:: Trifle ::

9 Ramadhan. Konvensyen itu lagi dua hari. Macam nervous pulak nak attend. Tapi kena kuatkan semangat. Hadir, dengan niat nak cari ilmu, cari jalan. Hewhew.

Moga keberkatan bulan Ramadhan mengiringiku ke majlis itu. Moga bermanfaat. Dan siapa tahu, kehadiranku ke konvensyen itu akan mengubahku dan sekaligus membuka jalan untukku? Amiin.

Oh. Kembali ke topik (referring to the post title).

Trifle juga ada dijual di gerai bazar Ramadhan kami. RM3 je sebekas. Murah bangat kan?

image

Senang je nak buat trifle ni sebenarnya. Cuma ianya agak makan masa, sebab berlapis-lapis. Ni resipi dan cara buat:

TRIFLE

Bahan-bahan (keseluruhan):

  1. Kek
  2. 1 tin susu cair
  3. 1 tin air (guna tin susu cair tadi)
  4. 2 sudu tepung kastard + ¼ cawan air
  5. 1 sudu gula
  6. Fruit cocktail (kuantiti bergantung kepada kesukaan anda)
  7. Serbuk jelly (perisa dan kuantiti bergantung pada kesukaan anda. Apapun pastikan halal ye 😉 )
  8. Air untuk bancuh jelly

Lapisan 1: Kek 

Bahan:

  1. Kek (Boleh buat sendiri atau kalau tak sempat, beli je kek yang dah siap. Ada juga yang guna swiss roll. Perisa kek pun, ikut citarasa anda. Guna kek coklat pun sedap.)

Cara-cara:

  1. Potong kek supaya membentuk lapisan.
  2. Susun lapisan kek dalam bekas.
  3. Mampatkan sedikit kek dalam bekas tu.

Lapisan 2: Kastard

Bahan-bahan:

  1. 1 tin susu cair
  2. 1 tin air (guna tin susu cair tadi)
  3. 2 sudu tepung kastard + ¼ cawan air
  4. 1 sudu gula

Cara-cara:

  1. Masak susu cair, gula dan air dalam periuk.
  2. Sementara tunggu mendidih, bancuh tepung kastard dengan ¼ cawan air. Kacau hingga larut.
  3. Setelah campuran susu tadi mendidih, matikan api dan masukkan bancuhan kastard. Kemudian hidupkan api semula.
  4. Teruskan masak selama 3 minit, dengan mengacau campuran secara berterusan. (kalau tak kacau dengan betul, kastard akan berketul-ketul).
  5. Tutup api dan kastard sudah siap (sepatutnya campuran jadi thick sedikit).
  6. Tunggu sejuk sekejap (sambil terus kacau kastard) dan kemudian boleh tuangkan atas lapisan kek tadi. Sejukkan, supaya kastard memejal.

Lapisan 3: Fruit & Jelly

Bahan-bahan:

  1. Fruit cocktail (kuantiti bergantung kepada kesukaan anda)
  2. Serbuk jelly (perisa dan kuantiti bergantung pada kesukaan anda. Apapun pastikan halal ye 😉 )
  3. Air untuk bancuh jelly

Cara-cara:

  1. Susun buah-buahan cocktail di atas lapisan kastard yang sudah sejuk.
  2. Bancuh jelly mengikut deskripsi yang disediakan pada bungkusan jelly.
  3. Setelah jelly masak, sejukkan sebentar dan tuangkan ke atas lapisan kastard yang telah pun ditabur buah-buahan cocktail tadi.
  4. Sejukkan, supaya jelly memejal.
  5. Siap.

Sedap sebagai dimakan ketika sejuk, sebagai dessert atau bila-bila masa je.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s