:: Bazar Ramadhan ::

Hari-hariku dalam Ramadhan kali ini memang satu pengalaman yang lain dari Ramadhan-Ramadhan yang lalu. No, no. Bukan sebab dah berdua, bertiga, atau sebab dah tukar kerja, atau pindah, ke apa. Tiada kaitan semua itu, kerana semua itu tak berlaku pun.

Tidak.

Tapi sebab, kali ni Along berniaga di bazar Ramadhan. Berniaga kurma. Balik kerja, aku akan terus ke bazar, tolong Along. Gerai kami agak lambat dibuka berbanding orang lain. Sebab kami sekeluarga berkerja, dan hanya boleh mula berniaga selepas pulang dari kerja. Sekitar 5.15 petang baru mula beroperasi. Hanya 1 jam 45 minit untuk berniaga, kerana pada pukul 7 petang, kami akan berhenti berniaga. Cuba balik awal, untuk berbuka puasa di rumah, dan seterusnya persiapkan diri untuk Isya’ di surau atau masjid.

Along memang suka berniaga. Berbisnes. Sejak dari zaman sekolah lagi. Macam-macam yang dia pernah jual. Handsocks, Quran, buku, telekung, button badges.. macam-macam. Aku dari dulu tak reti berniaga. Pernah cuba, tapi memang tak menjadi. Bertahan 3-4 hari je. Mungkin memang jadi macam tu, bila tak ada minat dan tak ada ilmu tentang bisnes. Tapi Along, memang obvious itu minatnya.

Satu perkara yang aku perasan tentang Along adalah kecenderungannya dalam melakukan perkara sunnah. Yup. Sunnah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW berniaga, Along pun suka berniaga.

“Rasulullah tak jual makanan yang diproses.” Itu kata Along bila ditanya, kenapa tak nak jual something yang kena masak, macam murtabak ke, nasi goreng, mi goreng semua tu.

Pernah sekali, ku buatkan beef lasagna di rumah. Saja, nak cuba masak benda yang lain daripada selalu. Dan sejak tu, kerapkali juga, Along request untuk buat lasagna lagi. Aku yang kononnya nak jaga makan ni, tak naklah makan benda-benda tinggi lemak dan kolestrol macam tu selalu. Jadi ku tanyakan pada Along, kenapa suka makan lasagna tu. Dan jawabnya,

Host dalam Fattabi’uni tu kata, Rasulullah suka makan makanan yang berdaging lembu, yang macam beef lasagna tu.”

And the rest is history.

Banyak benda yang kita tahu itu adalah sunnah Rasulullah SAW. Tapi, sejauh mana kita cuba untuk praktikkannya? Sukakah kita dengan perkara-perkara itu? Sekecil-kecil perkara, seperti membasuh telinga ketika berwudhu’, mulakan pakai baju dengan bahagian kanan, dan banyak lagi. Dalam akhlak, pemakanan, dan segala perbuatan sehari-hari. Phew.

Tampar pipi sendiri. Bagi sedar. 😐

Semoga di bulan Ramadhan ini, kita garap semangat untuk beramal dan berusaha untuk mengikuti sunnah Rasulullah SAW. Dapat kebaikan, dapat pahala juga. Yuk!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s