:: Jawa Barat Indonesia, Day 3: Kawah Putih ::

Aluan 1: Sharing is caring. Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat panduan. Selamat membaca.

Aluan 2: Post ini adalah sambungan daripada post terdahulu, Jawa Barat Indonesia, Day 2: Jalan-Jalan Cari Makan.

DAY 3 (Thursday, 22/01/2015)

Pagi ini kami check out dari Amaris Hotel Jalan Cihampelas. Kami masih di Bandung, cuma akan menginap di tempat lain pula. Ke mana? Jawapannya di hujung post ini.

Seperti semalam, kami breakfast di hotel saja. Cuma bezanya, hari ini kami perlu breakfast cepat-cepat sikit kerana pak supir (driver) kami sudah menunggu.

SUPIR

Yup, hari ini kami menggunakan perkhidmatan supir. Berdasarkan pembacaan, rata-rata Malaysians yang datang ke Bandung pasti akan mengambil supir. Setelah 2 hari survive tanpa supir, hari ini kami terpaksa mengambil supir. Hal ini kerana hari ini kami akan ke Selatan Bandung, atau lebih tepat lagi ke Ciwidey yang terletak hampir 60km dari hotel ini.

Mungkin ada yang pernah ke sana tanpa supir, iaitu dengan bas. Tapi berdasarkan kajian dan advice daripada mereka yang pernah ke sana, lebih mudah jika dibawa oleh supir.

Alhamdulillah, supir kami, Pak Ayi, sangat baik orangnya. Kami dapatkan Pak Ayi daripada perkhidmatan supir Hayukka. Sudah ramai Malaysians yang menggunakan perkhidmatan Hayukka. Murah (berpatutan) dan bertanggungjawab. Highly recommended. Anda boleh lihat sendiri dan contact mereka di Facebook Hayukka (search for Hayuka Bandoeng) atau di website mereka (www.hayukka.net).

AVANZA

Jadi hari ini kami bergerak dengan menaiki Toyota Avanza. Kata Pak Ayi, kereta yang lebih kecil iaitu Honda City tidak available buat masa itu. Fully booked, I guess. Iyalah, kami pun tidak book awal-awal. Malam semalam baru contact. Oopsss. 🙄

Kami bertolak pada jam 8.30 pagi. Kata Pak Ayi, kalau jalan tidak sesak, perjalanan akan mengambil masa selama kira-kira 2 jam 45 minit. Phew~

Pak Ayi sangat ramah orangnya. Sembang-sembang, kami tanya pada Pak Ayi, apa nama syarikat pengeluar kereta tempatan di Indonesia ini? Sedikit curious, kerana rata-rata kereta di sini adalah kereta import – Toyota, Honda, etc. Kata Pak Ayi, syarikat yang mengeluarkan kereta tempatan sudah ditutup. Bankrup gara-gara korupsi. Kereta import di sini tidak terlalu mahal, contohnya Toyota Avanza hanyalah Rp155,000,000 iaitu kira-kira RM45k sahaja! Pergh..

BECA & KUDA

Di sepanjang perjalanan, kami dapat menyaksikan pelbagai perkara yang menarik. Contohnya, pengayuh beca berdiri. Apa tu? Haa.. Di sini, pengayuh beca mengayuh sambil berdiri. Kalau duduk sekalipun, kelihatan seperti berdiri kerana seat pengayuh itu agak tinggi. Maaf, tak sempat ambil gambar. Jadi sebab nak tunjuk pada anda, ini dari Google:

Contoh beca yang ada di sini.

Contoh beca yang ada di sini.

Ini gambar yang diambil sendiri. Kuda pun ada!

Ini gambar yang diambil dari dalam kereta. Kereta kuda pun ada.

Walaupun hanya lebih kurang 60km, perjalanan ke Ciwidey mengambil masa yang agak lama kerana tiada highway ke sana. Kebanyakannya jalan yang kami lalui adalah jalan-jalan raya yang kecil.

AWALAN CI-

Sempat aku tanya pada Pak Ayi, “Kenapa ya, banyak nama tempat di Jawa Barat ini yang bermula dengan sukukata ‘Ci-‘? Apa maksud ‘Ci’?”. Betul, kalau anda study peta Jawa Barat, anda akan jumpa nama-nama tempat seperti Cihampelas, Ciwidey, Cibaduyut, Cisarua, Cikalung, dan banyak lagi. Rasanya kalau disenaraikan, mungkin ada lebih 50 (ini bukan exaggeration). Jawab Pak Ayi, ‘Ci’ itu bermaksud air atau sungai dalam bahasa kaum Sunda. Oh, I see.. Nah, kan bagus kalau ada tempat bertanya begini. 😀

Terus, ada apa dengan Ciwidey ini? Hee. Motif kami ke sini adalah untuk ke Kawah Putih.

KAWAH PUTIH

Kawah Putih ialah sebuah kawah di gunung berapi yang sudah tidak lagi aktif. Gunung tersebut ialah Gunung Patuha yang mempunyai ketinggian setinggi 2386 meter. Semakin menghampiri entrance ke Kawah Putih, jalannya semakin kecil dan sedikit curam.

Antara pemandangan semasa dalam perjalanan. Banyak ladang sayur-sayuran.

Antara pemandangan semasa dalam perjalanan. Banyak ladang sayur-sayuran.

Bagi yang pertama kali mendengar tentang Kawah Putih, mungkin anda tertanya-tanya, kenapa tidak ke Tangkuban Parahu saja? Atau bagi yang pertama kali mendengar tentang Tangkuban Parahu, ia adalah sebuah gunung berapi yang masih aktif! Di situ, ada sebuah lagi kawah, namanya Kawah Ratu. Tangkuban Parahu ini lebih famous di kalangan travelers/tourists yang datang ke Bandung ini.

KAWAH PUTIH VS. TANGKUBAN PARAHU

Gunung Tangkuban Parahu terletak di Utara Bandung. Gunung Patuha (tempat Kawah Putih) pula di selatan. Arah yang memang bertentangan. Jadi kenapa ke Kawah Putih?

  1. Bayaran masuk yang lebih murah. Bayaran masuk terkini (ketika kami ke sini) per person (foreigner) pada hari biasa (weekdays) ialah Rp. 50,000 (RM14.25). Kalau Tangkuban Parahu, Rp. 200,000 (RM57.00)! Nah, berapa kali ganda tuuuuuu.. Itu belum termasuk bayaran untuk bawa kereta, dan ada bayaran-bayaran lain juga. (Tak dapat nak cerita detail tentang Tangkuban Parahu sebab tak ke sana)
  2. Boleh menghampiri kawah! Kalau ke Tangkuban Parahu, anda tidak dapat turun berdekatan dengan kawah. Lihat dari atas (dari jauh). Viewnya mungkin cantik, tapi tak sepuas di Kawah Putih (from my personal point of view).
  3. Kawah Putih lebih cantik! Nanti tengok gambar di bawah deh. Kalau nak Google sendiri pun boleh. 🙂

Anda rasa, kenapa kawah ini namanya Kawah Putih? Aha.. Fikir, fikir..

Ok, sambung cerita. Kami sampai di Kawah Putih lebih kurang jam 11.30 pagi. Walaupun sudah hampir tengahari, it was quite cold here. Patutlah Pak Ayi pesan bawa jaket/sweater. Alhamdulillah, cuaca baik, tidak hujan. Alhamdulillah, alhamdulillah. (Sebab sebelum ke sini, kami sudah check weather forecast, and they say there’ll be thunderstorms today.. huhu)

Bayaran tiket masuk adalah seperti berikut:

  • Rp 50,000 (RM14.25) x 2 persons = Rp 100,000 (RM28.50). Di hujung lawatan nanti dapat minum jus strawberi percuma (made from fresh strawberries di sini).
  • Rp 150,000 (RM42.75) untuk bawa kereta ke atas. Rupanya belum sampai lagi. 🙄

ONTANG-ANTING

Selain membawa kereta ke atas, anda juga boleh menaiki ontang-anting. Ontang-anting itu adalah kenderaan ini:

Lupa nak ambil gambar. Jadi ini dari website Kawah Putih.

Lupa nak ambil gambar. Jadi gambar ini dari website Kawah Putih.

Maaf, tidak kami tanyakan berapa bayaran untuk menaiki ontang-anting ini. Tapi yang pasti, ia adalah lebih murah daripada bayaran membawa kereta ke atas.

Kami bawa kereta ke atas. Berkabus di sini.

Kami bawa kereta ke atas. Berkabus di sini.

Satu lagi pesanan Pak Ayi adalah memakai mask kerana udara di sini mengandungi kandungan sulfur yang agak tinggi. Jadi mungkin ada yang akan sukar untuk bernafas atau tidak tahan dengan baunya. Berdasarkan kajian awal, rata-rata pelawat hanya akan berada berdekatan dengan kawah selama 20 minit sahaja.

Kami berdua tak bawa mask pun. Jadi, mari kita lihat berapa lama kami mampu bertahan. Ceh. Tak adalah. Tutup hidung dengan tudung pun boleh juga kan? 🙂 Yuk!

Pemandangan awal. Berkabus. Tak berapa nampak.

Pemandangan awal. Berkabus. Tak berapa nampak.

Ketika kami baru sampai, kawasan itu berkabus. Sesekali kabus berlalu, tak berapa nampak kawahnya. Bau sulfur juga agak kuat. Jadi, mari tutup hidung.

TURQUOISE

Bila sudah nampak sendiri kawah dan kandungan kawah.. Pergh.. Subhanallah! Cantik sangat tempat ni. Air dalam kawah kelihatan berwarna turquoise. Macam bercahaya pun ada! Subhanallah!!

Tutup hidung.

Tutup hidung.

Bila kabus berlalu, barulah nampak dengan lebih jelas.. Subhanallah~~ 🙂

20150122_113643

Subhanallah!

Subhanallah!

Tangga untuk turun mendekati kawah.

Subhanallah

Ramai juga orang yang datang walaupun pada hari biasa (Khamis)

20150122_111040n

Subhanallah.. cantik kan? 🙂

Oda-chan!

See? Kita boleh turun sampai dekat dengan air~ 🙂

Moi.

C’est moi. Dah tak tutup hidung sebab bau sulfurnya sudah kurang bila kabus tak ada.

Odah and her clones. =P

Odah and her clones. =P

Subhanallah!

Subhanallah!

Pak Ayi pesan 10-15 minit je. Tapi kami di situ selama hampir 30 minit. Terpegun. Terkagum. Cantikkkk sangat tempat ni. Subhanallah! 🙂

Seperti yang dijanjikan, sebaik saja kami turun semula ke bawah (ke tempat pembelian tiket masuk tadi), kami dihidangkan dengan jus strawberi. Sejuk-sejuk, minum sejuk. Kui2. Apapun, memang best tempat ni.

SAUNG ANDIR

Destinasi kami seterusnya ialah ke kedai makan (sudah pukul 1 lebih). Pak Ayi suggest kami makan di sebuah kedai makan yang terletak tidak jauh dari Kawah Putih tadi. Masih di Ciwidey, nama kedai makan ini ialah Saung Andir.

jj

Saung Andir

Kata Pak Ayi, yang paling sedap di sini ialah ayam brengseknya. Memang tiada kedai makan lain di Bandung yang boleh tandingi (juga kata Pak Ayi). Jadi, kami cuba. Kami pesan seekor ayam brengsek (ayam kampung, jadi agak kecil), nasi putih dan minuman. Dan rupanya, kami dapat 2 gelas air teh percuma. Kalau tahu awal, tidaklah kami pesan minuman lain tadi. 🙄

Tempat makannya juga menarik. Berbentuk pondok, begini:

Tempat makan.

Tempat makan.

Ayam brengsek & nasi putih.

Ayam brengsek & nasi putih.

Ayamnya berempahnya memang sedap. Sambal hijaunya juga. Highly recommended. Total untuk dua orang Rp123,000 (RM35).

Setelah makan, kami solat jama’ di surau kedai makan ini. Sekali lagi, suraunya tidak mengasingkan tempat solat lelaki & perempuan. -.-‘

CIBADUYUT

Dalam perjalanan pulang ke kota Bandung, kami singgah di Cibaduyut.

From Kawah Putih to Cibaduyut

From Kawah Putih to Cibaduyut

Di Cibaduyut ini, Pak Ayi tunjukkan kami kedai beg dan kasut, iaitu Toko Diana. Aha.. akhirnya di sini kami tumpas. Tapi beli barang yang memang nak digunakan la. 🙄

Punyalah rambang mata sampai tak sempat ambil gambar. Tambahan pula, kami agak mengejar masa kerana nak fully utilize Pak Ayi yang khidmatnya sebagai driver sehingga pukul 8 malam sahaja. Banyak lagi tempat yang Pak Ayi nak tunjuk ni~~ 😀

RUMAH KAIN

Next, Pak Ayi bawa kami ke Rumah Kain, iaitu sebuah rumah yang menjual kain sulam pasang dengan harga gudang. Dengan Pak Ayi ini memang mudah. Kata Pak Ayi, “Kakak mahu cari apa, bilang saja sama Pak Ayi. Pak Ayi tunjukkan.” Odah memang mencari kain sulam pasang, ada yang kirim belikan. Dan ini memang tepat tempatnya.

Kata Pak Ayi lagi, penjual kain di Rumah Kain ini juga mempunyai kedai di Pasar Baru (tempat famous untuk shopping kain dan telekung di Bandung ini). Tapi harga di Rumah Kain ini adalah lebih murah kerana mereka tidak perlu membayar sewa kedai di Pasar Baru. Wah, wah.. Maka, tumpas lagi di sini. Tak apa, tak apa.. Pengguna bijak beli barang yang berkualiti dengan harga yang murah (ayat sedapkan hati. 🙄 ).

D’FASHION

Seterusnya, kami ke toko kain lagi. Kali ini, mencari kain lace, juga kiriman orang. Daebak la Pak Ayi ni. Tempat yang Pak Ayi bawa kami semuanya best. 😀 Menyesal pula tak jumpa Pak Ayi dari hari pertama. Hewhew. Tapi tak apa. Ini pengalaman~ 🙄

Jika anda mencari kain lace, memang di D’Fashion inilah tempatnya. Cantik dan murah, dan ada diskaun lagi masa nak bayar tu.

Kat sini sempat ambil banyak gambar – sebab nak tunjuk pada kawan yang pesan (untuk dia pilih). Kain lain pun ada, tapi sebab cari lace, gambar lace je la yang ada.

Lace

Rp65,000 (RM18.50) semeter. Murah kan?

Lace

Prada lace

Lace

Prada lace. Rp275,000 (RM78.40) semeter

Lace

Prada border lace

AYAM PENYET SURABAYA

Sebelum balik, kami singgah bungkus makanan di Ayam Penyet Surabaya, Jalan ABC No. 103. Sekali lagi, ini adalah saranan Pak Ayi. Memang terbaik la Nasi Ayam Penyet di sini. Rp24,000 (RM6.80) sahaja untuk satu set begini:

Ayam Penyet Surabaya dibungkus dalam box.

Ayam Penyet Surabaya dibungkus dalam box.

And the inside of it..

And the inside of it.. 

Lengkap, murah dan sedap. Alhamdulillah~~ Sekali lagi, highly recommended!

Pak Ayi turunkan kami berserta segala beg kami di tempat penginapan kami yang seterusnya iaitu di Venice Guesthouse, Jalan Kebun Sirih (ya, masih di Bandung). Setelah berterima kasih kepada Pak Ayi, kami pun ke bilik untuk makan.

Oh ya. Mungkin ada yang tertanya-tanya berapa bayaran supir untuk sepanjang satu hari ini (12 jam). Jumlah bayaran ialah Rp460,000 (RM131.10). Bayaran ini termasuk sewa kereta dan petrol. Jika anda tidak ke kawah putih, bayarannya ialah Rp410,000 (RM116.85)

Jika anda mahu lebih jimat, pergilah dengan lebih ramai orang. Kami ini, berdua saja. Bahagi dua orang, jadilah RM65.55 seorang. Walhal naik Avanza. Boleh muat lagi 2-3 orang kalau nak selesa (termasuk letak barang segala). Ok?

‘Ala kulli haal, alhamdulillah. Semuanya lancar. 🙂 InsyaAllah, sambung esok pula deh. Sudah lenguh menaip panjang-panjang begini. 🙄

*Conversion matawang adalah berdasarkan nilai Rp1,000,000 = RM285.

(Baca sambungan di sini –> Jawa Barat Indonesia, Day 4: Asia Afrika)

 

Advertisements

2 thoughts on “:: Jawa Barat Indonesia, Day 3: Kawah Putih ::

  1. Salam sejahtera Tuan/Puan, semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki (Amiin)… Kami disini ingin menawarkan perkhidmatan sewa kereta di Bandung/Jakarta. Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :

    Call : +6282214441280
    WhatsApp : +6282214441280
    Email : dhanibandung@yahoo.com
    Blog : Melancongdibandung.blogspot.com (Dhani Tour Bandung)

    Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan.. Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang…

    Kami pun menyediakan paket transport dan hotel

    Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
    Wassalam, Terimakasih…

    Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhati Tour Bandung… (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja.. Terima kasih…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s