:: 3 Bulan ::

It’s been a long time I didn’t ‘write’ in here.. It’s almost 3 months. Why didn’t I??

***

Strange. Yup, it’s a strange feeling. Rasa sedikit pelik bila dah habis belajar… dan belum sambung meneruskan pembelajaran, macam selalu.

Of course la.. Almost 11 years kut tak duduk rumah. Tinggal di asrama, hostel. All these years I’ve been going to school, classes, study, attend lectures, masuk lab, exam.. semua. Macam orang lain jugak, lepas habis UPSR, masuk sekolah menengah. Habis SPM, masuk uni.. And life goes on.

NORMAL

Ni perkara yang normal sebenarnya. Semua orang melalui fasa-fasa perubahan ni. Dan semua perkara pun berubah dengan peralihan fasa ni. Tak kiralah, perubahan tempat, kawan-kawan, dan persekitaran lain. Rutin harian pun berubah. Kita sendiri berubah. Tak kiralah, physically yang boleh kita nampak secara luaran, atau pun yang sebaliknya; pemikiran, percakapan, kematangan.. semua.

Cumanya.. Untuk ‘transfer’ dari satu fasa ke satu fasa tu, memerlukan satu tempoh penyesuaian diri. It’s just a matter of time. Yup, masa. Macam ada ‘propagation delay’ gitu.

PROPAGATION DELAY

Ups, ape tu? Er.. dalam elektronik, ‘propagation delay’ ialah masa yang diperlukan untuk digital signal ‘travel’ daripada input get logik kepada output. Kira macam – masa yang digital signal tu akan ambil before dia dapat berubah di output. Macam tu juga manusia. Ada propagation delay untuk adapt dengan keadaan baru.

Dan itulah yang berlaku kepada saya.

KERJA OH KERJA

Two weeks lepas habis belajar, I got a job. A one-month temporary job. Just one month, sebab it was a project-based job. Ok la, buat sementara waktu.. Kerja kat UOA, very near to KLCC. It’s really an experience to work there, at the center of that big city. First time menghadapi kesibukan KL yang ‘sebenar’~ Walaupun saya memang orang KL.

At the same time, saya mengajar di sebuah pusat tuisyen. Alhamdulillah, dapat peluang untuk jadi guru tuisyen kat situ. Gajinya tak lah seberapa, tapi saya seronok. Because that’s my passion. Sedar tak sedar, dah nak masuk tiga bulan saya mengajar kat situ. Dua bulan lebih kat situ, saya mengajar beberapa subjek: Maths, Science, English & BM. Dan dalam dua bulan lebih itu juga, macam-macam jenis orang di peringkat macam-macam usia yang saya jumpa. These are indeed unforgettable experiences.

JOB HUNTING

Selama itu juga, mungkin hampir ratusan applications yang saya hantar untuk apply jawatan-jawatan lain. Tak kira la thru online ke, thru career fair ke.. Macam-macam company, macam-macam industri, dan ada yang tak berkaitan langsung dengan kelulusan saya.

“Akak belajar kat mana dulu?”

“Kat U**..”

“Serius? Amik engineering?”

“Yup.”

“Engineering ape?”

“EE. Electrical & Electronic.”

“Abis tu kenapa tak apply jadi engineer?”

Tu perbualan hampir dua bulan setengah yang lepas. Office-mate di UOA. Memang terkejut betul dia bila tahu saya belajar apa dan di mana. Mana taknya, rata-rata yang berkerja temporary di situ adalah lepasan SPM atau kolej-kolej yang mempunyai sijil/diploma. Tapi adelah jugak 2-3 orang yang ada degree dari IPTA tempatan, yang macam saya, tak dapat kerja tetap lagi..

Maka kenapa saya tak apply untuk jadi engineer? Er.. That’s another long story. Not to be shared in this post, maybe next time. Tapi sebenarnya saya ada juga apply. Cuma applicationnya tak sebanyak bilangan job dalam bidang lain yang saya apply.

PUSAT TUISYEN

Di pusat tuisyen, saya seronok 😀 . Jumpa ramai budak-budak. Saya mengajar students yang pelbagai umurnya. Dari Form 5 sampai Standard 1!

Satu hari, saya bersihkan tempat tuisyen (masa tak de kelas). Saya vacuum, sapu sampah, semua.. Students sekolah menengah (terutamanya yang upper form) tengok je, sambil buat riak muka macam hairan dengan apa yang saya sedang lakukan. Langsung tak tegur sapa saya. Saya sambung buat kerja. Tiba-tiba..

“Cikgu, nak tolong,” seorang student Standard 5 tegur saya.

“Betul nak tolong cikgu? Ok. Awak tolong… tengok je,” seloroh saya.

“Ala..”

Selesai menyapu di kelas-kelas, saya vacuum di kawasan luar kelas.

“Cikgu, cikgu. Saya nak vacuum. Vacuum senang je..” seorang lagi student Standard 5 minta, nak tolong saya.

Huh. Berbeza betul behaviour students ‘comel-comel’ saya dengan students sekolah menengah. Betul la orang kata, kanak-kanak lebih telus, jujur, dan berterus-terang. Ni yang saya suka budak-budak ni 🙂 . Tapi tu tak bermakna saya tak suka students sekolah menengah saya tu. Banyak faktor yang mempengaruhi sikap orang, tak kira lah, kanak-kanak ke, remaja ke, orang dewasa ke..

***

Memang kurang best sebenarnya, bila masih belum dapat kerja tetap ni. Sekarang baru saya tahu macammana rasanya. Tak best sebab:

1. Tak de fixed income yang stabil.

2. Tak dapat start bayar loan. Hutang oh hutang….. -.-‘

3. Tak dapat tolong family – yelah, tolong-tolong bayar bil ke, ape2 je lah. Serius, rasa macam membebankan family je duk rumah..

4. Duduk rumah, tambah kilo je. Tinggal sorang, sebab semua orang pergi kerja. Mati kutu. Nasib baik ade Mel (kucing saya, nak masuk 6 bulan usianya).

Dan banyak lagi sebab-sebab yang lain.

Akhir kata di post yang panjang ini,

Doakan urusan saya. Dan sahabat-sahabat saya yang lain juga, yang dalam kasut yang sama~

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s