:: Pengalaman Mesti Ingat ::

3 Disember 2009 (Khamis) – Hari pertama berpraktikal (report duty – supposed.. but then…)

5.04 am

“Eh, korang.. Bangun-bangun.. Tengok luar. Longkang dah penuh dengan air la..” Housemate merangkap roommateku mengejutkan kami dari tidur. Masing-masing bingkas bangun, menjenguk ke luar tingkap.

“A’ah la…”

Di luar masih gelap. Hujan masih turun. Boleh tahan lebatnye. Longkang depan rumah dipenuhi air. Melimpah. Bahaye ni….

Kami yang seramai 6 orang kat dalam rumah tu mula mengemas. Pack ape yang patut.

Solat subuh. Kemudian sambung mengemas. Barang-barang berharga yang sensitif dengan air macam laptop dimasukkan ke dalam kereta. Kereta dialihkan ke tempat yang lebih tinggi.

Masing-masing masih macam blur ape nak buat. Sambil kemas-kemas barang, masih tertanye-tanye. Adekah kite akan ke office hari ni?? Bisakah? At last, smua pakai ala kadar, dan bawa baju untuk ke office dalam beg saje.

Guess what? Dalam kekalutan, kami masih sempat masak. Nasi goreng kunyit. Tade. Sebenarnye dah siapkan bahan-bahan untuk masak tu malam semalam. Tu yang teruskan jugak. Kalau tak, rugi pulak. Nasi pun dah masak. Banyak pulak tu.

7.05 am

Air mula memasuki rumah. O.. o.. My room yang paling dekat dengan pintu utama. Mula gelabah, tapi masih cuba untuk bertenang.

Tuan rumah, Makcik Hasmah dah datang ke rumah kami, meninjau ape yang patut. Risau betul Makcik Hasmah.

Jiran sebelah, rakan-rakan sekampus (boys) yang juga berpraktikal kat tempat yang sama (PCSB PMO) mula masuk rumah kami. Tolong buatkan rak – guna papan dan batu-bata. So that boleh la letak barang-barang atas rak tu. Bergotong-royong~

Paras air makin naik disebabkan hujan yang masih tidak henti-henti turun..

Tiba-tiba dapat berita. Kami mungkin tak perlu ke office hari ni. Sebabnye, jalan untuk keluar dari kampung ni banyak yang telah dinaiki air.. Stucked.

Makcik Hasmah ajak kami ke rumahnye. Rumah dua tingkat, tinggi dan selamat. Bekalan pakaian untuk 2 hari dibawa. Kami mula keluar rumah, meredah air banjir yang telah mencecah pinggang, menuju ke rumah Makcik Hasmah.

*****

Berita @ Cerita lanjut:

http://pemudapaskemasik.blogspot.com/2009/12/pengarah-mtd-kemasik-bersama-mangsa.html

http://pemudapaskemasik.blogspot.com/2009/12/gelombang-kedua-banjir-melanda-dun.html

*****

To be continued, insyaAllah. (Rest sat)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s