:: ‘Cuti’ Sat ::

“Zah, dah nak pergi? Nak tumpang,” saya.

“Oret, jom.” Zah.

Itu beberapa minit sebelum ke dewan exam. Malas nak naik moto.. Alang-alang sama tempat exam dengan housemates, ape salahnya tumpang sekali, kan 😎 ?

Sampai dewan, 8.50 pagi. Ramai yang dah start masuk. Macam biasa, check nama kat luar dewan, check nombor meja, dan lokasi meja kat dalam meja tu. Dan terus masuk ke dewan~

Berdebar jugak sebenarnya. Malam tadi je, tidur memang tak lena. Dua kali terjaga sebab mimpi dah masuk dewan, then blur abis, tak bleh jawab. Punya la nervous first paper sem ni.

Ke.. sebab minum kopi? Ye, memang purposely minum kopi supaya tak mengantuk malam tadi. Study..

Paper IACS pagi tadi boleh tahan. Ada yang sebijik-sebijik keluar soalan yang pernah buat sebelum ni. Ada jugak yang tak pernah naik. Ades. Formula untuk Vortex Shedding flowmeter (W=pwAf/St) memang tak pernah saya hafal. Dalam mana-mana soalan pasal flow rate measurement (dalam previous final exam papers dan tests) memang tak pernah naik soalan ni. 6 marks pulak tu..! Haila.. Tapi, rupanya bukan saya sorang.

“Ko tau, sebelum datang sini pagi tadi aku memang dah tengok dah slide pasal Vortex tu.. Bleh plak aku decide tak payah la hafal..” A.

“Ye la.. Dah soalan pasal tu memang tak pernah keluar pun.” B.

“Aduuuh..” A.

“Dah, dah.. Jangan pikir dah…” B.

Itu perbualan orang yang duduk di belakang saya di dalam dewan, sejurus selepas kertas jawapan kami dikutip.

Soalan pasal DCS & Fieldbus dalam soalan nombor lima pun agak susah. Memang tak de calculation pun untuk part tu. Tapi itu la yang saya lemah. No calculation, maknenya teori. Fakta. Berapa la markah kat situ. 

Oke. Cut it out. Itu sudah lepas.

Malam ni bagi cuti kat diri sendiri. Sebab next paper is in 8-days to go. Fuh.. Lame lagi. Tapi tu tak bermakna tak perlu start study sekarang. Malam ni aci la, bagi space untuk update blog skit, chat dengan Along & Nash jap. And..

Sambung baca Tuesdays With Morrie. Dah nak sampai 11th Tuesday dah ni 😎 .

Housemates (termasuk roommate) sedang bertungkus-lumus transfer data daripada buku ke otak (baca: hafal) as preparation untuk exam pagi esok: Engineers In Society. Nasib baik dah ambil subjek ni sem lepas. Pray for them 🙂 .

Lupa plak. Hari Jumaat minggu lepas, sahabat saya, Fara, ziarah saya di kampus ni. Alhamdulillah, beliau sudah pun dapat kerja di Manjung, dekat-dekat dengan area Pelabuhan Lumut. Mabruk, Fara :-). I’m happy for u.

Rata-rata ramai sebenarnya sahabat-sahabat saya yang sudah pun habis belajar dan mula bekerja. Malah, ada yang akan pecahkan rekod Batch 20 SERATAS, dengan menjadi orang pertama yang melangsungkan perkahwinan bulan Mei ni..! Dewi, if you’re reading this, “Mabruk ‘alaikuma. Barakallahu lakuma aidhan.” InsyaAllah kalau tak de aral melintang, sampai la ke majlis tu nanti 🙂 .

Tak sabaqnya nak baca Contengan Jalanan! (eh.. tetiba je 😀 ). Tak, tak.. Bukan sekarang. Lepas exam, insyaAllah. Buku yang telah dikirim untuk dibeli kat PBAKL 2011 baru-baru ni (through a friend, Nashriyyah@Poi) sekarang masih berada di KL. Nasib baik jauh.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s