:: PBAKL 2015 ::

Pagi ini, tanpa sebab, mood tidak berapa baik. Tidak berapa baik bukanlah bermakna nak marah-marah ya. Entah kenapa, rasa nak menangis. Dush. Mengada.

Ok. Kebetulan pula kelas pada pagi ini dibatalkan. Jadi bagi menggembirakan hati yang mengada, aku ke PWTC. Ya, apa lagi kalau bukan ke Pesta Buku Antarabangsa KL (PBAKL 2015). Sebenarnya, ini adalah kali kedua aku ke PBAKL 2015 walaupun PBAKL 2015 ini baru masuk hari ketiga! Ya, kali kedua kerana kali pertama adalah pada hari pertama PBAKL 2015 bermula.

Oh. Jangan pelik. Ini adalah normal bagi seseorang yang gila buku dan jarak rumahnya kira-kira 15 minit sahaja dari tempat kejadian. Malah ketika berkerja di UTM KL dulu, setiap hari aku melalui bangunan PWTC itu. Natijahnya, aku ke PBAKL 2012 sebanyak empat kali dalam masa kurang dua minggu itu.

STRATEGI

Sambung cerita. Sebenarnya untuk PBAKL 2015 ini, aku sudah berniat untuk pergi dua kali sahaja – iaitu pada hari pertama (24 April 2015) dan hari terakhir (3 Mei 2015). Kenapa? Begini. Biasanya pada hari pertama, buku-buku masih banyak (baca: stok masih ada). Dan pada tahun ini, hari pertama PBAKL adalah pada hari Jumaat – which is a weekday – yang insyaAllah tak akan sesesak pada hari hujung minggu (baca: Sabtu & Ahad). Pada hari terakhir pula, biasanya diskaun memang kaw-kaw. Ya, memang bukan semuanya, hanya booths tertentu sahaja (ini benar, dinyatakan sendiri oleh salah seorang exhibitor di situ). Cuma risikonya, jika buku idaman kalian itu kehabisan stok, maka jawapannya: sayounara.

Tapi hari ini nampaknya aku telah memungkiri niatku sendiri. Sumimasen. ^^.’

Bagi mengelakkan kesesakan (di dalam PWTC, bukan di jalan raya), aku ke sana awal pagi. Tips untuk anda yang memang terpaksa ke pesta buku pada hujung minggu: Pergilah seawal mungkin. Awal pagi. Tapi janganlah terlalu awal kerana sebenar-benarnya pesta buku bermula pada pukul 10 pagi (tapi ada juga segelintir exhibitors yang gigih memulakan jualan lebih awal!).

MOTOSIKAL

Seperti biasa, aku bermotosikal ke sana. Selain dapat sampai ke PWTC dalam masa 12 minit, masa yang diambil untuk mencari parking juga lebih singkat berbanding dengan berkereta. Parking sahaja di basement bangunan PWTC. Malah, bayaran parking motosikal juga jauhhhhhh lebih murah iaitu RM1 sahaja bagi setiap kali masuk! 🙂

Ok, panjang pula cerita. Bagi menghilangkan kebosanan kalian membaca cerita ini, maka di sini aku letakkan juga gambar-gambar buku yang telah aku dapatkan pada PBAKL 2015 kali ini. Punyalah rajin upload bersama details harga, diskaun segala. Manalah tahu, ada di antara kalian yang mencari buku yang sama. Mungkin boleh jadi guide. Semoga membantu.

All.

All.

PTS

Buku-buku PTS.

Buku-buku PTS.

  1. 7 Formulas of Excellent Individuals, Dr. Danial Zainal Abidin, PTS. RM45.90, dapat FREE saja. Sebab jadi salah seorang daripada 50 pembeli terawal (pada hari pertama).
  2. #Diari Seorang Mujahidah Kembara Syria, Heliza Helmi & Roziyah Mahamad, PTS. RM19, ada diskaun 15%, jadi RM16.15.
  3. Ramadhan Yang Dirindui, TG Abdul Hadi Awang, PTS. RM12, dapat FREE saja. Sebab jadi salah seorang daripada 50 pembeli terawal (pada hari ketiga).
  4. Dunia Ini Sederhana Kecil & Doa Untuk Aku (Edisi 1+1), Bahruddin Bekri, PTS. Rm29, ada diskaun 50%, jadi RM14.50.
  5. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Hamka, PTS. RM20, ada diskaun 15%, jadi RM17. Tapi jadi FREE juga sebab Zah hadiahkan. Muchas gracias, Zah! 🙂
  6. Maryamah Karpov, Andrea Hirata, PTS. RM26, ada diskaun 50%, jadi RM13.

PTS: SIRI KOMIK-M

Siri Komik-M Misi

Siri Komik-M Misi

Ini bukan sebarang komik. Komik yang baik, karya Afiq & Nazry Salam. Ada testimoni daripada Dato’ Dr Mohd Fadzillah Kamsah & Ustaz Hasrizal Jamil. 🙂 Saja la nak try baca. Kalau bagus, boleh bagi hadiah kat student nanti. 🙂

  1. Misi 8A, Afiq & Nazry Salam, PTS. RM6.90, ada diskaun 15%, jadi RM5.87.
  2. Misi 10A, Afiq & Nazry Salam, PTS. RM8.90, ada diskaun 15%, jadi RM7.57.
  3. Misi 10A Plus, Afiq & Nazry Salam, PTS. RM8.90, ada diskaun 15%, jadi RM7.57.
  4. Misi 10A Finale, Afiq & Nazry Salam, PTS. RM8.90, ada diskaun 15%, jadi RM7.57.

ITBM

ITBM

ITBM

Ini pula buku yang aku dapatkan di booth ITBM. Bagi yang tidak tahu, ITBM ialah Institut Terjemahan & Buku Malaysia. Banyak karya antarabangsa yang telah diterjemah oleh ITBM, baik fiksyen mahupun non-fiksyen. Ada juga buku karya tempatan yang diterjemah ke bahasa lain, contohnya cartoon/graphic novel Kampung Boy karya Lat. Ada ternampak versi Bahasa Cina tadi.

Oh ya. ITBM ada mengadakan peraduan bagi memenangi 2 percutian 4H3M di Istanbul. Jika belian kalian bernilai RM50, kalian boleh menyertai peraduan tersebut. Peraduannya pun mudah sahaja, hanya tuliskan nama dan details kalian, dan tulis satu slogan tentang ITBM.

Diskaun di ITBM ini agak menarik. Begini, jika beli 1 buku, dapat 10% diskaun. Beli 2 buku, 20% diskaun. 3 buku, 30% diskaun. Maaf, aku lupa bertanya sehingga berapa peratus diskaunnya kerana aku hanya beli 3 buah buku. Dapatlah 30% diskaun. Banyak juga tu!

  1. Korean Language for Beginners, Park Jun Seok & Sung Chaemin, ITBM. RM35, ada diskaun 30%, jadi RM24.50.
  2. Kembara Seorang Pelukis: Lakaran & Catatan 60 Hari di Eropah, Fai Zakaria, ITBM. RM50, ada diskaun 30%, jadi RM35.

Buku ketiga adalah sama seperti buku nombor 1, aku belikan sekali untuk Atiqah. Hal ini kerana kami sudah lama mencari buku tentang bahasa Korea, tapi tidak jumpa (maaf, tidak pula sempat ku cari di Kinokuniya, KLCC).

Buku Korean Language for Beginners ini agak bagus. Bahasa perantaraannya adalah Bahasa Inggeris. Kelihatan seperti 90% ditulis dalam Hangul. Halaman 100% berwarna. Ada ruangan latihan. Setebal 230 muka surat. Dan diterbit oleh ITBM pada tahun ini (2015!). Mungkin nanti aku akan tulis review tentang contentnya pula. Ok?

JS ADIWARNA

JS Adiwarna

JS Adiwarna

Booth JS/JS Adiwarna ini antara booth wajib pergi setiap kali PBAKL. Pada awalnya, motif utama ke booth ini adalah untuk dapatkan karya Hlovate. Tapi tahun ini tiada buku baru melainkan Hlovatinta 2. Nonetheless, selain Hlovate, aku juga suka karya Noor Suraya a.k.a Kak Su dan Imaen (dan Rynsa, etc). Kak Su – bahasanya puitis. Indah sekali. 🙂

  1. Sejarah Dunia dari Sudut Pandang Islam, Tamim Ansary, JS Adiwarna. RM49, ada diskaun 30%, jadi RM31.85.
  2. Kekasih Waktu, Noor Suraya, JS Adiwarna. RM25, ada diskaun 30%, jadi RM17.50.
  3. [Rockestra] Cinta Mat & Minah, Imaen, JS Adiwarna. RM24, ada diskaun 30%, jadi RM16.80.

DUBOOK

image

Last but not least ialah satu-satunya buku yang aku beli dari Dubook, iaitu Advantura Pulang Ke Malaya karya Badrul Hisham. Harganya ialah RM25. Antara promosi di booth Dubook adalah “beli 3 buku dengan harga RM50”. Oleh kerana aku hanya ingin membeli buku ini sahaja, maka aku pun mencari geng yang ingin berkongsi beli (untuk cukupkan tiga buah buku). Sempatlah buat muka tebal tanya-tanya orang di situ (booth Dubook sesak betul. Susah nak bergerak, Tuhan saja tahu!). Akhirnya jumpalah seorang adik ni, dia nak beli dua buku. Alhamdulillah. Kami share. Jadi aku hanya bayar RM17 untuk buku ini. 🙂

Ini adalah pertama kali aku beli (dan akan baca) buku terbitan Dubook. Itupun setelah baca komen sifu tentang bahasa yang digunakan dalam buku itu. Katanya, bagus. Nanti, kalau rajin, akan ku tulis juga reviewnya, insyaAllah. Kalau tidak di sini, di Goodreads, insyaAllah.

Ok. Itu saja.

*Semoga aku tidak ke PBAKL 2015 lagi, buat kali ketiga.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s