:: Borneo, Day 3: Ke Sabah, bah! ::

Aluan 1: Sharing is caring. Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat panduan. Selamat membaca.

Aluan 2: Post ini adalah sambungan daripada post terdahulu, Borneo, Day 2: Niah.

Setelah membakar kalori pada hari sebelumnya, hari ini kami bertolak ke Sabah, bah!

Ke Sabah dari Miri, Sarawak dengan melalui jalan darat adalah satu pengalaman baru bagiku. Kami berempat semuanya; aku, Odah, Sal dan husbandnya. Kami berkereta – husband Sal lah drivernya. Barangkali jika menggunakan public transport (baca: bas), akan lebih mencabar perjalanannya.

Perjalanan lebih kurang 300 kilometer itu juga melalui negara Brunei, kerana garisan sempadan negara Brunei yang berbentuk begini:

Map

Peta menunjukkan kedudukan negara Brunei

Kerana perjalanan ini merentasi sempadan Malaysia (Miri)-Brunei-Malaysia (Limbang)-Brunei-Malaysia (Lawas), maka terdapat beberapa checkpoints (imigresen) yang terpaksa dilalui. Maka, janganlah lupa bawa buku merah (baca: passport). Checkpoints tersebut adalah:

  1. Sungai Tujuh, (Sarawak, 30km dari Miri) – Sungai Tujoh, Kuala Belait (Brunei)
  2. Kuala Lurah (Brunei) – Tedungan, (Sarawak, 42km ke Limbang)
  3. Pandaruan (Sarawak) – Puni, (Brunei)
  4. Temburung/Labu (Brunei) – Trusan (Sarawak)
  5. Merapok, (Sarawak) – Sindumin (Sabah)

Kami bertolak pada pagi Isnin, hari berkerja bagi Sabah dan Sarawak. Berbekalkan road map yang telah dimuat turun dari sebuah blog, kami macam confident je. Ini muka depan map yang dijumpai: (kalian boleh google “road map miri to kota kinabalu”, pasti jumpa file pdfnya).

Muqaddimah map

Muqaddimah map

Seperti tertulis di atas, tidaklah diketahui siapakah ‘the original author of the map’. Siapapun anda, jutaan terima kasih diucapkan, kerana map anda sangat-sangat-sangat membantu. Dan terima kasih juga kepada yang mengemaskini (lihat email dalam gambar di atas) peta ini, kerana anda juga membantu!

Lebih kurang jam 10++ pagi, kami melalui sempadan Sarawak-Brunei yang pertama. (Lihat sempadan dalam Rajah 2).

Miri

2. Miri Route

Kuala Belait Route

3. Kuala Belait Route

sd

4. Water Pipes Route

5

5. Brunei-Limbang Route

Sempadan Brunei-Sarawak seperti dalam Rajah 6 (bawah).

6

6. Limbang Area Route

Ferry point seperti dalam rajah 7 di bawah ini sudah tiada. Dulu, ada feri yang akan mengangkut kereta bagi merentasi sungai (border) seperti dalam Rajah 7. Biasanya memang beratur lama di situ. Walhal kecil sahaja sungai yang perlu diseberangi. Kini, kita tidak perlu lagi beratur panjang untuk cross border melalui sungai kerana sudah ada jambatan yang menghubungkan daratan itu. Sempadan Limbang (Sarawak)-Brunei-Sarawak adalah seperti dalam Rajah 7. Sekejap sahaja di Brunei.

7

7. Temburong District Route

8

8. Lawas Town Route

Rajah 9 menunjukkan sempadan Sarawak-Sabah, bah! Lepas memasuki Sabah, jalan menuju ke Kota Kinabalu sudah tidak terlalu susah atau berbelit-belit seperti tadi. Banyak jalan yang lurus. Dan banyak juga sign board di jalan raya. Phew~

9

9. Merapok – Sindumin Sipitang Route

10

10. Sipitang Town Area

11

11. Sipitang/Mansapol/Beaufort Area Map

12

12. Beaufort/Membakut Area Map

13

13. Membakut Area Map

14

14. Membakut/Bongawan Area Map

15

15. Kimanis Area Map

16

16. Papar Town Area Map

17

17. Panggalat/Papar/Melinsung Area Map

18

18. Sebindo/Lokawi Area Map

19

19. Putatan Area Map

20

20. Petagas/Kepayan Area Map

21

21. KK Area Map

Kami tiba di KK lebih kurang jam 8++ malam.

Peta di atas memang membantu (terutamanya ketika keluar masuk Sarawak-Brunei). Aplikasi Waze juga membantu.

Sebenarnya, selain melalui jalan darat, anda boleh memilih untuk terbang saja dari Miri ke KK (and vice versa). Kerana tidak mengejar masa dan ada peluang yang tidak datang berkali ini, kami sengaja memilih untuk merasai sendiri pengalaman ber-road-trip dari Miri-KK-Miri ini. 🙂

Malam itu juga, selepas mengisi perut di KK, kami teruskan perjalanan ke SK Dallas, Kota Belud. Kenapa ke sekolah pula? Ha.. Kami tumpang bermalam di kuarters guru di sini. Kawan kepada salah seorang daripada kami adalah guru di sekolah ini. Kebetulan, rumahnya kosong kerana balik bercuti di Semenanjung. Rezeki jangan ditolak. Alhamdulillah. =)

Perjalanan ke SK Dallas yang sama arah ke arah Kinabalu itu mencabar juga. Jalan rayanya mendaki gunung. Makin malam, makin tebal berkabus, makin sejuk! SK Dallas itu letaknya dekat amat dengan Pekan Nabalu. Nanti kita cerita tentang tempat ini pula.

Sesampainya di rumah, subhanallah! Sejuk yang amat. Bila masuk bilik dan buka stokin, terjengket-jengket pijak lantai yang sejuk.

Esoknya, barulah..

(Baca sambungan di sini –> Borneo, Day 4: Déjà vu di Kinabalu)

 

Advertisements

4 thoughts on “:: Borneo, Day 3: Ke Sabah, bah! ::

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s