:: Borneo, Day 2: Niah ::

Aluan 1: Sharing is caring. Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat panduan. Selamat membaca.

Aluan 2: Post ini adalah sambungan daripada post terdahulu, Borneo: Muqaddimah.

Seperti yang diceritakan dalam post sebelum ini, kami telah tangguhkan keberangkatan ke Sabah kepada hari ketiga (Day 3). Bagi menghargai keberadaan di Miri dan peluang yang tidak datang berkali, maka di hari kedua di bumi Borneo ini, kami ke Niah. (Ini tiada dalam plan asal trip ini)

Niah terletak kurang lebih 90km dari bandar Miri. Perjalanan menaiki kereta mengambil masa kurang lebih satu setengah jam. Waze sedikit sebanyak memang membantu. Kami bertolak dari rumah (di Miri) dalam pukul 10++ pagi. Kelewatan untuk bertolak ini adalah disebabkan oleh penyediaan bekalan makanan dan peperangan di dapur yang apinya sangat perlahan. Namun, kami berjaya memasak nasi lemak serta lauk-pauknya untuk sarapan pagi dan dibawa sebagai bekalan untuk lewat tengahari nanti. Kami tiba di Taman Negara Niah kira-kira pada pukul 12++ tengahari.

Bukit Niah?

Jaluran bukit batu Niah

Pintu gerbang Taman Negara Niah

Pintu gerbang Taman Negara Niah

Gua Niah ini pertama kali kudengar namanya adalah ketika di dalam kelas Sejarah Tingkatan 1. Cikgu Nabisah Beebi Mura Sahib yang mengajarkannya. Gua Niah, gua terbesar di Malaysia (dan merupakan antara gua batu kapur terbesar di dunia juga). Ini termaktub di dalam buku teks Sejarah Tingkatan 1 itu kerana penemuan tengkorak yang berusia kira-kira 40,000 tahun di gua itu. Artifak ini sekaligus membuktikan kewujudan tamadun manusia di zaman paleolitik atau juga dikenali dengan nama zaman batu.

Oh, kalau masih ingat Sejarah Tingkatan 1, tiga tapak penempatan manusia di zaman paleolitik yang dijumpai di Malaysia adalah Gua Niah (Sarawak), Kota Tampan (Perak) dan Tingkayu (Sabah). Tak sangka juga aku berpeluang ke tempat bersejarah besar begini. Mesti Cikgu Nabisah bangga kalau tahu student dia ingat lagi pasal ni. Cewah. 😛

Tapi satu perkara yang aku baru tahu, jauh juga perjalanan meneroka Gua Niah ini. Dah tua-tua begini, semput jugalah nak sampai ke hujung gua itu. Sebelum ini aku pernah ke Gua Kelam (Perlis) dan Gua Tempurung (Perak), tidaklah sepenat ke Gua Niah ini. Mungkin kerana faktor usia, atau mungkin juga Gua Niah ini memang sangat besar! (Kan gua terbesar di Malaysia!)

Ok, ok. Panjang betul flash back. Sambung cerita. Gua Niah ini terdiri daripada sebuah gua besar (The Great Cave) dan beberapa gua kecil di sekitarnya. Untuk masuk ke Taman Negara Niah ini, anda perlulah mendapatkan (baca: membeli) tiket di kaunter tiket. Bayaran masuk adalah RM10 bagi seorang dewasa (maaf, tidak pula ku semak harga tiket kanak-kanak). Pakailah pakaian yang sesuai seperti pakaian sukan supaya anda mudah untuk bergerak di dalam gua nanti. Jika mahu menjimatkan wang, jangan lupa untuk bawa lampu suluh sendiri. Di sini ada perkhidmatan sewa lampu suluh (jenis pakai di kepala) dan caj sewa adalah RM6 bagi sebuah lampu suluh.

In short, checklist untuk explore Gua Niah ini adalah:

  1. Wajib: Pakaian yang sesuai – terutamanya kasut sukan atau kasut yang bertapak getah (anti-slip).
  2. Wajib: Lampu suluh.
  3. Wajib: Bekalan air minuman.
  4. Optional: Bekalan makanan tenaga – seperti energy bars, roti dan sebagainya.
  5. Optional: Kain lap peluh.

Sebelum mula bergerak ke gua (baca: jalan kaki), kita perlu menyeberangi sebatang sungai kecil terlebih dahulu. Walaupun sungai ini kecil, namun di sungai ini anda berpotensi untuk berjumpa buaya (dengan kebarangkalian kecil).

Ada buaya!

Ada buaya!

Oh. Jangan risau. Bukanlah kita perlu masuk ke dalam sungai itu, kerana ada perkhidmatan bot kecil yang disediakan di situ (dah nampak dalam gambar atas ni kan?). Perkhidmatan menyeberangi sungai kecil yang mengambil masa kira-kira dua minit itu berharga (baca: harga tiket) RM1 seorang.

Di seberang sungai, ada sebuah muzium, Muzium Arkeologi Niah namanya. Jika anda mempunyai minat yang mendalam terhadap kajian arkeologi dan sejarah Gua Niah, maka anda wajib masuk muzium ini. Tiada bayaran yang dikenakan. Cuma tanggalkan kasut sahaja. 😛 Pengunjung tidak dibenarkan mengguna kamera di dalam muzium. Maka tidak dapatlah kutunjukkan kalian bagaimana isi perut muzium ini.

Masih ingat tengkorak pertama berusia 40,000 tahun yang dijumpai di gua ini (ada dinyatakan di atas)? Kalau mahu lihat sendiri rupa, bentuk dan warna tengkorak itu, kalian bolehlah lihat sendiri di dalam muzium ini. Ada juga diceritakan sejarah penemuan, siapa yang menemukan dan segala perincinya. Barangan lain (artifak) yang dijumpai di gua ini dan dipercayai digunakan pada zaman paleolitik dahulu juga ada dipamerkan di sini.

Selepas keluar dari muzium, maka perjalanan pun bermula!

Yosh!

Yosh!

_DSC0108n

Titian perjalanan.

Perjalanan di atas titian kayu ini berterusan sehinggalah deretan beberapa buah pondok kayu kelihatan (maaf tidak kira pula berapa kilometer dan berapa durasinya). Wah, misteri bunyinya. 😛 Jangan risau. Ini bukan pondok misteri. Bukan juga kediaman orang. Di deretan pondok ini ada penduduk tempatan yang menjual makanan, minuman dan kraftangan. Harga jualan di sini sudah tentu berbeza dengan normal price ya. Maklum saja, bukan senang untuk diangkut barang-barang ini ke sini. Jadi sekali lagi, jika mahu berjimat, bawalah air atau makanan sendiri~

Pondok jualan

Pondok jualan penduduk tempatan

Tidak lama selepas melepasi pondok itu, barulah kami memasuki kawasan gua. Gua Dagang namanya. Gua Dagang ini adalah pintu masuk ke gua besar, Gua Niah. Gua ini dinamakan demikian kerana wujudnya aktiviti perdagangan sarang burung di antara penjolok sarang burung dan peniaga dari pekan.

Gua Dagang / The Trader's Cave

Gua Dagang / Trader’s Cave

Maaflah ya. Gambar di atas silau pula. Tetapi intipatinya lebih kurang dengan apa yang kuceritakan di sini. Tambahan: jutaan tahun dahulu, keseluruhan bahagian gua ini ditenggelami air. Kesan luluhawa pada dinding dan siling gua masih boleh dilihat sehingga hari ini. Lihat di hujung kanan bawah peta. Painted Cave itulah destinasi kami. Jauh lagi nak sampai ni..

IMG_7693n

Pemandangan di Gua Dagang

IMG_7703n

Pemandangan di Gua Dagang lagi

Jalan keluar dari Gua Dagang

Jalan keluar dari Gua Dagang

Nah. Maka perjalanan di titian kayu kini bertangga-tangga! Persiapkan kekaki dan lelututmu!! Tidak lama kemudian, akhirnya kami pun tiba di pintu masuk Gua Besar (The Great Cave). Subhanallah! Besar amat gua ini!

IMG_7713n

Tapak Arkeologi

Tapak Arkeologi seperti dalam gambar di atas ini dipagari dawai hijau, tak boleh masuk. Tapak ini terletak di bahagian kiri pintu masuk gua yang besar ini. Di bahagian kanan pintu masuk pula ada sebuah pondok rehat. Tak pasti apa yang ada di dalamnya, sebab kami tak cuba masuk pula.

Odah shoot gambar di bahagian kanan pula

Odah shoot gambar pondok rehat

Nota

Tanda arah

Bentuk muka bumi

Bentuk muka bumi gua

Tangga lagi!

Tangga lagi! -.-‘

Seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas, jalan di dalam gua bertangga-tangga. Makin jauh ke dalam gua, makin gelap. Di sinilah lampu suluh memainkan peranan penting. Di bawah ini pula gambar pondok tadi, dari bahagian atas setelah menaiki tangga. Subhanallah, cantik kan?

Subhanallah!

Subhanallah!

Jalan di dalam The Great Cave

Jalan di dalam The Great Cave

3.7km

Sudah 3.7km kami berjalan!

Cahaya masuk. Macam dalam filem je rasa.

Cahaya masuk. Macam dalam filem je rasa.

IMG_7762n

Jalan keluar dari The Great Cave

Destinasi terakhir: The Painted Cave

Destinasi terakhir: The Painted Cave. Sikiiiitttttt lagi!

Di 420m terakhir untuk tiba ke The Painted Cave, tiba-tiba kami semakin bersemangat. Maklumlah, dah nak sampai. 🙂

Akhirnya tiba juga

Akhirnya tiba juga

The Painted Cave

The Painted Cave

Di The Painted Cave ini sebenarnya ada lukisan-lukisan purbakala di dinding-dinding gua. Tapi kami tak dapat lihat dengan jelas. Mungkin sudah semakin hilang dimakan usia. Sedikit kecewa. Tapi puas hati, sebab telah jejakkan kami di sini. Phew!

Info tentang The Painted Cave

Info tentang The Painted Cave

Untuk pulang, jalan yang harus dilalui adalah jalan yang sama seperti yang kami lalui ketika datang tadi. Ini sedikit mengecewakan kerana.. masing-masing sudah penat. Tahukah anda, jumlah kilometer untuk sampai ke The Painted Cave ini dari pintu masuk (berdekatan muzium) adalah lebih kurang 4km!

Kami mati-mati ingatkan ada jalan keluar lain yang boleh membawa kami kembali ke kaunter masuk tadi. Namun ternyata tiada jalan sebegitu. Maka berpatah-baliklah kami. Dan ini menjadikan jumlah kilometer perjalanan dengan kedua kaki adalah lebih kurang 8km! Tahniah kepada diri sendiri. Memang boleh tahan banyak juga kalori yang dibakar. Phew!

(Baca sambungan di sini -> Day 3: Ke Sabah, bah!)

 

Advertisements

One thought on “:: Borneo, Day 2: Niah ::

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s