:: Borneo, Day 5: Gunung Kinabalu yang Pemalu ::

Aluan 1: Sharing is caring. Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat panduan. Selamat membaca.

Aluan 2: Post ini adalah sambungan daripada post terdahulu, Borneo, Day 4: Déjà vu di Kinabalu.

Seperti yang dirancang, pagi ini kami bangun lebih awal. Selepas bersiap, aku dan Odah menapak keluar dari rumah. Ketika itu baru pukul 6.15 pagi. Kalau di Semenanjung Malaysia, waktu begini masih gelap. Di sini, sudah mula mencerah. Udara pagi di tempat tinggi begini sungguh nyaman sekali. Subhanallah, walhamdulillah.

Tapi. Nasib kurang baik. Puncak Gunung Kinabalu masih malu-malu. Terlindung di balik kabus.

Rumah penduduk tempatan, di atas bukit.

Antara rumah penduduk tempatan, di atas bukit.

Pakcik ini hendak turun dari bukit ini. Tak sempat nak temuramah.

Matahari sudah mula meninggi. Pakcik ini hendak turun bukit. Tak sempat nak temuramah.

My model. ;-)

My model. 😉

PEKAN NABALU

Disebabkan puncak Gunung Kinabalu masih malu-malu dan perut sudah berbunyi minta diisi, maka kami breakfast dulu di sebuah kedai makan di Pekan Nabalu. Pekan Nabalu ini sangat dekat dari rumah yang kami tumpangi. Kalau jalan kaki pun tak adalah penat sangat.

Sign Restoran Nur Cafe.

Signage Restoran Nur Cafe.

Kedai makan yang dimaksudkan ialah Restoran Nur Cafe. Restoran Nur Cafe ini telah disyorkan oleh tuan rumah, jadi kami tak perlu meragui akan kehalalannya. Eheh.

Rupa-rupanya, di kawasan belakang kedai makan ini ada sebuah kawasan lapang (macam dataran). Apa yang menariknya, dari sini kita boleh melihat puncak Gunung Kinabalu dengan jelas sekali (jika tidak dilindungi kabus/awan). Apa lagi, lepas makan kami terus berjalan-jalan di sini pula. Masih nak mengintai puncak Gunung Kinabalu!

Ramai juga geng kami. :-D

Ramai juga ‘geng’ kami. 😀

Punyalah pemalu..

Punyalah pemalu.. Apapun, subhanallah!

Oh ya, Pekan Nabalu ini juga terkenal dengan barangan kraftangan dan souvenir yang dijual dengan harga yang berpatutan. Kata orang (berdasarkan study sebelum ke sini), kalau beli di tempat lain, terutamanya di KK (Kota Kinabalu), harganya lebih tinggi.

Entrance ke Gerai Pekan Nabalu.

Entrance ke Gerai Pekan Nabalu.

Membelek.

Membelek. 🙂

Selepas membelek, memilih dan membeli di sini, kami menuju ke Tamparuli. Tamparuli terletak kira-kira 40km (arah ke KK) dari Pekan Nabalu ini. Apa yang ada di Tamparuli?

RUMAH TERBALIK

Yeah, ini destinasi kami pagi ini – Rumah Terbalik atau in English, Upside-down House. Tahukah anda, Rumah Terbalik di Tamparuli ini adalah rumah terbalik pertama yang dibina di Asia Tenggara!

Well.. frankly, aku pun tak tahu ada berapa buah rumah terbalik begini di dunia ni. Tapi menerusi Google, I’ve found some interesting photos of upside-down houses in other countries like in Poland, France, Germany, Spain, etc. Kalau berminat untuk tengok sendiri, bolehlah click pada links ini:

Ok, kembali ke Sabah. Kami tiba di Rumah Terbalik di Tamparuli ini lebih kurang jam 11 pagi. Disebabkan kami tidaklah begitu awal, maka, sudah ramai jugalah pengunjung lain yang sudah tiba dan beratur.

Signage Rumah Terbalik Tamparuli.

Signage Rumah Terbalik Tamparuli.

Beratoq.

Beratoq.

The rules.

The rules.

Ok. Sedikit info mengenai tempat ini:

  • Tiket masuk bagi rakyat Malaysia yang dewasa adalah RM10.
  • Tempat ini dibuka daripada pukul 8 pagi hingga 10 malam, setiap hari.
  • As written in the rules, pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam rumah. Maka tidaklah dapat ku tunjukkan kepada kalian akan view di dalam rumah ini ya. Tak apa. Gambar di luar rumah ada. 😉

So, ada apa dengan rumah yang terbalik? As you will see in the photos below, segalanya terbalik. Hatta sekecil-kecil pasu bunga di luar rumah pun terbalik. Lihat sendiri ya.

Di dalam rumah pula, seperti dalam rumah-rumah biasa, terdapat ruang tamu, bilik, dapur, segala. Cuma, kalau kalian masuk sendiri ke sini, mungkin sedikit pening. Lampu dan kipas siling di kaki anda. Kerusi, meja, TV, katil, semuanya di atas kepala anda. Termasuk peti sejuk! Semuanya!! Jadi, hanya satu kata untuk tempat ini: unik.

Seperti dijanji, berikut adalah gambar-gambar di luar rumah:

The upside down house.

The upside down house.

Garage?

Garage?

Whoa. :-D

Whoa. 😀

IMG_8442

The toilet.

Bye bye.

Bye bye. Oh. Lihat basikal di bahagian atas, kanan gambar ini!

Unik bukan?

Ok. Tak boleh lama-lama sangat, banyak lagi yang nak diceritakan ni. Terus ke destinasi kami yang seterusnya, ia adalah berdekatan dengan Gunung Kinabalu. Maka mari berpatah balik ke arah gunung sana. Yosh!

Heading to..

Heading to Kundasang!

View

One of the views along the way.

Moooo~

Dah nampak dah. Moooo~

DESA CATTLE DAIRY FARM

Yup, kami kembali ke Kundasang, untuk ke Desa Cattle Dairy Farm, sebuah ladang ternakan lembu yang terbesar di Sabah, bah! Ladang ini terletak di kaki Gunung Kinabalu. Scenery di sini, subhanallah.. cantik bangat!!

Info

Info Desa Dairy Farm.

Tiket masuk: RM4 sahaja! Seperti biasa, ini bayaran tiket untuk rakyat Malaysia dewasa ya. Sebaik sahaja masuk, kami terus ke sini:

Milk Processing Plant

Milk Processing Plant.

Jam menunjukkan lebih kurang pukul 2 petang. Dah ramai juga di sini. It’s okayyy. Redah aje. Milk Processing Plant ni tengok nama je pun dah tahu, ini adalah tempat proses susu lembu. Kalau anda bernasib baik dan datang tepat pada waktunya, anda mungkin boleh melihat bagaimana proses perahan susu lembu dilakukan di sini.

Untuk makluman, di dalam bangunan ini juga ada dijual makanan, susu segar dan produk hasil tenusu seperti aiskrim dan yogurt.

Aiskrim

Aiskrim yang diperbuat daripada susu segar sangat sedap! 😉

Di bawah ini adalah gambar lembu-lembu betina yang sedang bersedia untuk diperah susunya. Pergh. Banyak betul. Macam baik je lembu-lembu ni.

Banyaknya lembuuuu~~

Banyaknya lembuuuu~~

IMG_8542

Lembu makan sambil diperah susu. *Anda boleh lihat tong yang sedang diisi susu.

Setelah melihat proses perahan susu, kami pun keluar dari bangunan tersebut. Mahu jalan-jalan di sekitar kawasan ini pula. Beriadah ringan sambil melihat alam (dan juga berangan. Haha..).

"Mungkin ini adalah lembu-lembu jantan pula."

“Mungkin ini adalah lembu-lembu jantan pula.”

IMG_8552

Peace yo.

Jom.

Jom.

IMG_8621

Bienvenue! Ni panjat atas risiko sendiri ni. 😀

_DSC0909

Shooting.

Berangan.

Dan berangan.

_DSC0889n

Dan err..

Subhanallah, cantik bukan? Bumi Tuhan. 🙂

KUNDASANG WAR MEMORIAL

Our next stop was at Kundasang War Memorial. Lokasinya masih di kawasan Kundasang, kira-kira 4km sahaja dari kawasan Desa Cattle Dairy Farm tadi. Kundasang War Memorial ini terletak sangat dekat dengan pekan Kundasang.

Bayaran masuk adalah RM2 (seperti biasa, ini bayaran tiket rakyat Malaysia dewasa ya). Tempat ini dibuka pada pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

So, ada apa dengan tempat ini? Hmm.. Tempat bersejarah. Jangan tidur. Baca, baca.. Pengetahuan am ni. Kikiki.. 😉

Memorial yang dibina pada tahun 1962 ini adalah untuk memperingati tawanan perang yang terkorban di Sandakan, semasa Perang Dunia Kedua (zaman Jepun ni). Katanya, daripada 2500 orang tawanan, hanya 6 orang sahaja yang terselamat dan dapat pulang ke pangkuan keluarga. Maaf, aku pun tak berapa tahu pasal ni. Sila merajinkan diri sendiri untuk baca alkisahnya di bawah ini:

Alkisah

Sejarah mengenai tawanan perang yang terkorban di semasa Perang Dunia Kedua.

Di memorial ini juga terdapat tayangan video mengenai peperangan dan tawanan-tawanan perang ini. Tapi sekali lagi, kami tak sempat nak melayan video-video ni. ^.^’

Memorial ini dihiasi dengan bunga-bungaan dan landscape yang menarik. Ia terdiri daripada 4 gardens; the Australian Garden, the British/English Garden, the Borneo Garden & the Contemplation Garden. Dan ada sebuah pool juga.

Australian Garden.

The Australian Garden.

English Garden. Ada nampak macam English teacher tak? ;-)

The English Garden. Ada nampak macam English teacher tak? 😉

Borneo Garden.

The Borneo Garden.

Macam comel je. Haha..

Macam comel je. Haha..

Ini tak berapa comel. Kikiki..

Ini tak berapa comel. Kikiki..

The pool.

And.. last but not least, the pool.

KUNDASANG

Ok, sudah agak tepu untuk hari ini. Sebelum pulang, kami berjalan-jalan di sekitar Pekan Kundasang. Tak rugi, sebab akhirnya kami dapat juga beberapa gambar Gunung Kinabalu yang pemalu itu! 😉

Pekan Kundasang

Pekan Kundasang di waktu petang.

Cuba kita zoom sikit..

Zoom sikit..

Zoom sikit..

Dan zoom lagi..

Zoom lagi..

Zoom lagi.. Subhanallah!

Yeah. Akhirnya dapat tengok dengan jelas. Dan dapat capture sekeping dua. Subhanallah, walhamdulillah. Tapi kalau dapat jejak sendiri kaki ke situ, mesti lagi terpesona, terkesima segala. ^.^’

Memerhatikan alam.

=)

Ok, gambar terakhir dalam post ini ialah.. gambar panorama Pekan Kundasang:

Pekan Kundasang

Pekan Kundasang.

Ok, till then. Esok kami akan tinggalkan kawasan bergunung-ganang yang sejuk, segar, nyaman dan cantik ini. Ke mana pula? Tunggu post seterusnya. =)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s