:: Jawa Barat Indonesia, Day 6 & Summary (incl. Itinerary & Perbelanjaan) ::

Aluan 1: Sharing is caring. Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat panduan. Selamat membaca.

Aluan 2: Post ini adalah sambungan daripada post terdahulu, Jawa Barat Indonesia, Day 5: Jakarta.

Ini ialah entri terakhir berkaitan trip ke Jawa Barat Indonesia pada 20 – 25 Januari 2015 yang lalu. Entri ini akan merangkumi part terakhir (Day 6) dan trip summary (itinerary & jumlah perbelanjaan).

DAY 6 (Sunday, 25/01/2015)

As mentioned in the previous post, pagi ini kami perlu check out awal supaya dapat sampai ke Hatta Soekarno Airport awal atau tepat pada waktunya.

BLUEBIRD

Setelah bersiap dan breakfast (provided by the hostel), kami pun keluar dengan menaiki teksi. Petang semalam kami sudah pun meminta receptionist di hostel ini untuk tolong tempahkan teksi untuk ke airport pagi ini. Seperti yang disarankan kebanyakan orang, kami ambil teksi Bluebird.

Bluebird.

Bluebird.

Bluebird taxi ini ialah teksi bermeter ya.

Kami keluar dari Six Degrees Backpackers Hostel ini pada pukul 7 pagi. Kata orang, kebiasaannya, agak sesak juga jalan ke airport. Tapi mungkin kerana hari ini adalah hari Ahad, cuti, maka jalan tidak sesak.

Pemandu teksi memandu teksi dengan kelajuan biasa. Namun mungkin kerana jalan tidak sesak dan kami melalui highway, maka kami sampai ke airport jauh lebih awal. Belum pukul 8 pagi lagi ketika itu! 🙄

Bayaran teksi ialah Rp173,000 (RM49.30). Mungkin standard la kut bayaran naik teksi ke airport. Huhu. Nasib baik duit rupiah yang tinggal cukup-cukup saja. Phew~

Maka duduklah kami di situ menunggu flight yang dijadualkan pada pukul 10.30 pagi. Alhamdulillah, kami bertolak pada waktu yang dijadualkan dan selamat kembali ke Kuala Lumpur.

Habis cerita. 🙂

SUMMARY

Di bawah ini adalah itinerary keseluruhan trip dan bajet perbelanjaan kami di sana (tidak termasuk barang-barang yang dibeli). Itinerary ini telah diringkaskan. Untuk cerita penuh, anda boleh baca dalam entri-entri sebelum ini. Semoga bermanfaat. 🙂

ITINERARY

Day 1

  • Bertolak dari KLIA2 ke Soekarno Hatta Airport, Jakarta.
  • Tiba di Soekarno Hatta Airport.
  • Bertolak ke Jalan Cihampelas, Bandung dengan menaiki bas X-Trans.
  • Check in di Amaris Hotel Jalan Cihampelas.
  • Berjalan-jalan di Jalan Merdeka.
  • Dinner di Ciwalk.
  • Pulang ke hotel.

Day 2

  • Sarapan di hotel.
  • Berjalan kaki dari hotel ke Rumah Mode.
  • Sambung perjalanan dari Rumah Mode ke Paris Van Java. Jalan-jalan di sini.
  • Lunch berdekatan Paris Van Java.
  • Jalan-jalan di Jalan Riau.
  • Kembali ke Ciwalk.
  • Pulang ke hotel.

Day 3

  • Sarapan di hotel. Check out dari Amaris Hotel.
  • Bertolak ke Kawah Putih dengan supir. Menikmati keindahan Kawah Putih.
  • Lunch di Saung Andir.
  • Singgah di Cibaduyut untuk membeli barang.
  • Ke ‘Rumah Kain’ dan D’Fashion untuk membeli kain sulam/kain lace/kain pasang.
  • Beli makanan untuk dinner di Ayam Penyet Surabaya.
  • Check in ke Venice Guesthouse.

Day 4

  • Sarapan di guesthouse.
  • Ke Pasar Baru.
  • Kembali ke guesthouse untuk meletakkan barang yang telah dibeli dan lunch di bilik.
  • Keluar semula ke Stasiun Keretapi Bandung untuk membeli tiket keretapi.
  • Ke Jalan Asia Afrika dengan menaiki angkot.
  • Singgah di Kantor Pos Besar dan Masjid Agung Alun-Alun.
  • Singgah di Kartika Sari untuk membeli brownies.
  • Beli makanan untuk dinner di bilik.
  • Pulang ke guesthouse.

Day 5

  • Sarapan di guesthouse.
  • Check out dari Venice Guesthouse dan terus berjalan kaki ke Stasiun Keretapi Bandung.
  • Bertolak dari Bandung ke Gambir, Jakarta dengan menaiki keretapi.
  • Tiba di Gambir, ambil Kopaja untuk ke Cikini.
  • Check in di Six Degrees Backpackers Hostel.
  • Lunch di KFC di Cikini dan terus ke stesen komuter Cikini.
  • Ke Juanda dengan menaiki komuter.
  • Melawat Masjid Istiqlal.
  • Melawat MONAS.
  • Pulang ke hostel.
  • Dinner di bilik.

Day 6

  • Sarapan di hostel.
  • Bertolak ke Soekarno Hatta Airport dengan menaiki teksi Bluebird.
  • Berlepas dari Soekarno Hatta Airport ke KLIA2.

PERBELANJAAN

1. Penginapan = RM195.05

  • Amaris Hotel Jalan Cihampelas, Bandung (2 days, including breakfast) = RM207.30/2 = RM103.65
  • Venice Guesthouse Jalan Kebon Sirih, Bandung (2 days, including breakfast) = RM105.84/2 = RM52.92
  • Six Degrees Backpackers Hostel, Jalan Cikini Raya, Jakarta (1 day, including breakfast) = Rp270,000/2 = RM38.48

2. Pengangkutan = RM453.10

  • AirAsia KUL-CGK-KUL (including fuel charge, tax, luggage and insurance) = RM252.00 (seorang)

AA ticket

  • Bas dari CGK airport ke Jalan Cihampelas, Bandung = Rp140,000 = RM39.90
  • Supir di Bandung (12 jam) = Rp460,000/2 = RM65.55
  • Keretapi dari Bandung ke Gambir, Jakarta = Rp95,000 = RM27.10
  • Teksi dari Six Degrees Backpackers Hostel ke CGK airport & tol = Rp173,000 + Rp14,000 = RM49.30 = RM53.30
  • Angkot di Bandung (anggaran saja) = Rp40,000 = RM11.40
  • Kopaja di Jakarta = Rp6,000 = RM1.70
  • Komuter = Rp7,500 = RM2.15

3. Makan = RM67.15

  • Day 1: Lunch (buns) Rp18,000 (RM5.10) + Dinner (bakso @BMK) Rp42,900 (RM12.20)
  • Day 2: Lunch (nasi @Kedai Makan Minang) Rp16,000 (RM4.55) + Early dinner (siomay @Dailycious Resto) Rp36,000 (RM10.25)
  • Day 3: Lunch (nasi ayam brengsek @Saung Andir) Rp59,000 (RM16.80) + Dinner (nasi ayam penyet @Ayam Penyet Surabaya) Rp24,000 (RM6.85)
  • Day 4: Dinner (nasi @Warung Nasi Ampera) Rp24,000 (RM6.85)
  • Day 5: Lunch (KFC) Rp16,000 (RM4.55)

4. Lain-lain (tidak termasuk beli buku/barang/ole2) = RM92.60

  • Simcard SimPATI = Rp50,000 = RM14.25
  • Airport tax (di CGK airport) = Rp150,000 = RM42.75
  • Bayaran masuk ke Kawah Putih, termasuk bawa masuk kereta = Rp125,000 = RM35.60

5. Jumlah keseluruhan (6H5M) = RM807.90

*Conversion matawang adalah berdasarkan nilai Rp1,000,000 = RM285.

– THE END –

Advertisements

2 thoughts on “:: Jawa Barat Indonesia, Day 6 & Summary (incl. Itinerary & Perbelanjaan) ::

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s