:: Kami semuaaaa nak jadi baik ::

“Jadi adik rasa, Rakan Masjid ni untuk orang baik-baik je, macam tu?”

“Entahlah. Tapi nampak memang macam tu. Orang RM semua pakai kopiah, tudung besar.”

Jeda tiga saat.

“Dik, percaya tak kalau akak cakap akak ni bukannya baik pun. Kak Siti, Abang Luqman, semua ni pun bukannya baik pun.”

“Uh?”

Jeda lagi. Jauh dalam hati, menginsafi diri. Aku bukan baik, tapi.. aku nak jadi baik.

“Tapi.. kami semuaaaa nak jadi baik.”

“Kami nak jadi baik, jadi kami cuba buat perkara-perkara yang akan ‘membaikkan’ kami, pelihara diri kami. Tapi tu tak bermakna kami tak ada buat dosa, dik.”

Adik itu tunduk.

*

Itu perbualan hampir 4 tahun lalu (dengan tidak menggunakan nama sebenar). Perbualan itu terjadi ketika dalam satu temuduga, untuk merekrut komiti sebuah badan agama di kampus. Sungguhlah, ada jurang yang besar antara keduanya.

Short film dari Matluthfi di bawah ini memang terbaik. Membuka mata yang terkadang terlena. Siapapun anda, luangkan sedikit masa untuk menontonnya. Lebih-lebih lagi, jika anda figure dakwah, bawa usrah. Ini untuk muhasabah.

Kita juga pendosa, seperti mereka. Mungkin yang membezakan cuma, ada aib kita yang Allah tutupkan dan ada aib mereka yang Allah bukakan. Allah nampakkan aib mereka itu pada kita, bukan bermakna mereka hina. Tapi itu juga adalah ujian buat kita. Apa tindakan kita setelah mengetahuinya. Adakah menghina, menjauhkan diri, atau membantunya memperbaiki kesilapan? Allahurabbi.

Hakikatnya, Allah-lah yang Maha Tahu dan Allah juga yang menilai.

Do good to others, and never judge. Sometimes we don’t know what they endured and we may treat them unkindly, in a way we otherwise wouldn’t.

Setiap dari kita ada peluang. Kita buat baik, untuk diri kita sendiri. Kita buat jahat pun, untuk diri kita sendiri jugak. Jangan pernah rasa, tak ada harapan untuk kita berubah.

Jika agama gagal menawarkan harapan, ia bukan dari Tuhan. – Matluthfi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s