:: Read & Heed ::

Ok. Title entri kali ni, pinjam. It’s Hlovate’s.

Akhirnya, khatam jugak Contengan Jalanan (CJ). Rasanya ni la novel Hlovate yang paling ambil masa lama untuk saya khatamkan. Beli masa PBAKL kut~

Mungkin sebab sekarang bukan masa cuti.. Time study ni, memang sangkut2 la baca novel. Curi masa sebelum tidur ke, dalam kereta ke, tunggu orang, etcTak best kalau baca asyik nak berhenti-henti, then sambung balik. Maka, cuba jugak, cari masa!

Dan mungkin jugak sebab karya Hlovate kali ni, bukan setakat perlu ‘read’, but also ‘heed’. Memang tak bleh skip any pages (and even paragraphs!). Harus teliti, hayati. Baru lekat.

Superb la your touch, Hlovate. Memang tak pernah menyesal beli novel-novel anda. Worth. Sangat worth. And in this CJ, rasa macam tepat je, timing semua.. Memang touch habis. Semoga ramai yang diberikan hidayah Allah lepas baca novel ni.

Sebab hati manusia, Allah lah yang pegang.. 🙂

*Salah satu sebab berkobar2 nak khatamkan CJ ni cepat-cepat adalah kerana.. Ramadhan is around the corner..! Memang nostalgic: CJ dan Ramadhan. 😎

Kepada yang belum baca, bacalah. Tambah lagi, nak dekat Ramadhan ni. Siapa tau, this piece boleh jadi your booster to change, to be better ke.. Takkan menyesal, insyaAllah.

———————————————————————————————————————————————————————-

“The man that decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh.”

***

Baca Quran ini patutnya macam baca novel la. Patutnya lebih lagi daripada tu. Baca Quran ini kena ada feel. Kalau tak, tak bawa makna apa.” Akmal sengih. “Kalau orang baca novel tu boleh habis feel sampai menangis-nangis, baca Quran ni patutnya berkali-kali ganda lebih feel daripada itu. Patut habis tisu berkotak-kotak kalau betul-betul boleh hayati kalam Allah ni.”

***

“Tu la. Kita ni kadang-kadang berlagak.” Akmal senyum segaris. “Kalau baca Quran dengan tafsir, kita sentiasa je letak diri kita jadi ‘watak putih’ dalam Quran tu. Tapi kita lupa, cukup ke kriteria kita nak jadi ‘watak putih’ tu? Cukup ke apa yang kita dah buat selama ini untuk dengan bangganya kata ‘akulah orang yang disebutkan dalam ayat ‘wahai orang beriman…’, ‘wahai orang Mukmin…’, ‘golongan-golongan muhsin’ tu. Yakin ke kita yang kita ni orang yang Allah sebut dalam Quran tentang orang yang diberi balasan syurga dengan nikmat yang tak ada limit tu? Betul amal kita cukup untuk jadi orang-orang yang Allah sebut tu?”

“Sepatutnya kita letak sekali diri kita untuk jadi ‘watak hitam’. Bayangkanlah diri kita ialah orang yang diseksa dalam neraka yang Allah describe dalam Quran tu. Bayangkan yang kita la orang yang kena azab. Barulah kita lagi berlumba-lumba nak lari daripada jadi golongan-golongan tu. Kita ni sebenarnya kadang-kadang tertipu apabila terlampau berangan sangat yang kita ni la ‘watak putih’ sedangkan amal kita tidak melayakkan kita jadi ‘watak kelabu’ pun tak cukup qualification.” Akmal sengih. “Tu aku punya two-cents la. Kau nak terima atau tak, terpulang.”

***

“Aku rasa sangat selfish kalau aku simpan benda tu untuk diri sendiri.” Fend menelan air liur yang terasa kesat.

“Tapi kalau kau tak rasa apa-apa, it’s okay. Aku faham.” Fend menutup buku di tangan.

***

CJ: Contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan.

———————————————————————————————————————————————————————-

Salah satu review menarik tentang CJ, click sini. 😎

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s