:: … ::

...

Advertisements

3 thoughts on “:: … ::

  1. “Menangislah…
    terkadang manusia terlalu sombong untuk menangis
    Lalu untuk apa air mata telah dicipta
    Bukan hanya bahagia yang ada di dunia”

    Antara bait-bait indah dalam lirik “menangislah di bahuku”, by kump Firdaus. Menangis tak bermaksud lemah, tetapi sbgai salah 1 terapi untuk menghilangkan kesedihan yang menyesakkan dada, menghimpit diri. Dengan bergugurnya air mata, maka ia membawa bersama masalh yang kita hadapi, kesedihan yang kita alami….

    Hidup tidak dapat lari dari kesedihan, ketakutan, kekecewaan…kerana kehidupan ni tak semudah yang kita fikirkan. Menangis, sebagai tnda kita adalah hamba-Nya yang lemah, dan kita memerlukan-Nya dalam kehidupan kita.

    Kadang2, kita tak tahu kenapa kita bersedih. Dan kdg2, tidak tahu pada siapa harus dikongsi perasaan ini…jangan disimpan kesedihan yang anti alami. Keluarkan ia…cane ye?? Ya, dengan menangis. Ibarat luka yang mengandungi nanah, jika dikeluarkan kita akan merasa lega, dan andai disimpan..akn bertambah sakit lukanya.

    Salah satu cara, carilah sahabat yang anti percaya untuk berkongsi kedukaan yang anti alami. Walaupun, mungkin dia tidak dapat menyelesaikan masalh anti, sekurang-kurangnya beban yang anti tanggung akn berkurangan, insya-Allah. Kdg2, Allah bagi jalan penyelesaian kepada masalah kita melalui sahabat2 kita..sahabat kita sebagai perantara, namun hakikatnya Allah yang membantu kita.

    MENDENGAR TAPI TAK MEMAHAMI

    Bukan semua orang mampu menjadi pendengar yang baik. Yang ramai, penasihat yang baik. Kita diciptakan dgn 2 telinga & 1 mulut, spya kita lebih byk mendengar daripada bercakap. Kita sering memberi nasihat kepada orang lain, tp kdgkala kita lupa menjadi pendengar yang baik. Apabila kita menceritakan masalah kita kepada seseorang, kita mengharapkan orang itu faham masalah kita, memahami apa yang kita rasakan…walaupun kdg2 kita tahu, orang itu tidak dapat menyelesaikan masalh kita, tapi cukuplah sekadar seolah-olah dia turut merasakan apa yang kita rasakan. Itulah yang dipanggila empati. Ramai yang hanya bersimpati kepada masalah kita, tapi tak ramai yang ada rasa empati. Simpati dan empati, 2 perkara yang jauh berbeza. Pendengar yang baik adalah apabila dia tidak bercakap apabila seseorang bercakap dengannya, namun orang itu merasakan dia telah bercakap beribu-ribu dengannya.

    SEBAIK-BAIK PENDENGAR DAN MEMAHAMI

    “Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah berserta orang-orang yang sabar.”
    (Surah Al-Baqarah, 2: 153)

    ” Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.”
    (Surah Al-Baqarah, 2: 186)

    ” Setiap bencana yang menimpa di bumi dan menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu…….”
    (Surah Al-Hadid,57: 22-23)

    Sebelum kita mengadu kepada sesama hamba, adalah lebih baik kita mengadu segala kedukaan kita kepada yang menciptakan kita. Hasbunallah wa ni’mal wakil…Allah adalah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. ”

    “Iyya kana’budu wa iyya kanas ta’iim -Hanya kepada Engkaulah kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan”
    Doa yang kita panjatkan sekurang-kurangnya 5 kali sahari semalam. Alirkanlah air matamu kepada-Nya, menangislah semahu-mahunya kepada-Nya..adukan segala yang terbuku di hatimu kepada-Nya…adukan segala keperitan dan kesedihan yang anti alami..Dia yang menciptakan kita, Dia jualah yang Maha Mengetahui apa yang kita rasakan, apa yang berlaku kepada kita selama ini…Insya-Allah, kita akan merasa tenang apabila seluruh kesedihan itu diadukan kepada-Nya…

    ” (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya mengingati Allah hati menjadi tenteram.”
    (Surah Ar-Ra’d, 13: 28)

    Andainya bukan ini yang dimaksudkan dengan gambar pada entry ni, anggaplah ini sebagai 1 peringatan jika anti berada dalam kesedihan…ana bukanlah orang yang betul-betul kuat jika dirundung kesedihan, tapi sebagai manusia..kita kene saling mperingati…saling menguatkan..(Surah Al-Asr). Yang baik datang daripada Allah, yang baik datang daripada diri ana sndiri. Wa akhiran renung-renungkan kata-kata ini….

    Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sia-sia…Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

    Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu terasa pedih…Allah sudah menghitung air matamu.

    Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja…Allah sedang menunggu bersama-samamu.

    Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu…Allah sentiasa berada di sampingmu.

    Ketika kau fikir bahawa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi…Allah mempunyai jawapannya.

    Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan…Allah bersamamu untuk menenangkanmu.

    Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan…sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu.

    Ketika sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur…Allah telah pun memberkatimu.

    Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban…Allah akan tersenyum kepadamu.

    Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi….Allah sudah memanggilmu dengan namamu.

    Oleh itu ingatlah bahawa di manapun kau atau ke manapun kau berada…Allah akan mengetahui dan sentiasa berada di sampingmu.

  2. ~too many secret of u..
    _______________________________________________

    Di Sebalik Sedih Dan Kecewa..

    Hidup ini pastinya diuji. Sama ada besar atau kecil ujiannya, kekurangan harta benda atau kehilangan orang yang tersayang, itu semua tertulis sebagai ujian. Sebagaimana firman Allah ini:

    Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar [Al-Baqarah:155]

    Namun sebagai makhluk bergelar insan, bukan setiap masa kita mempunyai untuk terus menerus menggenggam kekuatan untuk menghadapi ujian-ujian daripada Allah. Kerana bukan mudah membina kesabaran dan redha dia atas ujian. Terutama apabila kita diuji dengan rasa sedih dan kecewa.

    Bukan mudah mematahkan rasa sedih. Bukan senang memujuk hati untuk menerima segala ketentuan. Sekalipun mulut mampu mengungkapkan kata sabar, ketahuilah bahawa hati sebenarnya memerlukan begitu banyak kekuatan untuk membina kesabaran di hati. Dan perkara yang selalu menjadi pertanyaan kita pada masa itu, mengapa semua ini terjadi kepada kita? Kenapa begitu sukar menghadapi kehidupan ini?

    Namun ketahuilah di sebalik rasa sedih ini, sebenarnya Allah bakal memberikan kegembiraan kepada kita, dan di sebalik kekecewaan itu Allah bakal memberikan harapan yang lebih baik kepada kita. Kerana kesedihan dan kekecewaan bukan bermaksud kasih sayang Allah telah padam untuk kehidupan kita. Bahkan terus bersama kita. Cuma bagaimana kita cuba untuk menerima ketentuan dan memahami hakikat kehidupan ini.

    Jangan lupa untuk membina keyakinan diri dengan terus berdoa kepadaNya. Minta diberikan segala kekuatan dan kemudahan dalam menghadapi hidup. Pengalaman pahit sebenarnya mengajar kita bahawa hidup ini tidak selalunya indah. Sebagaimana indahnya pandangan mata menilai sesuatu.
    _______________________________________________

    ya sahabat.. maaf jika ana x menjadi sahabat yang baik di kampus ni…. T_T

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s