:: Flies ::

Time flies.

Macam baru je lagi start 2011 hari tu. And now, it’s Feb. Dah 4th Feb pun.

Semalam satu hari keluar. Pagi – Jungle tracking @ Gopeng. Menarik 😎 . Dah lama tak buat benda-benda lasak/ adventure macam hiking, jungle tracking semua ni. Last was in 2008 – @ Outward Bound School, Lumut. Before tu Gunung Jerai (2007). Alhamdulillah, semua lancar.

EXPLORE CHEMOR

Balik dari Gopeng, ke Medan Kidd, hantar housemate ke stesen bas. Lepas tu melencong ke Chemor. Ziarah family Syafiq (yang jumpa kat Hospital Ipoh few days ago). Misi ini dijalankan bersama Sharina. First time explore Chemor. Rupanya tak de la jauh sangat dari Ipoh. Boleh tahan senang la jugak ke sana. Alhamdulillah.

Alhamdulillah jugak, emak kepada Syafiq, Kak Norly (tersilap panggil makcik sebelum ni, padahal umur kakak ni baru 34 tahun.. ) pun dah sihat sikit, boleh jalan (tapi still kene pimpin). Best, dapat jumpa Syafiq satu family – abang sulung, Azli, 17, dan adik bongsu, Intan, 9, pun ade sekali. Anak kedua Kak Norly je yang tak ada – Azmi, 15.

Sekarang Kak Norly ibu tunggal. Bercerai hidup, dua tahun lepas. What sort of lelaki la lepas bercerai langsung tak tanya/amik tahu pasal anak-anak 😡 .. Bukan sorang dua, tapi empat kut anak-anak. Dah la kecik-kecik lagi adik-adik ni. Tapi Allah memang lebih berkuasa, Maha Pemurah, Maha Penyayang. Kak Norly dikurniakan anak yang sangat memahami, berdikari dan sangat pandai bergaul dengan orang. Syafiq dan Intan jaga emaknya macam dah besar sangat. Padahal dua-dua baru 13 dan 9 tahun. Ramai jugak kenalan Syafiq yang terdiri daripada orang dewasa.. Kebanyakannya kenal di hospital.

“Sebenarnya deme pun bukannya reti buat kerja rumah, semua.. Tapi sebab akak dah tak sihat sekarang ni, terpaksa la..” Kak Norly cerita, bila kami memuji anak-anak Kak Norly yang sangat pandai berdikari.

Selain family Kak Norly, kakak Kak Norly & husbandnya pun tinggal sekali kat rumah tu. Ni lagi satu kurnia kasih sayang Allah. Kak Norly ada kakak yang subhanallah, sanggup pindah dari Kedah, untuk tinggal bersama Kak Norly, jaga dan tanggung Kak Norly. Sungguh, tiap kejadian ada hikmah. Dan Allah la yang pegang hati-hati manusia penyayang ni.

Tak lama lagi (next week, insyaAllah), Kak Norly satu family (berserta kakak Kak Norly) akan pindah ke Klebang pulak. Tak jauh sangat dari Chemor. InsyaAllah, kalau ada masa, kita jumpa lagi 😀 .

And today: Sambung kerja. 2nd mural is in progress. May Allah assist.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s