:: QOTD #29 & Bencana Banjir ::

Whenever He releases your tongue to ask, know that He wants to give to you.
– Ibn ‘Ataillah al-Iskandari

Banjir di Kelantan, Terengganu & Pahang semakin memburuk. Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan dan kerosakan harta benda termasuk infrastruktur juga dilaporkan semakin meningkat.

Teringat 5 tahun lalu, buat pertama kalinya merasai pengalaman banjir ketika berpraktikal di Terengganu. Memang tak dapat dilupakan. Bila hujan tidak berhenti-henti turun, hampir setiap masa kami serumah memerhatikan paras air di luar rumah sewa. Bila paras air mula naik dan air mula masuk ke dalam rumah, kelam-kabut kami cuba selamatkan barang-barang penting, pindahkan kereta ke tempat tinggi, dsbnya. Akhirnya terpaksa tinggalkan rumah sewa -meredah air separas pinggang ke rumah tuan rumah sewa yang lebih tinggi. Phew.

Itu baru sedikit jika dibandingkan dengan banjir kali ini, sehingga sekolah yang dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir dinaiki air sehingga tingkat 3 sahaja yang tinggal. Tidak kurang juga rumah-rumah yang dinaiki air sehingga hanya bumbung rumah sahaja yang kelihatan. Allahurabbi. Besar sungguh ujian bagi mereka.

Semoga Allah selamatkan mangsa banjir, permudahkan urusan mereka, cukupkan keperluan mereka, kesihatan mereka.. dan surutkan semula bencana banjir ini.

Hulurkan bantuan kepada yang memerlukan:

image

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s