:: Bebelan ::

Lama tak bebel kat sini (lama la sangat, padahal baru seminggu..)

Ok. Fine. Tak lama. Baru seminggu. Tapi sangat banyak perkara yang terjadi dalam tempoh sesingkat itu..!

Final exam week was over. Break between semesters pun was just over. Mana taknya, the break was only a week. Sistem baru di kampus. Trimester. Makna kata, sekarang dah start dah pun semester baru. Yup. New semester. Yang akan habis on this September pulak.

FINAL EE PAPER

As mentioned in the previous post, my final exam ended on last 15th. Paper final itu adalah paper Electrical Machines II. Sedar atau tidak, itu adalah paper subjek EE terakhir yang saya ambil dalam menghabiskan study saya dalam course ini. Maknanya, lepas ni (baca: semester baru ni) dah tak belajar subjek EE. Hanya tinggal subjek management. Dan itu… menyedihkan ๐Ÿ˜ฆ . Sebab, saya suka EE, er.. to be specific, Electrical (baca: bukan Elektronik). Saya suka Electrical sebab banyak involves calculation.

Statement 1: Saya suka Maths.

Statement 2: Subjek Electrical banyak involves Maths.

Conclusion: Saya suka subjek Electrical.

Tapi hidup perlu diteruskan.. Untuk final paper tersebut, saya memang pulun habis (even until the very last minute~). Malam sebelum exam, boleh pulak satu kampus black-out. Kelam kabut dan cuak. Dua sebab. 1- Guane nak study gelap2 tu?? 2-ย  Er.. Ramai yang dah tak de kat kampus time tu.. Even my housemates pun ramai yang dah balik sebab diorang dah habis exam. Maka di rumah itu tinggallah Najah dan saya, yang ambil subjek EM II ini. Memang tak ‘seronok’ la tinggal bergelap macam tu kan. So kami putuskan untuk cari tempat yang ada sumber cahaya..

Lepas Maghrib tu, kami keluar. Berkereta. Masa tu baru realize yang rupanya memang the whole kampus gelap gelita. Hatta masjid yang besau tu pun gelap. Baru ingat nak study kat situ. Ada satu bangunan yang bercahaya. Tapi.. Macam tak sesuai je nak study kat situ.

Akhirnya kami keluar kampus. Dan entah macam mana, lepas tu kami dapat study di sebuah sekolah agama rakyat berdekatan (ni kes malas nak cite panjang).

Sebelum balik: Senaraikan semua formula yang perlu dihafal.

Betul, kami study kat situ. Sampai pukul 1 pagi! And the rest is history.

Yang pasti, pagi tu memang berkobar-kobar betul (plus berdebar-debar) pergi exam hall. Alhamdulillah, rasa macam boleh jawab dengan baik. Semoga OK la final paper EE ku itu.. Amiin.

CUTI

Cuti seminggu saya dipendekkan jadi 3 hari. This was due to beberapa hal yang perlu disettlekan sebelum bermula semester baru. Memang tidak seronok. Mana taknya, awal-awal lepas tahu timetable exam, saya dah start plan cuti saya. Plan asal: Balik right after habis exam, then kalau kene balik kampus awal, should be no prob. Malah, berdasarkan plan itu, saya mungkin dapat hadiri walimah ex-schoolmate saya, Dewi Aulia pada 22nd hari tu (kat Teluk Intan je!).

Unfortunately.. Plan itu gagal.

Well, we plan, He plans too. And He’s the best planner ever.. Saya tak dapat balik kampung pada hari exam habis. In fact, 5 days lepas tu baru dapat balik. Memang sadis. Tapi sabaq ja la..

Jumaat tu, saya balik kampung. Cam besa, naik tren. Alhamdulillah, dapat jumpa family. Pagi Sabtu tu, buat pertama kalinya, dapat main basketball dengan Along & Alang (well actually Alang tak main pun. Dia ‘pantau’ dari jauh je). It was fun la jugak (walaupun tak meriah sangat, sebab main 2 orang je).

Lepas main, saya ke rumah Nashriyyah. Ziarah. Merangkap.. Aha. Nak ambil kiriman saya. Contengan Jalanan yang dibeli kawan Nash di PBAKL hari tu~

Dalam ziarah yang hampir dua jam tu, macam-macam la yang dibualkan. Bukan senang nak jumpa makcik ni walaupun jarak masa rumah kami hanyalah dalam 15 minit..! At the end of the ziarah, Nash gave me a pendant. A quantum pendant.

Haila.. Mengharukan la makcik ini.. Saya speechless sebenarnya (walaupun Nash pernah bagitau, memang dia nak hadiahkan saya pendant tu). Kenapa la susah2 Nash.. Anyway, thanks buddy. Jazakillah khairan kathira. Tahniah – sebab dah dapat kerja. Semoga dipermudahkan urusan mencari rumah sewa ๐Ÿ™‚ .

Petang tu, saya ada projek di rumah. Projek 1: Lasagna.

Yup. Masak~ย  (bukan melukis)

Jangan tanya kenapa tiba-tiba nak buat projek ni. Memang tak de kaitan dengan sesiapa pun. Saje. Nak try. First trial: Harusla saya refer resepi kan.. Saya refer sini.

Alhamdulillah. Menjadi.

Lasagna (mincemeat): Bahagian permukaan atas nampak macam hangit, tapi actually tak pun. Ok je. Itu la part paling sodap. Cheesy~

Ahad pagi (22nd). Saya masih di rumah. Bermakna, memang tak de harapan untuk ke walimah Dewi nun di Perak. Sorry, Dewi. Hanya doa mampu diutus. Barakallahu lakuma, wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair, insyaAllah. Mabruk ‘alaikuma, pengantin baru ๐Ÿ™‚ .

Maka pagi itu saya keluar dengan Adik pulak. Shopping sikit untuk Adik yang akan start ke Matrik esoknya. Waduh. Memang tak sempat rehat. Rasa macam mak orang pulak~

Balik petang tu, ada projek lagi di rumah.

Projek 2: Peach Cobbler (er… ini ade kaitan dengan sesuatu, iaitu: Novel. 5 Tahun 5 Bulan)

Walaupun ada kaitan dengan novel, still, jangan tanya, kenapa tiba-tiba nak buat Peach Cobbler ini. Rasa nak try, try aje la ๐Ÿ˜Ž . Lagipun, ade ke novel lain yang ade attach resepi kat bahagian appendix?? Tak de kan..

Unfortunately.. Projek 2 ini gagal. Resepi dalam novel itu.. Er. Salah ke? Macam salah la jugak. Since dalam tu suruh cairkan mentega then baru campur dengan tepung+susu+gula. Setelah postmortem, saya mendapati, sepatutnya mentega ataupun butter itu dipukul dahulu dengan gula, then baru masuk susu, then baru masuk tepung.. Baru la jadi. Mana la mentega cair tu bleh ‘bergabung’ dengan tepung+susu+gula tu kalau dia cair. Erk. Bebelan apekah ini? Ok, kalau tak faham tak pe. Tapi kalau nak fahamkan jugak, boleh PM later. Saya akan describe dengan segala teori fizik berserta figure kalau perlu ๐Ÿ˜Ž .

NEW SEMESTER

New sem started Isnin (23rd) hari tu, yakni hari saya pulang ke kampus. Semester baru, semester akhir, insyaAllah. Dua subjek untuk dihadapi, dan keduanya adalah subjek management: 1- Human Resource Management. 2- Operations Management. Tabahlah.

Selamat2. (wish diri sendiri.. macam tak ikhlas je ๐Ÿ˜Ž )

– Bebelan tamat –

Advertisements

3 thoughts on “:: Bebelan ::

  1. wahahaa.. PEACH COBBLER? siap buat post mortem lagik.. haibat laaa.. ๐Ÿ˜€
    tahniah.. anda siap keluar untuk stadi, saye cume stadi atas iron board bertemankan lampu emergency kat hall.. isk~ sadis.. hihi.. ๐Ÿ˜€

    • Peach Cobbler: Hehe. Saje je Ima.. Seronok2, ‘main masak2’ dengan family ๐Ÿ˜€ .

      Malam black-out: Lor.. Guane bleh study atas iron board?? Terlupe pulak kamu pun ade kat kampus lagi time tu. Hu… Penangan exam abih lambat, semua benda lupa. Sori2 ๐Ÿ˜ฆ .

      Eh. Hari tu cane? Sempat tak gi kenduri Dewi??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s