:: Mural @ Pasti Al-Furqan ::

JAN 7.

‘Googling’.. Hm :roll:.. gambar ape la yang sesuai. Mural untuk tadika, yang islamic skit sebab tadika ni bukan tadika biasa, tapi PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam). First, save je dulu gambar-gambar yang mungkin akan digunakan.. Cartoons, alphabets, animals.. et bla, bla, bla.

DAY 1, JAN 8:

Pagi. Kerja-kerja mengecat semula keseluruhan dinding PASTI Al-Furqan yang terletak di Bandar Seri Iskandar bermula. Dua warna. Atas putih. Bawah hijau kekuningan. En. Awie dan Hafiz (a.k.a Po’ik) & muslimin lain yang buat kerja ni. Meanwhile, Abby n me perah otak, mencari idea cane la nak menepati ciri-ciri yang pihak PASTI mahukan.

Petang. Mula melukis. Dinding di bahagian depan PASTI, yang menghadap pagar masuk.

Malam. Idea masih kering :-|. Start dengan lukis pokok besar di penjuru dinding tepi PASTI. Bermalam di PASTI.

DAY 2, JAN 9:

Hari ni idea :idea: melimpah ruah. Lukis dan colour gambar jalan, pokok dan plan gambar-gambar seterusnya. Ramai yang datang membantu. 33% bereh. Alhamdulillah ;-).

DAY 3, JAN 10:

Pagi ni sekolah bermula (2 hari sebelum ni cuti sekolah – weekend). First time dapat tengok macam mana sistem persekolahan di PASTI. Subhanallah. Mengagumkan 8-O. Pagi dimulakan dengan perhimpunan. Selain menyanyikan lagu kebangsaan semua tu, murid-murid PASTI juga membaca surah-surah pendek, lagu-lagu islamic..

Bila masuk kelas, dengar pulak;

“Hadith pertama”, cikgu.

“Hadith pertama”, ikut murid-murid.

“Setiap amalan dinilai dengan niat”, cikgu menyambung. Dan murid-murid terus mengikut.

Adik-adik ni diajar hadith pertama dalam Hadith 40 himpunan Imam An-Nawawi! Dan itu adalah pada usia 5-6 tahun! Subhanallah. Serius, kagum. Itu belum masuk bab bacaan/hafalan al-Qur’an. Subhanallah. Memang bertepatan la dengan motto PASTI, “Membentuk Generasi Al-Qur’an”. Sungguh, memang kanak-kanak pada usia macam ni la kita patut didik dengan segala macam ni.

Kagum jugak dengan 4-5 orang guru-guru PASTI yang sabar, tabah melayan dalam 60 orang kanak-kanak kecil lagi comel ni. Memang bukan senang.

Ni kelas Irfan (pakai Tshirt oren, tak bersongkok) yang sangat pandai bercakap.

Tak sempat jugak nak cubit Irfan tembam (penjuru kiri) kat dalam gambar ni..

Lukman ‘Ustaz Muda’ & sahabat.

Ada yang menangis nak balik rumah. Ada yang tarik emak masuk kelas. Ada yang cakap banyak, tak berhenti. Ada yang nak makan je kerjanya.. Memang macam-macam keletah dan kerenah adik-adik kecik ni. Comel.

Sungguh-sungguh adik ni menangis :cry:.

DAY 4, JAN 11

Hari ni makin ramai yang menolong. Alhamdulillah. By petang, 78% done.

Lukisan burung.

Warnakan burung tadi.

Main wall. Dinding paling depan, straight dari gate.

Side wall. Kat sini yang jenuh perah otak cari idea..

Alif. Be. Te. (Ade orang Terengganu tu sebut macam ni. Ups.)

DAY 5, JAN 12:

Tengahari, 91% done. By petang nak dekat Maghrib tu, final touch. Kemas barang-barang, cat, segala bagai. 100% complete. Alhamdulillah :-D.

Al-hasil.. 8-) :

Pandangan penjuru, dari luar pagar PASTI Al-Furqan.

Hakim, Ketua Pelajar PASTI Al-Furqan (dua dari kiri), Iman bakal-hafizah (dua dari kanan) & friends~

“Membentuk generasi Al-Quran”

Pelangi.

Haikal & friends. Seronok PASTI berwajah baru 8-).

Muchas gracias wa jazakallah khairan kathira kepada semua yang terlibat. Trimas jugak pada yang mengambil gambar :-D.

Ups. Merci beaucoup juge kepada ‘Lang Buana’, adikku yang banyak bagi tips dan supports dalam pembikinan mural ini. (Belajar daripada adik~ Tak sia2 kamu jadi budak archi, Lang. He2.)

About these ads

12 thoughts on “:: Mural @ Pasti Al-Furqan ::

  1. alhamdulillah siap juga..syukran jazila..ketua muslimat husna, ketua muslimin hafiz, lepas nie akan byk lagi request daripada pasti yg lain …tungguuuuuuuuuuu

  2. @insan: Alhamdulillah dapat siapkan. Seronok dapat gembirakan cikgu2 PASTI dan adik2 yg belajar kat situ. Seronok jugak tengok PASTI lawa, smart.. Menarik skit 8-) . PASTI lain dah ade yg request thru cikgu PASTI SIDEC a.k.a Al-Furqan ni. Tp buat masa ni kena tolak dulu la, sebab semester baru dah nak start. Myb next time :-).

    @asma: Merci2.. Buat ramai2, asma.. Yg mencabar: 1st time dapat buat mural ikut kepala sendiri. Dulu zaman sekolah ikut cakap cikgu je :-D.

  3. cantik mural pasti nie. saya pun tgh cari idea nk buat kt pasti anak saya. hari br masuk pasti kelas 5 thn. terlintas di hati nk ceriakan pasti nya nie.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s