:: Semester Baru ::

Tidak lebih dua hari lagi, saya akan menyambung kembali perjuangan menuntut ilmu dalam ijazah jurusan Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Malaysia. Kali ini, saya bakal memasuki Semester Kedua dalam Tahun Dua. Tinggal lagi lebih kurang dua tahun untuk saya berada di universiti berkenaan.

Keputusan peperiksaan semester lalu baru sahaja keluar pada 11 Julai yang lalu. Alhamdulillah, keputusan saya sangat meningkat (walaupun masih belum mencapai Dean’s List, seperti yang diharap-harapkan). Namun itu bukanlah satu perkara yang sangat membanggakan, kerana pada semester lalu, saya hanya mengambil sedikit credit hours.

Itulah yang agak menggusarkan saya. Kerana pada kali ini (pada semester yang akan bermula beberapa hari lagi ini), insyaAllah saya bakal mengambil 20 credit hours, iaitu enam subjek yang kebanyakannya adalah subjek core dalam jurusan yang ana ambil ini. It’s going to be quite hard. Namun perjuangan tetap perlu diteruskan. Saya harus bijak mengatur langkah. Perlu berstrategi. Perlu usaha. Perlu kesungguhan. Seperti salah satu ayat dalam lirik lagu “I Wanna Be Somebody” yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid AlarmMe, “Masa depanku, akulah yang menentukannya…”, ana perlu bertanggungjawab atas segala yang sedang saya lakukan pada masa kini. Kerana itulah antara penentu masa depan ana.

Kepada semua yang juga sedang berjuang menuntut ilmu, jom kita terus berjuang! Semangat! Go, go, chaiyok!! =)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s