:: Jawa Barat Indonesia, Day 1: Ke Kota Bandung ::

As promised, here is the full story of the recent trip to West Java, Indonesia. 🙂

Seperti biasa, bagi memudahkan penulisan dan pembacaan, post ‘berhari-hari’ ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Ini adalah bahagian pertama.

Aluan: Sharing is caring. Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat panduan. Selamat membaca.

Indonesia adalah negara terbesar di Asia Tenggara. Menurut Wikipedia, Indonesia merupakan negara kepulauan terbesar di dunia dengan jumlah 17,508 pulau keseluruhannya.

Dalam trip 6 hari 5 malam ini, kami hanya pergi ke dua bandar utama di Kepulauan Jawa atau lebih spesifiknya, di Jawa Barat; iaitu Bandung & Jakarta. Kami lebih lama berada di Bandung berbanding di Jakarta.

Penerbangan kami dari Kuala Lumpur ke Jakarta adalah pada jam 8 pagi waktu Malaysia. Sengaja kami bermalam di KLIA2, supaya tidak terkejar-kejar ke sana di waktu Subuh nanti. Disebabkan tidak dapat tidur (sejuk pula surau airport ni), maka kami melepak (baca: memanaskan badan) sambil memerhatikan pemandangan di sini:

Phew~

Sugoi desu ne~ ^^

DAY 1 (Tuesday, 20/01/2015)

Penerbangan pagi itu berjalan lancar, as scheduled, alhamdulillah. Perjalanan hanya mengambil masa selama 2 jam. Memandangkan waktu tempatan di Jakarta adalah lewat sejam daripada di Malaysia (Jakarta GMT +07:00), maka ketika kami tiba di Soekarno-Hatta International Airport (CGK), baru jam 9 pagi.

KE KOTA BANDUNG

Seperti yang telah kami study sebelum ke sana, terdapat 2 cara yang biasa digunakan oleh para travelers/backpackers untuk ke kota Bandung dari Jakarta.

  1. By train: Dari airport harus terus ke Stasiun Kereta Api Gambir (Jakarta), kemudian menaiki train terus ke Stasiun Bandung.
  2. By bus: Direct dari airport ke kota Bandung.

Durasi perjalanan dengan menaiki train mahupun bas tidak banyak bezanya. Cuma bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas atau dalam bahasa Indonesianya, macet, untuk ke Stasiun Gambir pada hari berkerja, maka kami putuskan untuk menaiki bas sahaja.

Jadi plan kami adalah pergi ke Bandung dengan bas dan kembali ke Jakarta nanti dengan menaiki train. (Yup, kami akan kembali ke Jakarta kerana kami akan pulang ke KL dari CGK airport juga).

Tanpa membuang masa, kami terus ke kaunter tiket bas yang terletak di luar airport. Terdapat beberapa perkhidmatan bas ekspress ke Bandung seperti Primajasa, X-Trans dan Cipaganti.

Harga tiket bas Primajasa ketika itu adalah Rp115,000 (RM32.80) manakala X-Trans pula adalah Rp140,000 (RM39.90). Berdasarkan kajian awal, Cipaganti biasanya lebih mahal. Jadi tidak pula kami ke kaunternya. Kami putuskan untuk membeli tiket X-Trans kerana basnya akan terus ke Jalan Cihampelas, Bandung, berdekatan dengan hotel yang telah kami tempah. Bas Primajasa menurunkan penumpang ke Batununggal, sedikit jauh (baca: tidak walkable) ke hotel.

Kaunter tiket bas.

Kaunter tiket bas.

Bas kecil. Macam van.

Bas kecil, macam van. 🙂

Alhamdulillah, tidak menyesal ambil bas X-Trans ini. Selesa, ada WIFI, cepat, dan.. ada 3 orang penumpang sahaja waktu itu. 🙂

Dari dalam bas.

View dari dalam bas X-Trans.

Dapat air mineral percuma.

Dapat air percuma.

Antara pemandangan di tepi jalan raya. Railway

Antara pemandangan di tepi jalan raya. Railway bridge! (Nanti baca lagi tentang ini dalam post Day 5 ya!)

Perjalanan sejauh lebih kurang 180km itu mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit. Keadaan trafik adalah sekejap lancar, sekejap sesak. Biasanya kesesakan itu berhampiran tol atau persimpangan utama. Laju juga pakcik driver ni bawa bas. Seperti yang dijanjikan, kami diturunkan di Jalan Cihampelas, Bandung.

CIHAMPELAS

Sementara tercari-cari jalan ke hotel, kami sempat tersesat ke Cihampelas Walk ataupun lebih famous sebagai Ciwalk. Alang-alang di sini, kami ‘tapau‘ makanan untuk brunch – kami beli buns di BreadTalk. Kemudian kami sambung berjalan kaki ke hotel.

Amaris Hotel, Cihampelas.

Amaris Hotel at Cihampelas, Bandung.

Hotel Amaris Jalan Cihampelas ini memang tidak jauh dari Ciwalk. Kira-kira 8 minit dengan berjalan kaki (jalan laju 😛 ).

Setelah solat dan meninggalkan backpack di hotel, kami keluar. Explore Bandung, yuk!

ANGKOT

Di Bandung ini, antara tranportasi utama penduduk tempatan adalah angkot (gabungan perkataan angkutan kota). Indonesian suka bangat memendekkan/menggabungkan perkataan ya.

Angkot di Bandung.

Contoh angkot di Bandung.

Ketika kami keluar dari hotel, it was raining. Tapi rintik-rintik saja. Kami menaiki angkot dari Jalan Cihampelas ke Jalan Merdeka. Ini unplanned, memang redah saja. Seperti yang umum tahu, Bandung memang famous sebagai tempat shopping. Ada banyak factory outlets di sini.

Kami masuk ke dalam sebuah factory outlet di Jalan Merdeka ini. Tapi ternyata kami bukanlah kaki shopping kerana kami hanya berada di situ selama beberapa minit saja. Tak ada yang terlalu menarik.

GRAMEDIA

Memandangkan di luar masih hujan (dan semakin lebat), agak sukar untuk kami berjalan-jalan di sekitar Jalan Merdeka itu. Maka kami belek map dalam Waze. Rupa-rupanya tak jauh dari situ ada sebuah toko buku. Toko Buku Gramedia memang antara tempat yang ada dalam to-go-list. Maka kami pun ke sana.

Ketika itu, di luar toko buku itu ada sale. Buku-buku lama barangkali. Baru di luar, sudah banyak buku menarik yang kami jumpa. Antaranya, buku Khalil Gibran.

Setelah membelek buku di luar, kami masuk ke dalam pula. Rupa-rupanya toko buku ini sangat besar. Termasuk ground floor, ada empat tingkat semuanya. Setiap tingkat jugalah kami explore.

Bagi ‘hantu buku’ seperti kami, memang heaven la tempat ini. Sekejap sekejap, “Odah, tengok ni!!”, “Una, tengok ni!!”, “Odah, cuba baca ni!”, “Una, buku ni pun ada!”, dan bla, bla, bla.

Cuba teka berapa jam kami di sini? 3 jam! Yup, 3 jam. Macam pergi pesta buku pun ado.

Outside Toko Buku Gramedia.

Outside Toko Buku Gramedia.

20150120_174034

“Ayat-Ayat Langit”

Di satu sudut ini, ada banyak betul buku tulisan Ahmad Rifa’i Rif’an ini. Gambar di bawah ini adalah salah satunya. Mungkin beliau famous author di Indonesia? Buku-bukunya nampak bagus. Tapi tak beli pun. Kena baca review dulu nanti.

Siapa Bersabar Dia

Siapa yang bersabar dia beruntung.

Tahukah anda? Sungguh banyak buku-buku luar (yang ditulis oleh non-Indonesian) yang diterjemah ke dalam Bahasa Indonesia. Hebat sungguh mereka. Sangat banyak, I tell you. Tidak kira fiksyen atau non-fiksyen.

Blood

Siri komik Blood Type Personality antara yang diterjemah (daripada Korean Language)

20150120_190351

Novel Meg Cabot pun diterjemah!

Pekerja di toko ini sangat sopan dan helpful. Bila ditanya, “Mbak, di sini ada dijual postcard?” (cuba speaking Indonesia, har2)

Dengan penuh kesopanan dan kesusilaan, mbak tersebut menjawab, “Coba dilihat di lantai satu.” 🙂

Floor

3rd floor.

Buku, buku, buku..... :-)

Buku, buku, buku….. 🙂

20150120_192222

Buku piano pun banyak, tapi semuanya Indonesian. Rasa macam di Kinokuniya pula.

Language corner. Kamus sahaja sudah banyak versi. Daebak!

Language corner. Kamus Bahasa Jepun/Korea sahaja sudah ada banyak versi. Daebak!

Travel

Buku travel pun banyakkk.. But again, mostly dalam Bahasa Indonesia. Kalau in English kan nice.

At last, setelah 3 jam, hanya buku-buku ini yang dibeli: 🙄

He

🙂

Eh. Sebenarnya ada lagi dua buku. Tapi ceq segan nak tunjuk. Haha. Apapun, nasib baik dapat mengawal nafsu. Kalau ikutkan hati.. phew~

Sebaik saja kami keluar dari toko buku itu, hari sudah pun malam. Sudah pukul 8 lebih. Disebabkan masih belum biasa dengan tempat ini, maka kami putuskan untuk kembali ke Jalan Cihampelas. Sekali lagi, dengan menaiki angkot. Naik angkot ini murah je. Dari Jalan Merdeka tadi ke Jalan Cihampelas, Rp. 4000 (lebih kurang RM1.15).

BASO MALANG KARAPITAN

Kami dinner di Baso Malang Karapitan, Ciwalk. Sila abaikan nama restoran ini. Kui2. Sajalah nak cuba makanan tempatan. Memandangkan restoran ini agak besar, jadi kami membuat kesimpulan bahawa mungkin ia famous di sini. Suka hati je. (Eh. Tapi betul. Kalau anda cuba Google, anda akan dapat tahu bahawa restoran ini juga ada banyak cawangannya di all over Indonesia.)

Menu BMK.

Menu BMK.

Super Komplit

Baso Malang Super Komplit

Kami cuba:

  • Baso Malang Super Komplit, Rp19,000 (RM5.40)
  • Baso Granat, Rp20,000 (RM5.70)
  • Mango Smoothies, Rp20,000 (RM5.70)
  • Cincau Hijau, Rp13,000 (RM3.70)

Mango smoothies itu sedap. Basonya (bakso) mantap. Cuma supnya sedikit masin. Cincau hijau itu sedikit unik – sebab cincaunya dipotong besar dan berwarna hijau. (I don’t drink cincau. Jadi tengok saja Odah minum. Hee)

Lepas makan, kami pun balik ke hotel. Jalan kaki saja dari Ciwalk. Ada drama sikit bila dah sampai bilik, Odah baru perasan sketch book yang dibeli di Gramedia tadi tercicir (beg plastiknya terkoyak). Maka kami keluar semula, cuba cari di jalan-jalan yang kami lalui dari Ciwalk tadi. Alhamdulillah, jumpa juga. Buku tu tercicir betul-betul di simpang ke Ciwalk. Di laluan ramai orang. Phew~

Ok, sambung esok deh.

*Conversion matawang adalah berdasarkan nilai Rp1,000,000 = RM285.

(Baca sambungan di sini –> Jawa Barat Indonesia, Day 2: Jalan-Jalan Cari Makan)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s