:: Jawa Barat Indonesia, Day 2: Jalan-Jalan Cari Makan ::

Aluan 1: Sharing is caring. Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat panduan. Selamat membaca.

Aluan 2: Post ini adalah sambungan daripada post terdahulu, Jawa Barat Indonesia, Day 1: Ke Kota Bandung.

DAY 2 (Wednesday, 21/01/2015)

Subuh di Bandung pada ketika ini adalah sejam lebih awal daripada waktu di Malaysia. Pada jam 4.25am sudah masuk waktu Subuh.

Pagi itu kami breakfast di hotel saja – since breakfast is included masa book bilik hari tu. Ada bubur nasi, tapi sekali lagi, kuahnya sedikit masin. Adakah orang di sini memang gemarkan makanan yang masin? Tak pasti pula.

RUMAH MODE

Lebih kurang jam 8 pagi, kami meninggalkan hotel. Kami berjalan kaki menuju ke Rumah Mode yang terletak di Jalan Dr. Setiabudi.

Pagi ini, cuaca agak baik. Sejuk dan nyaman saja. Seronok juga berjalan. Based on Google Maps, kami berjalan kira-kira sejauh 1.3km. Oleh kerana kami berjalan melenggang kangkung dan kami juga ada singgah ke satu dua tempat, maka hampir pukul 9 barulah kami tiba di Rumah Mode.

Guess what? Rumah Mode mula dibuka pada pukul 10 pagi. Wawawa.. Inilah akibatnya kalau tak buat homework betul-betul. Maka kami terpaksalah tunggu sehingga ia dibuka. So to kill the time, we took some photos.

Odah pun malu.

Odah ini pemalu sebenarnya.

Ceq kan pemalu.

Ceq pun.

View dari entrance ke Rumah Mode.

View dari entrance ke Rumah Mode.

Setelah dibuka, kami pun masuklah. Seperti di factory outlet yang lain, Rumah Mode juga adalah syurga bagi mereka yang suka shopping baju, beg, kasut, etc. Kami? Tak beli apa pun. Boleh tak?

Kami memang nak tengok-tengok je. Shopping bukan tujuan utama. Barang-barang di sini branded belaka. Harganya mostly reasonable. Not too cheap, not too expensive. Since kami tak mencari baju atau apa-apa barang branded yang lain, jadi kami tak beli apa-apa di sini. Plus, berdasarkan kajian awal (sebelum ke sini), ada lagi factory outlets lain yang menawarkan harga yang lebih murah. Iklan: Jadilah pengguna bijak berbelanja. 🙄

PARIS VAN JAVA

Next, kami sambung berjalan ke Paris Van Java, di Jalan Sukajadi. Sempat aku berseloroh dengan Odah, “Odah sukajadi apa?” Odah mula-mula blur. Then aku tunjuk signboard Jalan Sukajadi. Barulah lawak tu sampai. 🙂

Dalam perjalanan, kami singgah di sebuah factory outlet yang agak kecil, iaitu Fashion World (masih di Jalan Dr. Setiabudi). Di sini, pakaian agak murah juga. Aku belikan kemeja untuk adik di sini. Pening seyh, nak beli baju lelaki. Dahlah tak reti nak agak saiz dia.

Dari Rumah Mode tadi ke Paris Van Java ini, lebih kurang sejauh 1.4km. Boleh saja kami menaiki angkot untuk ke sini. Tapi saja la nak tengok jalan kat sini. Jalannya tak susah sangat pun (of course, dengan bantuan map). Hampir di setiap jalan ada laluan pejalan kaki dan jalannya redup kerana banyak pokok-pokok besar di tepi jalan. Ala-ala berjalan di Tasik Taiping. Cewah. 🙄

So, ada apa dengan Paris Van Java? “Paris Van Java” adalah dalam Bahasa Belanda. In English, it is “Paris from Java”. 

Paris Van Java ini sangat besar. Rasanya ini adalah shopping centre yang paling class di Bandung ini. Banyakkkk sangat kedai-kedai branded. Sekali lagi, kami jalan-jalan saja. Cuci mata. Architecture kawasan ini menarik dan cantik. Rupanya di sini juga ada ice rink, namanya Gardenice.

Paris Van Java

Paris Van Java

Paris Van Java

Paris Van Java

PVJ lagi

PVJ lagi

Odah-chan @PVJ

Odah-chan @PVJ

View from outside of PVJ

Outside of PVJ. SOGO pun ado.

Setelah penat berjalan di deretan kedai dalam Paris Van Java ini, kami duduk sebentar di luarnya. Tiba-tiba ada dua orang perempuan 20-an datang kepada kami, dan bertanya sama ada kami pernah dengar tentang sejenis kanker. Nasib baiklah vocab Indonesiaku not bad. Kanker itu kanser ya dalam Bahasa Malaysia.

Rupa-rupanya mereka ini adalah students yang sedang membuat survey mengenai sejenis kanser (maaf, hilang ingatan pula kanser apa). Sambil itu, mereka menjual kupon untuk shopping di PVJ ini. Sebahagian daripada hasil jualan kupon itu akan disumbangkan kepada anak-anak yang menghidapi penyakit kanser itu.

Ternyata Malaysian dan Indonesian itu agak sukar dibezakan. Antara soalan awal yang diajukan kepada kami adalah “Mbak masih kuliah?” Bagi tidak membiarkan kesalahfahaman yang lebih panjang, kami pun memberitahu mereka bahawa kami ini Malaysians. Dan ternyata, mereka sedikit terkejut. “Oh.. lagi liburan?” Tanya dia. Kami angguk saja. 🙂

Setelah itu, kami pun menyambung perjalanan. Kami singgah makan tengahari di sebuah kedai masakan minang yang tidak jauh dari PVJ tadi. Nasi putih, ayam kampung berlada, tempe goreng dan sayur = Rp16,000 (RM4.60). Ok la tu. Kalau kat KL, ayam kampung mahal sikit (berdasarkan pengalaman selalu tolong belikan makanan untuk Prof masa kerja dulu).

Oh ya, tempe di sini agak sedap rasanya, walaupun digoreng kosong. Di Malaysia, tempenya sedikit masam dan tawar kalau digoreng kosong. Selalunya kalau bersambal barulah sedap.

Hari sudah makin panas dan kami pun sudah sedikit penat berjalan. Maka kami naik angkot untuk ke destinasi seterusnya, iaitu ke Jalan Riau.

JALAN RIAU

Kami solat jama’ Zohor & ‘Asar di Heritage Factory Outlet. Musolla atau surau di sini kebanyakannya tidak mengasingkan tempat solat lelaki dan perempuan. -.-‘

Heritage Factory Outlet juga seperti factory outlets yang lain. Begitu juga dengan Cascade Fashion House di sebelahnya. Cuma di Cascade Fashion House ini juga terdapat barang-barang hiasan rumah (home living stuffs).

Seterusnya kami ke Kantor Pos yang terletak bertentangan jalan dengan Heritage Factory Outlet tadi. Motifnya, untuk membeli poskad dan sekaligus untuk mengepos poskad tersebut.

Tahukah anda, merata-rata tempat juga kami cari poskad, tapi tak jumpa. Rupanya poskad hanya dijual di pejabat pos. Malah orang di sini juga macam tak biasa dengan poskad. Jenuh juga kami explain, bila mereka buat muka tak faham. Siap Google Translate lagi. Dalam Bahasa Indonesia, poskad atau postcard ialah ‘kartu pos’ ya. Phew~ 🙄

Tapi rupanya kami sedikit terlewat. Kantor posnya udah tutup. Tapi kedai menjual pelbagai sampul, poskad dan benda-benda berkaitan pos masih dibuka. Kata penjual di situ, poskad memang hanya dijual di pejabat pos. Dan rupanya ada satu lagi pejabat pos yang besar, di Jalan Asia Africa yang ada menjual poskad yang cantik-cantik. Ok, we’ll go there (later).

Hujan mula turun lagi. Agak lebat kali ini. Kami singgah minum petang di Dailycious Resto & Cafe, berdekatan dengan The Summit Factory Outlet. Sejuk-sejuk begini best juga kalau dapat minum hot chocolate. Dan seperti biasa, mari mencuba makanan tempatan. Kali ini, kami cuba makan Siomay Bandung. Apa itu siomay? Daripada Wikipedia, inilah definisi siomay:

Siomay (also Somay), is an Indonesian steamed fish dumpling with vegetables served in peanut sauce. It is derived from Chinese Shumai. It is considered a light meal that is similar to the Chinese Dim Sum, but is cone shaped. It is traditionally made from tenggiri fish meat. Sometimes other types of seafood such as tuna, mackerel, and prawn also can be used to make siomay. Other complements to siomay are steamed cabbage, potatoes, bitter gourd, boiled egg and tofu. Siomay is cut into bite size pieces and topped with peanut sauce, sweet soy sauce, chili sauce and a dash of lime juice.

Siomay Bandung @Daily

Siomay Bandung @Dailycious Resto & Cafe

How does it taste? Hm.. Rasa ikan. Not bad. Tapi kuah kacangnya memang sedap. Tapi, jenuh juga nak habiskan. Mungkin sebab kami masih kenyang lagi pada waktu itu. Yalah, tengahari tadi kan dah makan nasi.

After that, kami teruskan perjalanan ke Secret Factory Outlet pula. Secret Factory Outlet ini dikatakan lebih murah dan best (based on blog reading). Tapi, kami tak tergoda untuk beli apa-apa di sini. Mari melawan nafsu membeli~~

Hari sudah mula gelap dan hujan kini rintik. Kami kembali ke Ciwalk untuk.. menonton wayang pula! Err.. ini memang ada dalam plan asal, dan to be exact, it’s my idea. Oops. 🙄

ASSALAMUALAIKUM BEIJING!

I really wanna watch “Assalamualaikum Beijing” yang diadaptasi daripada novel tulisan Asma Nadia. Asma Nadia ini orangnya sungguh inspiratif. She’s an author, a traveller. She even has her own publishing house. Though I’ve never read her books, I’ve been following her Instagram for quite a long time. Jadi.. sebab itulah nak sangat tengok cerita tu. 🙂

Novel Assalamualaikum Beijing!

Novel Assalamualaikum Beijing!

Poster Assalamualaikum Beijing

Poster filem Assalamualaikum Beijing!

Tapi, guess what? Cerita tu baru sahaja diberhentikan tayangan di cinema itu minggu lepas. 😦

Hmm. Bagi tidak menghampakan, kami tengok cerita lain iaitu Hijab. Hijab ialah sebuah filem Indonesia, tentang 4 orang sahabat perempuan yang berhijab, mengapa mereka berhijab dan akhirnya membuka butik hijab dan segala cabarannya. Interesting juga ceritanya. And funny. Bak kata Odah, cerita ini macam realistik. Tak macam cerita-cerita Melayu yang selalunya pasal orang kaya, anak Dato’, kahwin paksa, etc.

Selepas habis menonton, kami pun pulang ke hotel. Kami perlu kemas barang kerana esok kami akan check out! Yosh!

*Conversion matawang adalah berdasarkan nilai Rp1,000,000 = RM285.

(Baca sambungan di sini –> Jawa Barat Indonesia, Day 3: Kawah Putih)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s