:: It’s just.. not the time yet ::

Penat. 
.
Penat dengan bab yang satu ini. Kalau memang tidak berjodoh dengan siapa-siapa pun, apakah masalahnya?
.
Penat. Orang sibuk dengan bab kahwin orang lain, bukan bab kahwin dia sendiri. Kononnya, dah sampai waktu.
.
“Umur-umur macam kau ni, ramai yang dah kahwin,” katanya.
.
Tidak terfikirkah, umur-umur macam ni pun ramai yang dah mati. Bukan tak ada orang yang bertemu ajal sebelum sempat bertemu jodoh. Ramai. Mati tu confirm. Kahwin belum tentu. Kenapa tak sibukkan diri fikir bab yang dah confirm berbanding yang belum tentu itu? Pelik.
.
Sibuk nak tanya bila orang lain nak kahwin. Orang tu sendiri pun tak susah hati nak fikir.
.
Emak.
.
Tak mudah rupanya.. nak yakinkan emak.
.
Susahkah nak terima kenyataan bahawa anaknya ini memang belum bersedia untuk berkahwin? Jangan tanya, apa yang ditunggu. Jangan tanya, bila sampai waktu. Sebab tuan punya diri pun tak tahu. Tapi.. Tuhan diri tahu.
.
Faham, emak mana yang tidak risau kalau anaknya tak kahwin-kahwin. Tambah-tambah lagi anaknya ini, hawa. Tapi emak, ketahuilah bahawa anakmu ini tidak desperate pun untuk berkahwin pada masa ini. Anakmu ini belum bersedia. It’s just.. not the time yet. 
.
Emak, tolonglah jangan risau. I can take care of myself. Selagi Dia ada. In which, Dia memang sentiasa ada. Kan?
.
And I.. I really want to take care of you, emak.
.
Jodoh.
.
Semestinyakah jodoh yang tiba itu jodoh yang betul untuk kita?
.
Semestinyakah jodoh yang tiba itu jodoh yang Allah tetapkan untuk kita?
.
Salahkah menolak orang yang baik?
.
Setahu ku, tidak salah selagi dia ditolak bukan kerana kebaikannya, bukan kerana baik agamanya. Dalam kata lain, kita bukan menolak kerana tidak sukakan kebaikannya atau agamanya.
.
Harus bagaimana kalau memang tiada di hati? Harus bagaimana kalau memang belum masanya? Mahu dipaksa-paksakah? Mahu diletakkan harapan, kemudian dihancurkankah?
.
Sungguh, ku mahu jauhkan segala harapan. Tidak mahu memberi harapan yang kemudian terpaksa dihancurkan. Bukan pesimis, tapi.. Sekali berkeputusan, bukan mudah hendak kembali ke pangkal jalan. Sekali terlajak, bukan seperti perahu yang boleh diundur-undur, belok kiri kanan. Banyak hati yang akan terluka. Silap-silap, banyak silah yang akan terbinasa.
.
Jika urusan ini benar, tepat, insyaAllah dipermudahkan jalannya. Jika tidak benar, tidak tepat, maka redha sajalah dengan ketentuanNya.
.
Jodoh. Kalau sudah ditetapkan Allah; lari macam mana pun, sejauh mana pun, sehingga bila pun, berjodoh juga akhirnya.
.
Kau.. percaya jodoh?
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s