:: Ayah Nombor Satu ::

Percubaan melelapkan mata gagal, walaupun 1000mg Calcium sudah kutelan dan 11 chapters terakhir Padang Bulan by Andrea Hirata telah kukhatamkan bagi tujuan me-mengantuk-kan diri. Sementara kedua kaki masih tidak terhenti kelenguhan dek latihan bola keranjang petang tadi.

Entah siapa yang sebenarnya akan ke kem Junior NBA pada weekend ini.. Those kids or me? Aigoo.. Cikgu yang selalu terlebih-lebih daripada studentsnya–itu memang selalu terjadi padaku. Enthusiasm yang terlebih, yang kadang-kadang meleset bila performance pelajar tidak seperti yang ku targetkan. Hmm..

Oleh kerana tidak boleh tidur (baca: tidak berjaya tidur) dan masih terlalu awal untuk bersahur, maka di sini ku menulis. Sebenarnya aku teringatkan ayah. Maka kubuka semula sedikit tulisanku dulu tentang ayah di sini. Ya, jarang benar ku ceritakan tentang ayah. Mungkin juga aku teringatkan ayah kerana Andrea kerap juga bercerita tentang ayah Ikal yang pendiam dalam buku-bukunya–termasuk dwilogi Padang Bulan yang sedang kubaca.

Lama benar tak kutemu ayah yang nun jauh di utara. Bukan ku elak. Tapi selalunya memang aku jadi tidak reti untuk bicara apapun dengan ayah. Baik bila bertemu muka mahupun menerusi corong telefon. Sepatah ayah tanya, sepatah kujawab. Ayah pun begitu juga. Sepatah kutanya, sepatah juga ayah jawab. Kurang betul perkataan di antara kami. Tapi aku selalu kagumi ayah. Walau serendah mana pun ayah rasakan dirinya, ayah selalu jadi ayah nombor satu di hatiku. Tak ada lain yang boleh gantikan dia.

Saat menaip ini, terasa sebak pula. Ayah mungkin tak pernah tahu kekagumanku padanya. Apatah lagi untuk menyangkakan kerinduanku padanya. Mungkin kerana tak pernah kunyatakan sendiri padanya. Tapi ini cuma sangkaanku. Ini yang kurasa. Boleh jadi benar. Boleh juga jadi salah.

Paling dikesalkan, ayah beransur semakin tua tanpa aku tahu bagaimana tahap kesihatannya, bagaimana hidupnya. Memang boleh saja kutanyakan semua itu melalui SMS, hatta menerusi Facebook sekalipun (oh ya, ayah memang punya akaun Facebook). Tapi entah kenapa selalu aku terkelu.

Mungkin kerana aku selalu merasakan diriku ini bukan favourite ayah dari dulu. Maka aku jadi sukar sekali hendak mengekspresikan perasaanku hatta semudah bertanyakan khabar ayah. Entahlah.

Buat masa ini, selain sedikit wang yang kumasukkan ke dalam akaun ayah setiap bulan, mungkin doalah yang dapat kuhadiahkan buat ayah.

Ayah yang selalu nombor satu di hatiku.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s