:: Weekend ::

Weekend pertama di semester baru.

Setelah lama tak jenguk Pasti, pagi tadi alhamdulillah, dapat ke sana 😎 . Dengan harapan – dapat jumpa Cikgu Ummi, Cikgu Milah, Haikal, Hakim, Kak Ma, Irfan yang banyak cakap.. dan mereka2 yang lain.

BerSMS dengan Cikgu Ummi malam tadi:

“Mai le sini, kami ada program kat Pasti.”

“Bila program tu, cikgu?”

“Malam ni sampai pukul 5 petang esok..”

“o.. InsyaAllah kalau tak de halangan esok saya ke sana.”

Dan saya ke sana. Pagi tadi. Bila sampai luar Pasti.. Musykil. Eh. Apsal tak banyak kasut/selipar kat luar?? Kata ada program.. Setelah diconfirmkan dengan Cikgu Ummi, betul la, kat situ programnya. Tapi, kenapa..

Ok. Patutlah. Rupanya program yang dimaksudkan bukanlah program dengan budak-budak Pasti. Tapi, adik-adik sekolah rendah, Darjah 5, yang bersekolah di sebuah sekolah agama rakyat berdekatan. Program ala-ala ‘Perfect Score’ (bagi yang pernah bersekolah di SBP mungkin tahu program ni), bagi membantu mempersiapkan adik-adik ni untuk menduduki UPKK, yakni Ujian Penilaian Kelas KAFA. Ini program Cikgu Ummi. Ini yang buat saya lagi kagum dengan cikgu ni. Sangat bersemangat dalam mendidik! Memang pendidik berjaya la~ Tabik spring!

Mana taknya, sekarang kan cuti sekolah dua minggu. Weekend2 macam ni biasanya orang spend masa dengan family, balik kampung ke, attend kenduri ke.. Cikgu Ummi pulak, spend masa dengan anak muridnya untuk program ni, sampai bermalam di Pasti~

“Akak tau kami tidur pukul berapa semalam?” tanya Ani, salah seorang pelajar Darjah 5 yang join program tu.

“Tak.. Pukul berapa?”

“Pukul 2 pagi.. Lepas tu bangun pukul 3!” Ani sengih.

Bangun pukul 3 pagi itu adalah untuk mandi dan bersiap untuk Qiamullail! Wow.. Hebat adik-adik ni. Beberapa kali saya termenung flash back sendiri. Macam mana saya ketika di umur seperti mereka? Entah-entah tak pernah tau pasal Qiam segala bagai ni 😦 .

Alhamdulillah, mereka ni didedahkan dengan cara hidup Islam dari kecil. Alhamdulillah, ada insan-insan seperti Cikgu Ummi yang sangat komited mendidik.

“Kita ni bukan nak target 8A tu je ye.. Yang penting apa?” tanya Cikgu Ummi.

“Keredhaan Allah..” jawab adik-adik ni serentak.

Subhanallah 🙂 . Hanya Allah mampu membalas jasa itu.. Jasa mendidik.

Some shots taken during lunch:

Ainon, Aisyah & Fatin: Senduk nasi ke dalam ‘pinggan gergasi’. Besaq kut pinggan tu~

Firdaus, Imran & Cikgu Ummi.

*Wawa. Rindu la kat budak-budak Pasti~ Cuti la plak diorang ni..

Advertisements

One thought on “:: Weekend ::

  1. MashaAllah.. budak2 tu boleh jawab macam tu.. berkesan tarbiyah Cikgu Ummi. semoga Allah limpahkan rahmat pada beliau.. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s