:: Hijau Putih ::

Projek semalam: Seri Muka.

First time buat sendiri. Selama ni sama ada mak buat, atau beli. Tak tau la mimpi apa tiba-tiba nak try buat sendiri. Bulan puasa ni pelik-pelik pulak… 

Refer resepi kat internet je, since malas nak kacau mak kat rumah. Dan alhamdulillah, jadi 😀 !

Bahan-bahan untuk pulut (putih):

  • 50gm santan serbuk di campur dengan 2 cawan air
  • 1 s/t garam masukkan ke dalam santan
  • 500gm beras pulut
  • 2 s/m minyak masak

 

Bahan-bahan bahagian atas kuih (hijau):

  • 2 s/m pandan paste <– saya ganti dengan perisa pandan + pewarna hijau
  • 1/2 s/t garam
  • 3 biji telur
  • 100gm santan serbuk di campur dengan 2 1/2 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 s/m tepung jagung
  • 1 cawan gula

 

Cara:

  1. Rendam beras pulut selama 20 – 30 minit. Kemudian toskan.
  2. Masukkan santan dan garam ke dlm pulut tadi. Kemudian masukkkan minyak masak.. Gaul rata.
  3. Masukkan pulut ke dalam loyang yang telah di lengser dgn minyak masak. Kukus selama 20 – 30 minit kedlm pengukus yang telah panas.
  4. Untuk bahagian atas kuih.
  5. Satukan kesemua bahan. Dan pukul hingga adunan sekata.
  6. Bila pulut telah masak, padatkan pulut tadi. Tapis adunan sebelum di masukkan ke atas pulut. Kemudian kukus sekali lagi adunan tersebut bersama dgn pulut yang telah masak.
  7. Kukus lebih kurang 30 – 45 minit.

 

Al-hasil:

Sedap la jugak (orang yang kata), walaupun banyak guna bahan-bahan yang tak fresh (santan serbuk, perisa pandan je..). <– Biasa la duk hostel ni, susah skit nak dapat daun pandan, santan perah, etc. 😉

Sebenarnya bukannya semangat sangat nak makan kuih ni. Tapi, puas hati la skit, dapat buat. Belajar2.. Dan, best 😀 . Dapat bagi orang makan untuk sahur kat masjid pagi tadi~

Advertisements

2 thoughts on “:: Hijau Putih ::

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s