:: Ramadhan 1434H ::

Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang ditunggu-tunggu. Entah kenapa, ada debar yang semacam dalam menanti 1 Ramadhan beberapa hari lalu. Terfikir, ada lagikah Ramadhan untukku? Masihkah diberi peluang beramal di bulan yang pahalanya diganda-gandakan? Adakah peluang untuk bertemu laylatul qadar yang lebih baik dari 1000 bulan?

Bukan seorang dua dan bukan sekali dua, ku dengar berita orang-orang terdekat kepada kenalan atau saudara mara yang dijemput Ilahi dalam bulan Sya’ban. Sungguhlah ajal itu telah ditentukan bagi setiap orang, dan tidak akan dipercepat mahupun diperlambatkan barang sesaat. Tiada kesempatan untuk berRamadhan untuk mereka kali ini. Semoga Allah merahmati mereka yang telah pergi dahulu. Kita akan pasti menyusul.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah, hari ni dah pun masuk hari ketiga Ramadhan, hari ketiga berpuasa. Moga Allah kurniakan momentum dan tenaga untuk menambah amal sehari-hari. Moga kita tak sia-siakan peluang yang satu kali ini. Kerana siapa tahu, akan ada lagikah Ramadhan 1435H untuk kita nanti?

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ اَلْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s