:: Usrah Kedua Semester Ini ::

Beberapa jam yang lalu, ana baru sahaja pulang dari liqa’ usrah kami (ana dan sahabat-sahabat ana) yang baru kali kedua diadakan pada semester ini. Liqa’ yang berlangsung selama lebih sejam itu tidak membincangkan banyak topik namun cukup bermakna bagi ana.

 

Halnya begini. Dalam sesi perbincangan dalam liqa’ itu, dengan tidak semena-mena ana telah mengutarakan satu persoalan yang memang sedang membelenggu fikiran ana sejak kebelakangan ini.

 

“Kak Ina, sebagai seorang yang sangat berpengalaman dalam bergerak kerja, ape pendapat akak tentang isu timbulnya rasa ‘lemah’ atau ‘inferior’ dalam bergerak kerja ni eh? Macam rasa down ke, slow ke… Kalau kite tengok, (ni yang saya rasa la..) masa awal-awal penglibatan dalam gerak kerja, kite bersemangat. ‘Cemongat’. Tapi, bila makin lama, makin slow, makin jauh…”

 

“Huh. Berat soalan ni…”. Seterusnya naqibah ana itu menyambung kata-katanya bagi merespon pertanyaan ana itu. Penerangan yang dikongsikannya itu dapat ana concludekan sebagai:

 

Dalam apa jua situasi, yang paling penting adalah keikhlasan. Nawaitu. Kerana apa dan untuk apa sesuatu amalan itu. As stated dalam Hadith Arba’in yang disusun oleh Imam An-Nawawi, hadith yang pertama,

 

Dari Amirul Mukminin Abi Hafsh Umar bin Khattab RA berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya…” Ila akhirul ayat..

Apatah lagi dalam bergerak kerja (amal Islami). Tentu saja hal ini sangat crucial. Sangat diambil kira. Janganlah kita berbuat sesuatu hanya kerana semangat. Hal ini demikian kerana, jika kita beramal hanya kerana semangat semata-mata, tanpa kefahaman yang jelas kenapa perlu beramal, kita tidak akan mampu bertahan lama. Semangat tidak datang sentiasa. Seperti iman, semangat juga ada turun naiknya. Ada masanya, ’graf’nya tinggi, ada masanya, ia rendah. Pada ketika ’graf’ rendah inilah kita berpotensi untuk menslowkan diri. Tiada semangat. Rasa penat. Dan menjauh. Na’uzubillah, boleh melarat hingga futur.

 

“Tu kalau rasa penat… Cam ne pulak kalau rasa ‘tak berguna’, rasa ‘tak menyumbang’, cam tu..?” Ana bertanya lagi.

 

“Oh, ni kes inferiority complex la ni.. Memang ada kes macam ni. Pada akak, antara puncanya ialah tingginya expectation orang lain terhadap diri kite…” dan panjang lagi huraian Kak Ina.

 

Banyak points Kak Ina yang ana setujui. Antara faktor utama tercetusnya penyakit inferiority complex ini:

 

1. Tingginya expectation orang lain terhadap seseorang itu.

2. Kecenderungan untuk membandingkan performance diri sendiri dengan performance orang lain, atau khususnya orang yang pernah berada di posisi sepertinya sebelum ini.

3. Hanya memandang / memikirkan kelemahan diri, tidak nampak kelebihan diri sendiri. Sedang orang di sekitarnya nampak potensi besar pada dirinya.

 

Dan banyak lagi… Apa pun faktor / isunya, ana simpulkan, semuanya kembali pada diri sendiri seseorang itu. Internal factors. Hanya kita sendiri juga yang mampu mengubahnya. Be positive. And build the self-confidence!

 

Usrah kami berakhir kira-kira jam 9.45 malam tadi (19.08.08). Setakat ini dulu buat masa ini. Ada assignments yang masih belum disiapkan. =)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s