyuman itu hanyalah senyuman palsu yg tidak dpt menyembunyikan perasaan hatiku yg sebenar.

Aku bermonolog sendirian, “Mengapa kata2ku sering disalah fahami?? Aku hanya berniat baik tetapi tidak pernah dihargai… aku juga punya perasaan!”

Ukhti Nani juga terdiam, mungkin terkejut dgn reaksiku, atau tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.Setelah beberapa minit berlalu dgn kesepian, masing2 cuba menelan perasaan sendirian. Makin terasa pula kesejukan angin Melbourne yg tiba2 bertiup melewati kami yang masih membisu, cuba menganggap seolah2 tiada apa yg telah berlaku.

Tiba-tiba ukhti Sarah bersuara memecahkan suasana, “Nti kecil hati ye. Ana minta maaf..”

Aku tidak menyahut, terkedu pun ada, terharu pun ada. Aku berkata di dlm hati..“Mengapa hatiku begitu susah menerima kelemahan dan kesalahan org lain??” 

“Hmm.. ntah.. nti ni terlalu sensitive la. Ana hanya berniat memberi teguran, tapi seringkali nti cepat melenting…” aku meluahkan rasa yg sekian lama terbuku di dalam hati.Kelihatan kerut2 mula terbentuk di dahi ukhti Sarah..

“Tapi…ana rasa nti pun begitu juga. Sebab tu ana selalu jadi begitu sebab terbiasa dgn nti yg suka menjawab tu..”

Sungguh tafahum dirinya dgn perangaiku.. Benar, aku memang suka menjawab. Mungkin sikap itu agak sebati dlm diriku yg bongsu dlm keluarga, sentiasa dilayan dgn penuh kemanjaan dan kebebasan bersuara krn pasti ada yg membela diriku selaku adik yg begitu disayangi.

Rasa kelakar pun ada, rasa tertampar pun ada..Aduuh! Sakit terasa di dada akibat bidasan itu..Sungguh, ku sangka diriku sudah cukup baik sbg seorg ukht, tetapi ternyata aku lebih memerhatikan kesalahan dan keburukan org lain daripada kelemahan diri sendiri. Sering menilai kelakuan org lain, sedangkan pada diriku sendiri masih banyak karat jahiliyah yg perlu kubersihkan, pasti berus dawai pun tidak dapat menanggalkannya dgn mudah…

“Martabat ukhuwah yg paling rendah adalah berlapang dada, manakala martabat ukhuwah yg paling tinggi adalah ithar (mengutamakan org lain dpd diri sendiri)”

Sudah berpuluh kali kudengar tapi mengapa masih sukar mempraktikkannya?Fitrah manusia begitu mudah mengambil berat satu perkara yang buruk dpd seseorang saudara kita, walaupun sudah begitu banyak jasa baiknya yg telah dilakukan selama ini. Satu kesalahan kecil dgn mudah dpt melenyapkan segala kenangan indah dan melupakan kita akan kebaikan yg begitu banyak ada pada dirinya. Sedangkan setiap manusia itu tidak terlepas dpd kesilapan. Teringat pada kata2 seorg sahabat,

“Jika kamu ingin mencari seorang sahabat yg sempurna, sampai bila2 pun kamu tidak akan menjumpainya dalam dunia ini”

.Benar, sedangkan diri sendiri pun kurang sempurna, apatah lagi mengharapkan sahabat2 yg sempurna..

“Bersyukurlah dgn sahabat2 yg kamu ada pada hari ini. Kerana sesungguhnya sukar utk kamu memperoleh seorg sahabat yg mengasihi dan menyayangimu kerana Allah, bersaudara dan berukhuwah kerana bersama di jalan ini.Yang dapat menerima segala kekurangan pada dirimu dgn redha.”

Begitu terasa di hatiku kata2 yg cukup bermakna dlm mengungkap persahabatan antara aku dan sahabat-sahabat seperjuangan.Ukhuwah itu lahir daripada iman dan taqwa, ikatan yg tidak mungkin lerai kerana Allah mempersatukan roh-roh org mukmin.

“Dialah yang memperkuatmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mu’min, dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [Al-Anfaal:62-63]

Aku memandang wajah ukhti Sarah, kulihat matanya mula berkaca.. Ya Allah, apa yg telah ku lakukan.. aku telah termakan dgn hasutan syaitan..

“Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yg lebih baik. Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka” [Al Israa’:52]

Tapi, bukankah syaitan diikat pada bulan Ramadhan? Ternyata nafsuku sendiri yg telah menghakis ukhuwah ini..

“Maafkan ana!” terus kucapai bahunya, lalu kupeluk dirinya seerat2nya, pelukan yg seperti biasa kami berikan sesama sahabat, tapi kali ini rasanya berbeza..Air mata mula membasahi pipiku..

“Ana juga lemah…begitu mudah bersangka buruk. Begitu susah berlapang dada..” luah diriku.Ukhti Sarah menggenggam erat bahuku.

“Ana juga sama. Maafkan ana juga ya?”Ukhti Nani yang dari tadi memerhatikan kami, tiba2 dtg memberikan pelukan kpd kami berdua.

“Eh, ana pun nak minta maaf juga..” katanya sambil meleretkan senyuman manis.Kami bertiga ketawa kecil..

“Shh..kurangkan ketawa!” ukhti Sarah bersuara, sekaligus menamatkan ketawa kami, masing2 tersenyum penuh makna.“Baiklah! Hehe” cicip diriku.  Kerana ukhuwah kita Fillah…

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” [Ali-Imran:103]  

Advertisements

One thought on “:: Kerana Ukhuwwah Kita Fillah ::

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s