:: Al-Fatihah buat YB Dr. Lo’ Lo’ Bt Mohd Ghazali ::

Innalillahi wainna ilaihi raaji’uun.

Ahad lepas, perginya seorang tokoh, yang tak sempat, dan tak pernah pun dapat bertemu muka. SMS diterima daripada seorang sahabat Ahad lalu, membungkamkan saya seketika. Ketika itu, sedang memandu. Terkedu. Malah tak percaya. Saya call sahabat lain, nakkan kepastian, kesahihan. Ternyata itu benar.

Subhanallah. Almarhumah tidaklah saya kenali dengan dalam. Peribadi dan ketokohannya saya ketahui melalui sahabat-sahabat yang mengenali, dan melalui facebook almarhumah sendiri.

Melalui naqibah usrah, saya dapat tahu sedikit sebanyak tentang sakit almarhumah. Subhanallah. Dengan menghidap kanser (bukan satu, tetapi lebih), almarhumah masih mampu menjadi pemimpin, bergerak kerja, ke sana ke mari berprogram, mendekati masyarakat dan sebagainya. Siapa sangka, insan hebat ini, yang selalu tersenyum, rupanya di satu sudut, diuji dengan kesihatan.

Subhanallah. Ternyata sakitnya bukan halangan.  Semoga syahidnya almarhumah menjadi contoh kepada muslimat lain, yang diberi nikmat sihat dan umur yang masih berbaki, untuk lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam perjuangan agama ini.

Dan semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya ke atas roh almarhumah.

Al-Fatihah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s