:: Laskar Pelangi ::

Filem ni bukan filem baru. Dua tahun lepas, 2008. Selalu jugak dengar dari kawan-kawan.

“Best cite ni..”

Dan ayat-ayat memuji yang lain. Ade yang sampai jadikan lagu utama dalam filem ni, “Laskar Pelangi” nyanyian Nidji sebagai ringtone~

Cerita ni sebenarnya adelah adaptasi daripada sebuah novel dengan tajuk yang sama, karya Andrea Hirata. Teringin jugak nak baca..

Baru2 ni baru berkesempatan untuk tengok sendiri cerita ni. Itu pun sebab ade kat Astro – Citra.

It was awesome! Semangat cikgu dan anak-anak muridnya untuk memberi dan mendapatkan pendidikan! Walau dalam keadaan apa pun.

Cikgu Muslimah – tabah betul meneruskan kerjayanya sebagai seorang guru di sebuah sekolah agama yang sangat daif, walaupun ade je tawaran untuk dia mengajar di sekolah yang lebih baik. Macam2 ujian, tapi dia tabah je. Ade skali diuji dengan kematian ‘guru besar’ sekolah agama tu, sampai Cikgu Muslimah tak de semangat untuk pergi ke sekolah. Tapi kerana anak-anak muridnya yang tak pernah patah semangat, dia teruskan!

Lintang murid yang sangat pintar, terutamanya dalam Maths. Anak sulung kepada seorang nelayan yang sudah kematian isteri. Lintang tak pernah patah semangat. Setiap hari keluar awal pagi untuk ke sekolah. Berbasikal. Terpaksa melalui jalan yang ada laluan buaya. Tapi dia tetap sampai awal. Dia yang meniup semangat pada kawan-kawannya yang lain. Waktu Cikgu Muslimah tak semangat nak mengajar, Lintang yang mengajar kawan-kawannya.

Bila bertanding dalam kuiz antara sekolah, Lintang performed! Tapi lepas tu, Lintang tak pernah datang sekolah lagi. Sebabnya, ayahnya yang pergi ke laut tak balik2. Dengan tenang dan tabah, Lintang hantar surat kepada Cikgu Muslimah dan kawan-kawannya, memberitahu yang ayahnya sudah meninggal dunia dan dia tak boleh bersekolah lagi – sebab nak sara adik2nya. Tapi sebenarnya semangat Lintang tak pernah luntur. Bila Lintang dewasa, anaknya juga cemerlang sepertinya!

Cerita ni memotivasi. Anak-anak kecil yang serba kedaifan boleh mengejar mimpinya. Mengejar pelanginya. Kita bagaimana??

————————————————————————————————

LASKAR PELANGI – NIDJI

Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada Yang Kuasa
Cinta kita di dunia

Selamanya…

Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Selamanya…

Selamanya…

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu…

————————————————————————————————

Dialog Pak Harfan: Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya…

Mode: Cuba memotivasikan diri sendiri jua..

Advertisements

One thought on “:: Laskar Pelangi ::

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s