:: Sausage Roll Bun ::

Hee. Ini adalah entri pertama untuk kategori baru di blog ini (Kategori: Masak2~). Sengaje wujudkan kategori ini. Bunyi macam sinonim dengan nisa’. Setuju? Orang kata, wanita ni tak dapat dipisahkan dengan dapur. Ade betulnye. Pe pun, ilmu dan skill memasak ni bukan semua orang ada. Masing-masing ada cara dan gayanya yang tersendiri. Moga entri-entri yang dipostkan dalam kategori ini bermanfaat, terutamanya kepada kaum nisa’ sekalian~

————————————————————————————

Antara projek pada cuti semester hujung tahun lalu: SAUSAGE ROLL BUN (erk. Ni pepandai je letak nama ni. Layannn je la eh).

Saya kalau nak masak ape2 yang selalu masak ni, tak brape ikut resepi sangat. Dalam kata lain, saya tak ikut sangat kuantiti bahan yang ade dalam sesebuah resepi tu.. Main bubuh je, ikut perasaan (baca: deria rasa).

Untuk Sausage Roll Bun ni, antara bahan yang diperlukan adelah:

Tepung gandum

Yis Mauripan

Marjerin

Telur ayam

Susu cair

Garam

Gula

Air

Kalau perasan, bahan-bahan ni sebenarnye sama je dengan bahan-bahan untuk buat donut. Memang pun. Sejibik. Same je.. Cara buat pun same, kecuali untuk Sausage Roll ni, kita ‘lilitkan’ adunan doh tu pada sosej. Itu je bezanye. 😎

Masukkan sume bahan-bahan tadi dalam satu bekas / besen. Uli sampai rata (ni kalau buat manually la. Kalau ade mixer, bleh gune mixer. Tapi cam x best le. Bukan ‘air tangan’. 🙂 ). Kemudian bentukkan doh.

DSCN0108

Ini adelah doh yang telah diuli. Tak brape cun, sebab buat tengah2 malam kut (untuk breakfast esoknya). Biarkan doh ni mengembang sehingga sekali ganda (adelah dalam setengah jam gak). Kemudian bentukkan doh ni seperti yang dikehendaki. Kalau nak buat donut, bleh buat bentuk donut le. Tapi sekarang kite nak buat Sausage Roll. So, kene ‘lilitkan’ doh tu pada sosej, seperti di bawah:

DSCN0111

Hee. Ni comel skit. Dengan penuh ketekunan ana siapkan 😎 . Sedia untuk digoreng. Tapi kalau tak nak terus goreng dan makan pun boleh jugak. Kire buat yang frozen punye la.. Untuk buat yang frozen ni, kene goreng sikit. Dengan api perlahan. Agak2 dah kuning sikit, bleh angkat dari kuali, dan toskan minyak. Then bleh simpan dalam peti ais. Ni contoh yang frozen tu:

DSCN0121

Sori. Takde gambar Sausage Roll yang dah siap masak dan boleh dimakan. Apsal tade? Sedap sangat sampai belum sempat nak amik gambar, dah habis 😎 . Hee. Tadelah. Sebenarnye terlupe.

Okies. Majulah masakan untuk negara (huh?).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s