:: Borneo: Muqaddimah ::

Lari.

Cuti sekolah yang lalu, telah kularikan diri ini seketika ke Kepulauan Borneo, kepulauan ketiga terbesar di dunia dan pertama terbesar di Asia. Sambil merehatkan minda, misinya juga adalah kembara. Kembara ke pantai barat Sabah – dari Miri, Sarawak.

Pause: Post ini mungkin sedikit sarat. Maka telah kubahagikan kepada beberapa parts. Tiada lain, hanyalah untuk memudahkan pembacaan (siapalah yang baca blog berkarat ni. Kui3). To be honest, dek kerana kelewatanku mengarang posts yang sarat ini, maka tarikh posting juga telah ku letakkan pada tarikh sebenar kejadian. Hal ini sekali lagi, tiada lain, untuk memudahkan pembacaan dan rujukan (termasuk untuk diriku sendiri).

Ok, sambung semula. Parts yang ku katakan tadi itu adalah seperti berikut:

  1. Day 2: Niah.
  2. Day 3: Ke Sabah, bah!
  3. Day 4: Déjà vu di Kinabalu
  4. Day 5: Gunung Kinabalu yang Pemalu =)
  5. Day 6: Jesselton
  6. Day 7: Limbang
  7. Day 8: Sunset di Bungai

Jadi, di manakah part Day 1? Day 1 itu tiada lain, perjalananku dan Odah dari Kuala Lumpur ke Miri, tempat bermukimnya Sal, sahabat baikku. Ya, sebenarnya misi KL-Miri-Sabah ini tercetus kerana Sal ada di Miri. Jika tidak, boleh jadi misi ini hanya akan jadi KL-Sabah sahaja (kurang kilometer, maka kurang jugalah adventurenya).

Good weather, alhamdulillah. B-)

Good weather, alhamdulillah. 8)

Kami tiba di Miri pada jam 2 petang, kurang lebih. Belum sempat kami jelajah Miri Airport yang pertama kali dijejak itu, Sal dan husbandnya sampai. (Macam tak adventure pulak kan, sampai-sampai sahaja sudah ada yang menjemput. Ekeke..)

Miri Airport

Miri Airport

Di hari pertama ini kami sedikit relax. Sebenarnya, plan asal trip ini adalah untuk bertolak ke Sabah pada hari ini juga. Namun perancangan itu gagal dan terpaksa ditangguhkan kerana kereta yang akan kami naiki (kereta husband Sal) itu belum diperoleh greencard – yang perlu digunakan semasa merentasi sempadan Malaysia-Brunei-Malaysia nanti. Maka kami tundakan tarikh untuk bertolak ke Sabah, iaitu ke hari Isnin (day 3).

Jadi pada hari kedua (Day 2), kami…

(Baca sambungan di sini –> Day 2: Niah)

Sharing is caring. Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat panduan. Selamat membaca.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s