:: Reunion Kecil Di Lumut ::

Disember 2008 yang lepas, sahabat ana Salbiah dan Raudhah cuba untuk merancang satu reunion kecil (sahabat2ku di SERATAS – Odah, Sal, Nash, Fara, Aizad…). Bukan apa, dah agak lama tak jumpa (tapi Sal dengan ana selalu la jugak jumpa..).

Dengan Salbiah sebagai Program Planner, mula-mula macam dah nak jadi dah. Tapi tiba-tiba macam-macam halangan dan cabaran datang. Hih. Macam pe je. Tapi betul, reunion ni hampir-hampir je nak dibatalkan (atas sebab-sebab tertentu). Ana pasrah je. Maybe next time. Tapi, entah macam mana, kitorang (ana, Sal dan Odah) ditakdirkan untuk bertemu juga.

Minggu terakhir Disember itu, kitorang gathered. Sitiawan-Lumut-Teluk Batik. Walaupun kitorang 3 orang je yang dapat hadir, pertemuan tu alhamdulillah sangat bermakna. Kitorang tumpang tinggal kat rumah Salbiah, kat Kampung Kayan, area Sitiawan. Best2. Dekat dengan laut.

Satu petang tu, sempat kitorang jalan2 kat kampung Salbiah tu. Ni salah satu view yang menarik. Bestnye duduk kampung~

dscn03021Ni pulak gambar kat Teluk Batik. Bersama Salbiah dan Raudhah. Diorang macam dah plan pakai tudung pink sama-sama.. 8)

dscn0347n

Next. Gambar kat Lumut. Area jeti tu. Macam tak caya ana yang amik gambar ni.. Hihi. Subhanallah, nice view, kan? Bleh buat wallpaper ni~

dscn03162

Kepada sahabat-sahabat yang tak dapat hadir hari tu, jangan sedih. Ana faham, pada usia2 sekarang, kita ada komitmen masing-masing. Ada perkara yang kadang-kadang lebih ‘aula’.. InsyaAllah selagi jasad masih dipinjamkanNya, ada jodoh, kita akan bertemu juga.. Amiin..

Ape pun, selamat berjuang sahabat-sahabatku. Moga kalian sentiasa dalam redha dan rahmat Allah. Keep in touch ya! =)

======================================================

“Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya yg sebenar. Penuhkan piala hati ini dgn cahaya RabbaniMu yg tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dgn ma’rifat tentangMu. Jika Engkau mentakdirkan mati maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebgai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s