:: Retak 129 ::

Sensei.. watashi wa kanashii desu.

Itu ayat kedua yang aku ucapkan kepada Miyatake Sensei selepas ucapan “Ohayou gozaimasu”. Pagi ini, seperti hari-hari Khamis yang lain, aku ke kelas Bahasa Jepun. Hari ini sedikit bersemangat kerana ada ujian. Ujian bagi Beginner, Level 2.

Namun semangat itu punah sekelip mata bila ujian lain pula yang datang..

:cry:

Retak seratus dua puluh sembilan.

:cry:

😥

Speechless seketika.

Kejadian berlaku di parkir motosikal. Ia terlepas dari tanganku ketika ia cuba masuk ke dalam poket. Aduyai…

‘Ujian’ itu berlaku kira-kira 15 minit sahaja sebelum ujian yang sepatutnya (baca: ujian Bahasa Jepun) bermula. Maka aku terus juga ke kelas dengan perasaan yang Tuhan saja tahu. Sobs.

Aku jawab soalan test dengan.. tawakal saja. Dah lepas dah pun kan.

Lepas test, tak berapa ada mood nak bersembang dengan sensei lama-lama macam selalu. Sebelum balik ke rumah, singgah ke library untuk pulangkan buku. Alang-alang boleh mengubat hati (kut?).

Maka di sana dirembat 6 buku berkenaan travel. -.-‘

Balik rumah, entah kenapa sedih sangat. Sedih dan mahu menangis. Sebenarnya sehari dua ini memang hari-harinya. Sindrom. Mood swings. Crying spells. Haish.

In other words, macam biasalah, di kala ini, rasa nak menangis tanpa sebab. Kemudian akan dicari-cari sebab untuk menangis. Dan, nah. Kali ini telah datang satu sebab untuk menangis. 😥

Tapi tak boleh mengada lama-lama sebab ada kelas Add Maths pula petang itu. Trigonometric Functions pula tu. Memang favourite sejak dahulukala. Maka sungguhlah, tuisyen mampu membuatkan aku lupa diri. Eh. Bukan. Maksud aku, lupa masalah.

Lepas habis tuisyen, ada pula SMS masuk inbox.

Screenshot_2015-05-14-20-27-13

Whoa. Ini bukan scam. Sebab aku memang ada hantar contest form AEON BIG tu. Tiba-tiba airmata bergenang semula. Eh. Nak sambung nangis lagi kah?

Nay. But yay. Ini airmata gembira, terharu. Terharu dengan Dia. Alhamdulillah. Walaupun dapat RM75 sahaja dari AEON BIG ni, tapi rasa nak senyum. Ada juga berita gembira. Tentunya dari Dia.

It’s okay to cry. The sky does it too. 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s