:: Borneo, Day 4: Déjà Vu di Kinabalu ::

Aluan 1: Sharing is caring. Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat panduan. Selamat membaca.

Aluan 2: Post ini adalah sambungan daripada post terdahulu, Borneo, Day 3: Ke Sabah, bah!

Pagi hari keempat. Bila sentuh air di dalam bilik air, barulah kami faham kenapa tuan rumah ada terangkan tentang penggunaan water heater semalam. The water was freezing cold! Dan bila nak guna sendiri water heater itu, kami bertambah faham. Patutlah beriya benar tuan rumah cerita tentangnya. Water heater itu dijana daripada gas! Yup, gas. Seperti dapur gas yang kita boleh lihat apinya. Pergh. Tak pernah kulihat. Jakun sebentar. Pasti kesemua rumah di kawasan ini memiliki water heater – jika tidak bagaimana mereka mandi di waktu pagi?

Itu kisah di bilik air. Sesudah bersiap, kami keluar rumah. Kata tuan rumah, Gunung Kinabalu boleh dilihat dari kawasan belakang rumah itu.

Tahu bagaimana perasaan kami bila menapak keluar dari rumah? Terpegun. Speechless. Malam tadi, kerana kepekatan malam, kami langsung tidak dapat melihat kawasan persekitaran rumah. Kami cuma tahu, rumah yang kami tumpangi ini letaknya di belakang sekolah rendah.

Tapi pagi ini.. Subhanallah! Gunung Kinabalu dapat dilihat betul-betul dari belakang rumah ini!

Nah

Nah. Lihat sendiri!

Kata tuan rumah, jika kami keluar lebih awal – seawal jam 6 pagi, kami mungkin boleh melihat puncak Gunung Kinabalu dengan lebih jelas.

Apabila makin siang, puncak gunung kadangkala tidak kelihatan kerana dilindungi awan. Puncak gunung akan dapat dilihat semula pada waktu tengahari (mungkin). Baik. Kami tekad untuk keluar lebih awal esok!

KINABALU PARK – WORLD HERITAGE SITE

Destinasi pertama kami pada pagi hari keempat ini ialah Kinabalu Park, sebuah World Heritage Site yang digazetkan pada tahun 1964. Kinabalu Park ini terletak di kaki Gunung Kinabalu, di  daerah Ranau. Bagi sesiapa yang ingin mendaki Gunung Kinabalu, nah, di sinilah entrancenya.

Kinabalu Park

Kinabalu Park

Kinabalu Park ini terletak 1585 meter di atas paras laut. Jika anda dari Kota Kinabalu, durasi perjalanan untuk ke sini adalah kira-kira 2 jam. Bayaran masuk ke Kinabalu Park adalah RM3 bagi seorang warganegara Malaysia dewasa. *Sila simpan tiket ini jika anda ingin pergi ke Poring Hot Springs.

Kinabalu Park Complex route map

Kinabalu Park Complex route map

Hmm.. Kami tidaklah merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu ini kali ini. Maybe next time, jika ada peluang insyaAllah. Jadi apa aje aktiviti kami di sini? Kami memasuki sebuah dewan pameran yang mempamerkan segala hal yang berkaitan dengan Gunung Kinabalu – sejarah, fakta, gambar, segala. Di dewan pameran ini juga terdapat tayangan video. Tapi kami tak sempat pun nak layan video ni. Heee..

IMG_8054

Info tentang Tayangan Video

"Selamat datang" siap ada dalam bahasa Perancis, Jepun, baq hang.

“Selamat datang” siap ada dalam bahasa Perancis, Jepun, baq hang.

Ok. Hasil daripada lawatan ke dewan pameran ini, ini adalah sedikit sebanyak info yang menarik mengenai Gunung Kinabalu:

  • Tahukah anda, Gunung Kinabalu adalah gunung tertinggi yang terletak di antara Himalaya hingga The Snow Mountains of Papua Barat (Papua New Guinea)! Ketinggiannya adalah 4095.2m!
  • Gunung Kinabalu juga adalah salah satu gunung non-volcanic yang termuda di Bumi, dengan usia 1.5 juta tahun.
  • Asal usul nama Kinabalu masih misteri. Cuma antara pandangan yang paling popular adalah ia diambil daripada perkataan Dusun “Aki Nabalu” yang membawa maksud “the revered place of the dead”.
  • Bagi memudahkan pengenalpastian, beberapa puncak di Gunung Kinabalu diberi nama: Low’s peak (4095.2m), St. John’s peak (4090.7m), Oyayubi Iwu peak (3975.8m), Donkey Ears peak, Ugly Sister peak, King Edward peak. (Antara gambar yang sempat dicilok ada di bawah)
IMG_8066

Low’s Peak

IMG_8064

South Peak

IMG_8060

Donkey’s Ears Peak

Di luar dewan pameran ini terpampang papan kenyataan yang menunjukkan jalan (trail) ke puncak Gunung Kinabalu. Ada juga dipaparkan nama-nama pemenang International Climbathon tahun lepas (2013).

Summit & Climbathon route map

Summit & Climbathon route map

27th Mount Kinabalu International Climbathon 2013

27th Mount Kinabalu International Climbathon 2013

Pergh.. Tak sangka pula siap ada climbathon bagai. International pula tu. Agak-agak ada harapan tak nak join satu hari nanti? Wakaka.. Berangan. Kalau lambat sangat, mungkin boleh pertimbangkan kategori Women Veteran itu. 😛

PORING HOT SPRINGS

Poring Hot Springs

Poring Hot Springs

Destinasi seterusnya adalah Poring Hot Springs atau Mata Air Panas Poring, yang terletak 40 km dari Kinabalu Park tadi. Walaupun agak jauh dari sana, tetapi Hot Springs ini sebenarnya masih termasuk dalam Kinabalu Park. Di sini ada:

  • Hot Springs / Mata Air Panas
  • Butterfly Farm / Taman Kupu-kupu
  • Canopy Walkway / Jambatan Kanopi
  • Tropical Garden – Orchid Conservation Centre
  • Kipungit Waterfall / Air Terjun Kipungit
  • Bat Cave / Gua Kelawar
  • Langanan Waterfall / Air Terjun Langanan
Signboards

Signboards

Nampak macam best kan, ada banyak benda ada di satu tempat. Tapi.. ramainya orang – boleh tahan juga!

Setelah mempertimbangkan kondisi, persediaan, masa dan bajet kami, dalam banyak-banyak tempat yang disenaraikan tadi, kami hanya ke Hot Springs dan Canopy Walkway. Itupun, di Hot Springs itu kami hanya lalu saja. Sekadar tengok sajalah, air yang berasap (panaslah katakan..). Malas juga nak bersesak-sesak dengan orang yang ramai.

The hot springs. And the people.

The hot springs. And the people.

Oh ya. Nama “Poring” ini sebenarnya diambil daripada perkataan Kadazandusun yang bermaksud buluh. Bayaran masuk ke sini (Poring Hot Springs) adalah RM3 bagi pemegang Mykad. TAPI, jika anda sudah pun ke Kinabalu Park, anda tidak perlu beli tiket baru lagi kerana RM3 itu termasuk untuk masuk ke Poring Hot Springs ini!

RM5 - camera fee

RM5 – camera fee

Cuma, untuk masuk ke tempat-tempat lain yang disenaraikan tadi, ada fee yang lain. Contohnya, untuk ke Canopy Walkway, bayarannya adalah RM3 seorang dewasa (Malaysian) dan RM5 untuk bawa masuk sebuah kamera! Eh? Tiket kamera lebih mahal daripada orang? Kalau kamera je masuk, orang tunggu kat luar aci tak? 😛 Ok. Tak lawak. Haha..

Canopy Walkway. Menarik juga. Berpeluh jugalah sementara nak sampai ke walkway tu. Jalannya bertangga-tangga. Tapi pemandangannya, cantik juga.

Di tengah hutan

Maaf, Odah. Anda jadi model. =)

Tangga.

Route to Canopy Walkway.

Gigih!

Gigih!

Beratoq baq hang.

Beratoq baq hang.

The canopy walkway.

The canopy walkway.

Happy sebab dapat juga sampai ke walkway setelah mendaki tangga. =)

Happy sebab dapat juga sampai ke walkway setelah mendaki tangga. =)

Walkway ni lebih kurang macam kat FRIM Kepong. Macam déjà vu sikit bila jalan atas ni. Tak sangka pula ada yang gayat! Oopssss. Ok, tak bagitau siapa. Shh.

Silhuette

Silhouette. Cantik bangat, subhanallah!

Close up kat bunga sat. Rafflesia tak dak, bunga raya pun jadi la.

Close up kat bunga. Rafflesia tak jumpa, bunga raya pun jadi la.

Tengah pulun close up, ada pula orang close up gambaq kita. =P

_DSC0545

Shooting.

Ok, sambung. Pesanan kepada anda yang ingin ke Poring Hot Springs ini:

  • Pakailah kasut/selipar yang sesuai: Kasut sukan atau rubber sandals atau selipar yang tidak licin.
  • Pakailah pakaian yang sesuai. Jika anda ingin mandi di hot springs ini, bawalah baju persalinan, tuala, dan sebagainya. Tandas dan tempat persalinan ada disediakan.

Kerana sudah kepenatan dan kelaparan dan kesukaran mencari tempat makan yang diyakini kehalalan tayyibannya, kami lunch di KFC Ranau saja. Itupun sudah lewat yang amat – sudah hampir pukul 4 petang! Perut perlu diisi bagi menjana tenaga sebelum menyambung perjalanan di bumi Land Below the Wind ini. Cewah. Macam poyo je ayat.

PASAR KUNDASANG

Dalam perjalanan menuju kembali ke rumah tumpangan, kami singgah di pasar Kundasang (yang ini, suka hati je letak nama, sebab tak tahu nama betulnya). Lokasinya masih di daerah Ranau, di tepi jalan raya. Lebih tepat lagi, lokasinya sangat dekat dengan D’Olundus View Lodge.

IMG_8245

Pemandangan di bahu jalan.

IMG_8218

Kiri kanan berderet kereta, baq hang!

Ok, sambung semula. Terdapat banyak gerai di sepanjang jalan di sini. Ada yang menjual buah-buahan dan sayur-sayuran segar, pokok bunga, dan pelbagai makanan buatan masyarakat tempatan seperti keropok amplang, kuih cincin, etc.

IMG_8252

Kami kejakunan melihat padi huma.

Membelek.

Membelek.

Strawberries with.. Choki Choki?

Strawberries with.. Choki Choki?

Cactus!

Cactus! Cantik, kan?

Pada pukul 6 petang, tiba-tiba seluruh kawasan itu menjadi semakin sejuk dan berkabus. Langit pun sudah mula gelap. Kami singgah di restoran D’Olundus View Lodge, untuk berjumpa dengan kawan Salbiah dan sekaligus makan malam di situ.

IMG_8258

Berkabus!

Sekali lagi, dicandid.

Sekali lagi, dicandid.

Jam 7+, kami mula bertolak pulang ke rumah. Pada waktu itu, sudah gelap seperti waktu malam di Semenanjung! Yalah, waktu solat di sini pun awal hampir sejam kan.. Ketika itu, udara di situ semakin sejuk dan berkabus.

X

View dari dalam kereta, pada pukul 7.25pm.

Memang sangat mendebarkan perjalanan pulang malam itu. Seperti debarnya ketika mula tiba di semalam. Maklum sajalah, kami bukan orang tempatan. Tidak biasa.

Ok. Itu saja aktiviti hari keempat. Malam itu kami tidur lebih awal kerana keesokannya kami mahu bangun lebih awal dan keluar melihat puncak gunung! Yosh!!

Sambung esok pula!

(Baca sambungan di sini –> Borneo, Day 5: Gunung Kinabalu yang Pemalu)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s