:: Kemalangan Kecil ::

As stated pada title post kali ni, ana mengalami kemalangan kecil sebentar tadi (Wah2.. Baru kemalangan, boleh post something kat blog pulak.). Takdelah. Alhamdulillah, kemalangan kecil je..

Kemalangan tu berlaku kire2 jam 3 suku petang (waktu di Tronoh, Malaysia). Bertempat di Jalan Berbukit, ke arah Academic Building. Ana sedang menunggang motosikal, menuju ke Building 1 (shortcut – nak lalu bawah Chancellor Complex) untuk menggunakan internet di Lab Building 1. Tibe2, ade satu kereta Kelisa depan ana ni slow down.. Ana dah pelik dah. Kereta ni nak masuk simpang kanan ni ke.. Tapi beliau tak bagi signal pun.. Ana pulak, boleh tahan la laju nye. Tapi tadela laju sangat (dah slow down bile nampak kereta tu slow semacam). Sekali kereta tu memang nak masuk simpang tu. Ana yang nak terus ni, ape lagi.. Memang melanggar dan dilanggar kereta tu le..

Ana panik. Try untuk elak, tapi memang tak dapat. Ana dan motosikal ana jatuh. Motosikal ana jatuh menimpa ana. Helmet di kepala pulak tertanggal (tu la, tak pakai betul2..huhu). Ades. Ana ter’blurr’ nak buat pe. Ana terduduk, pegang kaki kiri yang sakit… Dan ter’menangis’..

Agak segan le. Sebab ramai pulak yang kerumun. Ramai budak lelaki pulak tu. Ana nak bangun, tapi rase macam tak boleh bangun pulak (kaki kiri sakit). Pemandu kereta Kelisa yang merupakan seorang perempuan berbangsa Cina adelah classmate ana.. Beliau agak panik, sebab dah terlanggar ana. Ana dibangunkan dan dimasukkan ke dalam kereta beliau dengan bantuan beliau sendiri. Beliau nak hantar ana ke klinik. Ana ikut je. Ape jadi dengan motosikal ana, ana pun tak tauu..

Sepanjang perjalanan ke klinik (tibe2 rase macam lame pulak nak sampai klinik, macam la jauh sangat….), ana cube untuk tahan diri dari menangis, tapi tak brape dapat, ana ‘ter’menangis jugak.. Naik risau lak pemandu kereta tu. Huhu. Ape nak buat, ana tak brape bleh tahan sakit sangat. Huhu. Ana call roommate ana, Chadijah. Nak mintak ke klinik, amik ana nanti.

Sampai klinik, pemandu kereta tu tak bagi ana keluar dari kereta. Beliau suruh ana tunggu dulu. Ana pun tunggu le (sambil cube2 untuk stopkan diri dari terus menangis). Sekali beliau datang dengan kerusi roda.. Huh? Ok2.. Takpelah. Masa tu ana pun tak sure ana boleh jalan ke tak.

Ok2.. Pendek cite, tak de la teruk sangat. Luka kat area buku lali kaki kiri dan yang agak teruk sikit, kuku ibu jari kiri dan kat tapak kaki kiri yang macam ade pendarahan dalaman (darah beku). Rase kebas je kat situ..

Balik dari klinik, ana beriya-iya ajak Chadijah terus ke tempat kejadian. Nak tengok ape jadi dengan motosikal ana.. Huh. Shield kat helmet tu tercabut terus. Ganas gak. Motosikal ok, calar2 skit je. Ana dengan ‘bran’nye, bawak balik motosikal tu.. Hehe. Sakit2 pun, bleh bawak moto lagi.. 8)

Moral of da story:

1 – Bacelah doa menaiki kenderaan walaupun perjalanan tu sekejap je (dekat je). Disebabkan dah selalu bergerak dengan motosikal kat dalam kampus ni, ana kadang2 terlupe nak baca doa…

doavehicle

2- Pakailah topi keledar dengan betul. Anda mampu mengubahnya. Ni first time ana kemalangan motosikal dengan kereta. Tak sangka helmet tu boleh tertanggal..

3- Jangan bawak kenderaan laju2 dalam kampus. Bagi signal kalau nak masuk simpang. Perhatikan segala mirror2 yang ade pada kenderaan anda. Anda mampu mengubahnya!

4- Jangan nangis banyak2. Nanti orang panik. (Tapi ana memang tak bleh tengok darah…….. huhu)

Advertisements

2 thoughts on “:: Kemalangan Kecil ::

  1. Huhu.. Dah tengah2 malam ni baru rase sakit2 badan.. Lengan kiri lebam (kesan masa terlanggar kereta tu kut). Patut le rase berat je nak angkat tangan kiri ni petang tadi.. Hmm. Kifarah dosa ni…

  2. Pingback: :: Kedua :: « Kembarahidup’s Weblog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s