:: Sahur Pertama ::

1 Ramadhan. Ramadhan kali ini berbeza. Tanpa ‘mereka’ bersama. Ades. Macam mane eh? Memori lama mencucuk-cucuk kalbu (ceh, ayat…). Tapi betul la. Ade sedih di hati. Rindu. Tabah2.. Pesan pada diri.

Ade jugak rasa nak balik rumah 😦 . Rindu betul suasana sahur, berpuasa dan berbuka di rumah. Tapi mungkin tak boleh hujung minggu kali ni. Ada banyak ‘halangan’nya. Maybe next time..

SAHUR PERTAMA

“Sahur kat mane esok?” soal ana kepada Ima, sahabat serumah sebelum masuk ke bilik masing-masing malam tadi.

“Kat bilik je kut. Kenape? Nak turun cafe ke?” soal balasnya.

“Tak kisah. Kalau ade ‘gang’ boleh je..” hee.

“O. Ok. Boleh je..”

“Okies. Nanti kejut-kejut la~ ”

sahur

Alhamdulillah, terjaga awal pagi, dalam pukul 4.30 pagi lebih kurang. Dikejutkan oleh Ima. Hee. Trimas, Ima 8-). Kami bersiap ala kadar untuk turun bersahur di kafe.

KAFE TUTUP

Setelah bersiap, kami turun dari blok.

“Aik. Gelap je..” masing-masing musykil dengan suasana di Kafe V4. :-?? Gelap. Sah. Kafe tutup daa..

“Jom pegi cafe V5 la..”

Kami menukar arah. Menuju ke Kafe V5 pula. Ade tande-tande Kafe buka (nampak orang datang dari arah kafe, dengan membawa bungkusan makanan). Alhamdulillah, Kafe V5 memang buka. Tapi tak banyak pilihan. Yang ada hanyalah ‘selera mamak’.. Tak pe. Cukup dengan ape yang ade.

Kami berdua bersahurkan ‘Maggi Goreng’ di hari pertama Ramadhan kali ini~ 😎 Alhamdulillah.

AMALAN SAHUR

Selain umat Islam, puasa turut diamalkan oleh penganut agama lain. Jadi, apa bezanya dengan puasa kita? Jawapannye ialah sahur.

Dari ‘Amr bin ‘Ash R.A, Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Perbezaan di antara puasa umat Islam dengan puasanya Ahlul Kitab adalah makan sahur.” (HR Muslim 1096)

Dalam bersahur, ada barakahnya…

Dari Salman R.A pula,  Rasulullah S.A.W bersabda, “Barakah ada pada tiga perkara: Jama’ah, Tsarid, dan makan sahur.” (HR Thabrani, Abu Nu’aim).

Malah, dari Abdullah bin Al Harits dari seorang sahabat Rasulullah S.A.W: Aku masuk menemui Nabi S.A.W ketika Baginga makan sahur, Baginda berkata, “Sesungguhnya makan sahur adalah barakah yang Allah berikan pada kalian maka janganlah kalian tinggalkan.” (HR An Nasaa`i dan Ahmad).

Keberadaan sahur sebagai barakah sangatlah jelas, kerana dengan makan sahur bererti mengikuti sunnah, menumbuhkan semangat serta meringankan beban yang berat bagi yang berpuasa. Oleh kerana itu Rasulullah S.A.W menamakannya makan pagi yang diberkahi sebagaimana dalam dua hadith Al Irbadh bin Sariyah dan Abi Darda` R.A, “Marilah menuju makan pagi yang diberkahi, yakni sahur.”

Disunnahkan mengakhirkan sahur sesaat sebelum fajar, karena Nabi S.A.W dan Zaid bin Tsabit R.A ketika selesai makan sahur, Nabi S.A.W bangkit untuk solat subuh, dan jarak (selang waktu) antara sahur dan masuknya solat kira-kira lamanya seseorang membaca lima puluh ayat di Kitabullah.

Anas R.A meriwayatkan dari Zaid bin Tsabit R.A, “Kami makan sahur bersama Rasulullah S.A.W, kemudian beliau solat, aku tanyakan (kata Anas): Berapa lama jarak antara adzan dan sahur? Baginda menjawab, “Kira-kira 50 ayat membaca Al Qur’an.” (HR Bukhari Muslim).

Selamat bersahur sepanjang Ramadhan~

Advertisements

One thought on “:: Sahur Pertama ::

  1. lalalalala~~ megi goreng yang dimarah22 dlu gak jadi santapan sahur kali ni..

    siyes.. rase sunyi ramadhan kali ni.. dak22 g intern.. setaun xkan jumpe secara informal~ 😥

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s