:: Jawa Barat Indonesia, Day 4: Asia Afrika ::

Aluan 1: Sharing is caring. Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat panduan. Selamat membaca.

Aluan 2: Post ini adalah sambungan daripada post terdahulu, Jawa Barat Indonesia, Day 3: Kawah Putih.

DAY 4 (Friday, 23/01/2015)

Seperti yang diceritakan dalam post sebelum ini (Day 3), kami telah check in ke sebuah guesthouse pada malam hari ketiga di Bandung.

VENICE GUESTHOUSE

Outside view of Venice Guesthouse.

Outside view of Venice Guesthouse.

Kenapa pindah ke Venice Guesthouse pula walaupun masih di Bandung? Ini strategi berbackpack dengan bijak dan berjimat cermat (bajet sangat~ 🙄 )

Ok. Sebabnya adalah:

  1. Lokasi yang sangat strategik, walkable ke Stasiun Kereta Api Bandung. Dalam 10 minit sahaja jarak berjalan kaki. (Nanti kami akan kembali ke Jakarta dengan menaiki keretapi.)
  2. Murah. Kami hanya bayar RM105.84 untuk 2 malam (2 orang). Bermakna, RM26.46 seorang untuk 1 malam. Dan itu sudah termasuk breakfast untuk 2 hari! Bilik ok, standard, ada bilik air & selesa.

Guesthouse's lobby (merangkap tempat makan)

Guesthouse’s lobby (merangkap tempat makan)

Guesthouse's lobby (merangkap tempat makan)

Guesthouse’s lobby (merangkap tempat makan)

Hari ini adalah hari terakhir untuk berjalan-jalan di kota Bandung. Pagi ini walaupun kami sudah tidak menggunakan perkhidmatan supir, Pak Ayi dengan murah hatinya tolong ambil dan hantarkan kami ke Pasar Baru. Terharuuuuuu~~

Baik bangat Pak Ayi ini. Very fatherly. Banyak betul pesan dan cerita yang dikongsikan oleh Pak Ayi. Untuk ke Pasar Baru saja, dua tiga kali juga dipesan “Di sana nanti, begnya harus sentiasa di depan..” kerana risau kalau-kalau diragut/diseluk.

Dan satu lagi contoh; sengaja aku tanyakan pada Pak Ayi, “Kalau di Jakarta, komuter beroperasi sehingga jam berapa pada waktu malam?” Pak Ayi jawab begini, “Sebaiknya jam 7-8 malam itu, kakak udah kembali ke bilik. Soalnya, di sana banyak orang yang nggak benar..Nah sebijik. Baik, Pak Ayi. Kami akan ingat itu. 🙂

Sedih pula nak berpisah dengan Pak Ayi. Entah bila akan berjumpa lagi.

Pak Ayi turunkan kami di depan bangunan Pasar Baru Trade Center. Dan Pak Ayi tidak tinggalkan kami begitu saja. Pak Ayi sudah hubungi sepupunya, Bang Olik untuk bantu/guide kami di situ. Pergh.. memang menjaga kebajikan! Terharuuuuuu~ 😥

PASAR BARU

Pasar Baru Trade Center (PBTC) adalah sebuah tempat yang wajib pergi bagi mereka yang mahu shopping pakaian, kain pasang, telekung, batik, dan sebagainya di Bandung, terutamanya bagi yang mahu memborong. Malah, ada juga tempat untuk menempah baju di sini. Hari ni tempah, esok siap! Kata orang, kalau ke Bandung, tidak sah kalau tidak ke sini.

Pasar Baru Trade Center

Pasar Baru Trade Center (gambar ini dari Google)

Setelah bertemu Bang Olik, kami terus masuk ke dalam bangunan PBTC ini. Bangunan ini mempunyai 9 tingkat (termasuk basement dan top floor). Kalau anda ada masa, memanglah boleh hendak pergi ke semua tingkat. Tapi, kalau nak survey, belek-belek, tawar-menawar di SETIAP kedai, tak larat juga kan? Alhamdulillah, kami beruntung. Cakap saja pada Bang Olik, mahu cari apa, dia akan bawakan kami ke sana.

First, kami mencari T-shirt, fridge magnets dan keychains. T-shirt sangat murah di sini. Harganya mengikut saiz. Contoh, harga bagi sehelai T-shirt bersaiz L ialah Rp19,000 (RM5.40!). Kualiti T-shirt pun not bad.

Antara kedai yang menjual T-shirt Bandung.

Antara kedai yang menjual T-shirt Bandung.

T-shirts.

T-shirts.

Keychains dan fridge magnets pun murah. Contoh, 10 keychains berharga Rp10,000 (RM2.85), bermakna satu keychain tidak sampai 30 sen! Fridge magnet pula, Rp15,000 (RM4.30) untuk dua buah. Bermakna, satu fridge magnet hanyalah RM2.15! Murah kan? Kalau anda mencari ole-ole, belilah di sini. Murah dan berkualiti baik. 🙂

Oleh kerana kami tidak explore sendiri bangunan ini (kerana kami dibawa oleh Bang Olik), maka kami pun tak pasti kedai-kedai yang kami pergi berada di tingkat berapa :roll:. Ini semua kerana jalan laju-laju punya pasal.

Walaubagaimanapun, di sini diselitkan sedikit info tentang PBTC, menurut TripAdvisor:

Pasar Baru is a 7-storey market that houses local resellers of wide range of products ranging from textile, garments, shoes to souvenirs, food and locally produced decor items. Most items are bargainable. Pasar Baru is normally crowded as soon as it opens in the morning until it closes around 5 pm. It is popular among tourists from South-East Asia especially from Malaysia.

Juga dari TripAdvisor, Floor Directory:

  • Basement 2: Batik, Pelikat (Sarong used by local), Telekung (Muslim women wear for prayers),
  • Basement 1: Batik, Pelikat (Sarong used by local), Telekung (Muslim women wear for prayers).
  • Floor 1: Telekung, kain ela, Blouse
  • Floor 2: Telekung, kain ela, Blouse
  • Floor 3: Blouse, Cloth, Children Dept, Toys, tempahan baju
  • Floor 4: Blouse, Cloth, Children Dept, tempahan baju
  • Floor 5: Handbag & Mens leather.
  • Floor 6: Food & Handbag
  • Top Floor: Surau (Muslim prayer place).

Kami tidak begitu lama di sini. Setelah melihat-lihat kain pasang, kain sulam, shawl, kain telekung dan sebagainya, kami pun beredar dari situ. Bang Olik masih bersama kami. Malah sejak dari dalam PBTC lagi, Bang Olik tolong bawakan barang-barang yang kami beli. Huuu~ And, guess what? Bang Olik tolong hantarkan kami sampai ke guesthouse (dengan menaiki angkot bersama-sama kami). Baiknyaaaa..

TIKET KERETAPI

Setelah meletakkan barang-barang di guesthouse, lunch di bilik (makan maggi cup je tengahari ni) dan solat jama’ zohor dan asar, kami keluar semula untuk membeli tiket keretapi di Stasiun Kereta Api Bandung. As mentioned before, stesen keretapi itu sangat dekat dengan guesthouse. Jadi, jalan kaki saja.

Sengaja kami beli tiket keretapi ini awal sehari (beli untuk pagi esok) kerana takut kehabisan tiket dan supaya tidak tergesa-gesa nanti. Malah, kami bercadang untuk membeli tiket yang terawal untuk ke Gambir, Jakarta.

Tahukah anda? Untuk membeli tiket keretapi di sini, anda perlu mengambil nombor giliran! Aduhai. Lama juga nak tunggu turn.

Harga tiket Bandung ke Gambir (Jakarta) bagi seorang ialah Rp95,000 (RM27.10). Kami dapat beli tiket jam 7.35 pagi. Alhamdulillah.

JALAN ASIA AFRIKA

Seterusnya, kami ke Jalan Asia Afrika dengan menaiki angkot. Tujuan utama ke sana adalah untuk ke Kantor Pos Besar, Jalan Asia Afrika.

Tahukah anda? Jalan Asia Afrika ini terletak di pusat kota Bandung. Di jalan ini terdapat beberapa tempat terkenal di kalangan pelancong seperti Gedung Merdeka, Museum Konferensi Asia Afrika dan hotel-hotel 5 bintang.

Di sepanjang jalan ini, kami dapat perhatikan rekabentuk dan senibina bangunan-bangunan yang agak unik, bersejarah dan bercirikan Eropah.

Menerusi pembacaan dan penceritaan oleh Pak Ayi semalam, kami dapat tahu bahawa ketika di zaman pemerintahan Belanda dahulu, semua pusat pentadbiran telah dibangunkan di sini. Kerana itulah rekabentuk bangunan yang kebanyakannya adalah bangunan lama di sini adalah bercirikan senibina lama Belanda.

Terdapat juga beberapa hotel sejak dari zaman Belanda yang masih kukuh terbina di sini. Antaranya ialah hotel 5 bintang, Hotel Savoy Homan dan Hotel Grand Preanger.

Odah @Jalan Asia Afrika

Odah @Jalan Asia Afrika

Kami terus ke destinasi tujuan kami iaitu ke Kantor Pos Besar Jalan Asia Afrika.

Di sini ada dijual poskad yang cantik-cantik. Tapi bukan di dalam pejabat pos. Betul-betul di luar pejabat pos ini, ada beberapa gerai yang menjualnya. Sekeping poskad berharga Rp3,000 (RM0.85).

Kantor Pos Besar Jalan Asia Afrika

Kantor Pos Besar Jalan Asia Afrika (view dari atas jejantas)

Wr

Writing some postcards.

MASJID AGUNG ALUN-ALUN

Tidak jauh dari kantor pos, ada sebuah masjid yang sangat besar iaitu Masjid Raya Bandung. Nama lama bagi masjid wilayah ini adalah Masjid Agung Bandung. Lokasinya adalah di Alun-Alun, Bandung.

Selain daripada rekabentuk masjid yang cantik, antara tarikan yang ada di sini adalah dataran rumput sintetik yang terbentang di hadapan masjid ini. Ramainya orang, anda lihat sendiri:

Riadah

Riadah

Masjid

Duduk-duduk pun boleh.

Di sini, bersih ya. Kita perlu menanggalkan kasut untuk berjalan atau duduk di atas rumput ini.

Us.

Us. Kacau la adik kat belakang tu.. Dia tutup perkataan Bandung pada nama masjid. -.-‘

Panorama view.

Panorama view.

Setelah berehat dan menikmati pemandangan di situ, kami seterusnya bergerak pulang ke Jalan Kebon Kawong. Jalan raya di kota Bandung sudah mulai sesak ketika. Mungkin kebanyakan orang sudah mula pulang dari berkerja.

Kami bercadang untuk singgah ke Kartika Sari untuk membeli sedikit brownies untuk dibawa pulang ke Malaysia.

KARTIKA SARI

Bagi peminat kek dan brownies, siapa tak tahu kedai bakery Kartika Sari. Ini juga salah satu destinasi wajib di Bandung.

Kami terlewat sampai ke Kartika Sari (di Jalan Kebon Kawung). Ketika kami sampai (lebih kurang pukul 8 malam), ia sudah pun ditutup. Tapi nasib kami sedikit baik kerana brownies masih boleh dibeli di luar kedai. Untuk senarai harga brownies, anda boleh ke website Kartika Sari.

Seterusnya, kami berjalan kaki menuju ke guesthouse. Sudah tidak jauh dari Kartika Sari tadi. Sempat juga kami singgah ke sebuah lagi kedai bakery, iaitu Mayasari dan sebuah warung makan iaitu Warung Nasi Ampera untuk membeli makanan malam.

Pisang Bollen Keju Mayasari

Pisang Bolen Keju Mayasari

Kami saja je nak try Pisang Bolen Keju Mayasari ni. Masa di luar Kartika Sari, kami perasan berebut-rebut orang beli. Rupanya sedap juga. Macam puff pastry, tapi tak crunchy, soft je dan di dalamnya ada pisang yang telah dipotong. Menarik, menarik. Nanti boleh try buat.

Ja. Sampai sini saja untuk hari keempat ini. Esok kami kembali ke Jakarta. Yosh! 🙂

*Conversion matawang adalah berdasarkan nilai Rp1,000,000 = RM285.

(Baca sambungan di sini –> Jawa Barat Indonesia, Day 5: Jakarta)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s