:: Tahniah ::

“Selalunya, awak dapat berapa markah Add Maths?”
“Lapan.”
“Lapan apa? Lapan puluh? Lapan belas?”
“Taklah. Lapan. Lapan je.”
Gulp. Telan air liur. Biar betul??

Itu throwback. Cerita pada hujung tahun 2013. Masa dia tingkatan 4.

Hari ni punya cerita:

Ada bunyi message masuk. WhatsApp. Bertalu-talu. Rupanya dia.

Ada gambar yang dihantar.

“Ini je yang mampu..” katanya. Dan ayat itu mendebarkan.

Gambar yang dihantar tadi masih belum terpapar. Downloading.. dan keluarlah gambar slip keputusan SPM. Dengan debar, aku teliti perlahan-lahan. Mataku sudah tentu, mencari Add Maths.

Alhamdulillah.

Dia dapat B. 🙂

Ya, memang bukan A. Bukan A-, apalagi A+. Tapi sudah cukup untuk membuatkan aku tersenyum. Syukur.

Dan bila dia jadi pelajarku yang pertama yang mengkhabarkan keputusan SPM pada hari ini, itu lagilah membuatku terharu.

Tahniah.

Dia bukan pelajar biasa, yang super rajin. Malah ambil tuisyen dengan aku pun seperti terpaksa. Terpaksa akur dengan parents. Pernah juga aku terasa dengan satu dua hal yang dilakukannya. Antaranya, dia selalu beralasan bila aku minta kertas ujiannya. Entahlah kenapa.

Tapi. Setelah keputusan peperiksaan percubaan SPM tahun lepas keluar, lain pula jadinya. Buat pertama kalinya, tanpa diminta, dia menunjukkan kepadaku kertas ujiannya. Dan aku ketika itu, senyum dalam hati. 43%. Dia lulus. Alhamdulillah.

Dan bila dia turut mengajak seorang kawannya untuk belajar (tuisyen) bersama, aku dapat rasakan dia sudah mula serius. Serius mahu belajar. Malah mahu bantu kawannya belajar. Terharu.

Maka hari ini, usahanya dengan izin Allah, berhasil. Sekali lagi, tahniah. Dan terima kasih! 🙂

In learning you will teach, and in teaching you will learn.
– Phil Collins

Yes. I learnt. And I’m still learning. 🙂

image

Rabbi yassir walaa tu’assir.

Amin!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s