:: Algebraic Expressions ::

Algebraic Expressions.

Hari ni hari kedua tuisyen. Dan hari ni cover topic ni. Tapi up to level Form 2 je dulu. Banyak lagi latihan kena buat ni. Wah. Mencabar.

Tuisyen ni ‘one-on-one’, di rumah orang. Anak murid saya kali ni perempuan, Ain Zulaikha. Sedap nama dia :-). Ain ni Tingkatan 3 – Maknanya akan ‘berPMR’ tak lama lagi. Dan tuisyen ni sementara je. Sementara Ain cuti sekolah. Sebab Ain tinggal di asrama.

“Cuba Ain tandakan kat sini, yang mana topik yang Ain rasa susah, yang tak faham ke..”

Ain pun ambil pensel, menanda. Buleh tahan banyak yang ‘tertanda’.

“Yang Ain tahu, tapi rasa susah, tanda macam ni. Yang tak tahu apa-apa, tanda macam ni.. Ok?”

Ain sambung menanda. Ok.. Memang banyak. So, cane kak?

Relax. Cool. Ini cabaran.

“Er.. Biasanya Ain dapat grade ape untuk Maths?”

“C.”

“Ok, sekarang akak nak ‘up’kan. Jadi B, paling kurang. Boleh?” Ain sengih je. Boleh punye, dik. Ade mau, ade jalan~

Saya yang pilih topik Algebraic Expressions untuk di-cover petang tadi (since topik tu termasuk dalam topik-topik yang ‘tertanda’ oleh Ain tadi). Mula dari level Form 1, sampai Form 2. Boleh tahan banyak jugak soalan yang terbuat. Harap-harap Ain tak bosan.

“Ain kena ingat ni..”

y2 x y3 = y2+3 = y5

y4 / y3 = y4-3 = y1 = y

“Ha.. Kalau tambah pulak macam mana??”

y2 + y3 = ??

“y5..” Ain jawab.

“Aha… Itu salah, Ain..”

“y2 dengan y3 adalah dua ‘benda’ yang lain, tak sama. Jadi tak boleh simply tambah macam tu je.. Akak bagi analogi. Katalah y2 ialah pen. y3 pulak pemadam. Pen + pemadam = apa?”

Ain fikir.

“Pen dengan pemadam la kan..”

“Kalau soalan tu tanya..”

y2 + y2 = ??

“Jawapannya akan jadi 2y2. Sebab apa? y2 dan y2 adalah sama. Ibarat, akak tanya pen + pen = apa? 2 batang pen.. Dapat tak??”

“O..” Ain angguk perlahan.

“Jadi kalau akak tanya 2xy + 3pq = apa??”

“Sama. 2xy + 3pq = 2xy + 3pq jugak.”

Ok. Bagus! Kamu sudah dapat.

Hujung ‘cerita’, saya wrap up balik perkara-perkara yang penting dalam topik ni. Harap Ain boleh ingat (mungkin saya kene ‘test’ Ain dalam next class nanti ๐Ÿ˜Ž ..). Kalau tak, tak pepasal jadi kes syok sendiri je nanti.

Cakap pasal syok sendiri..

“Ain kata, dia faham Husna ajar..” kata emak Ain, masa sembang-sembang lepas habis mengajar.

Alhamdulillah.. Saya ada terfikir, nak mintak emak Ain sendiri tanyakan Ain pasal tuisyen ni. Faham ke, laju sangat ke, macam mana.. Bukan apa, memang tak seronok la kalau macam kita je syok sendiri ajar itu-ini, tapi sebenarnya Ain tak faham apa-apa.. Tup-tup memang emak Ain dah tanya sendiri.

Serius saya nak Ain improves dalam Maths ni. Tapi pada masa yang sama tak nak ‘push’ sangat. InsyaAllah. Buleh sebenarnya Ain ni ๐Ÿ™‚ .. InsyaAllah!

Sebenarnya saya agak kepenatan hari ni. Dan esok.. Mungkin pagi-pagi lagi kena keluar, start projek mural ketiga. Adeyh. Eh.. Mengeluh ke? Er.. Tak2. Penat je. Penat skit je. Ok, go and rest then. <- Apekah ini??? Cakap sensorang kah?

Ok. Baiklah. Saya nak tidoq.

*Lupe. Tadi dapat jumpa Haikal, adik pelajar Pasti ๐Ÿ˜€ .

Advertisements

2 thoughts on “:: Algebraic Expressions ::

  1. salam husna..keep up your good work..aish, mcm nk jdi ckgu pulak akak sorg ni..i support u…
    erk, bile baca entry nti ni, rs rndu sgt kt maths..subject yg sdh lama ditinggalkan..huhu
    er, sbnrnya ana de tperasan something yg salah kt equation tu..mgkn trsilap taip.

    y4 x y3 = y4-3 = y1 = y

    sepatutnya “bahagi” kan..bukan “darab”..

    • Salam ‘alaiki, Farah..

      Memang best mengajar, Farah. Tambah2 lagi kalau ajar subjek yang kite suke. Rase sayang betul nak tinggalkan subjek2 feveret nih. Tu yang rasa cam nak ngajo tu.. hehe. Paling bahagia (cewah), kalau anak murid tu semangat belajar. Sekali dengan cikgunya semangat ๐Ÿ˜€ ~ (Baru tau ape perasaan cikgu2 dulu..)

      Psl bahagi tu, orite, sudah dibetulkan. Yeah.. Nasib kamu perasan~ Saje nak test ๐Ÿ˜Ž , ade orang bace ke dak nih?? Hehe. (cover2… kui3)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s