:: Korea Selatan, Day 1: Ke ‘Negara Kimchi’ ::

So here is the story of the not-so-recent trip to South Korea. 🙂

Seperti biasa, bagi memudahkan penulisan dan pembacaan, cerita perjalanan berhari-hari ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Dan ini adalah bahagian pertama.

Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat sedikit panduan. Selamat membaca.

Kembara kali ini adalah lebih lama dan lebih jauh. Dan kali ini, yang menemani ialah ex-roommate ketika tahun akhir di universiti, Tiq. Yup, kami berdua saja. Dan seperti yang tertera pada tajuk entri, kali ini kami mengembara ke negara kimchi, Korea Selatan.

Dalam trip musim panas 11 hari 10 malam ini, tiga destinasi utama kami ialah: Sokcho, Seoul dan Pulau Jeju. Untuk cerita penuh, anda bolehlah membaca siri kembara di Korea Selatan ini.

DAY 1 (Thursday, 11/06/2015)

Kami terbang ke Korea Selatan dengan penerbangan tambang murah AirAsiaX. Tahukah anda, kebiasaannya, kos terbesar dalam sesebuah trip adalah kos transportasi (terutamanya tiket kapal terbang). Jadi, antara langkah penjimatan yang terbaik adalah dengan berusaha mendapatkan tiket penerbangan yang murah. 🙂

1450606888046-1

Penerbangan dari KLIA2 ke Incheon International Airport mengambil masa selama 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon kira-kira pada jam 8 pagi waktu di sana. Sebaik sahaja tiba, kami terus ke convenient store yang masih dalam kawasan airport. Di situ kami membeli air mineral dan T-money card*. Kami juga recharge kad T-money dengan 40,000 KRW.

*Tips: Apakah itu T-money card? T-money card ialah sekeping kad serbaguna yang boleh dicaj berulang-kali dan boleh digunakan di banyak tempat, terutamanya untuk bayaran pengangkutan awam. Aplikasinya lebih kurang sama seperti kad TouchNgo di Malaysia. Cuma, selain untuk kegunaan di subway, kad T-money ini juga boleh digunakan di convenient store. Untuk recharge, nilai minimum adalah sebanyak 3,000 KRW. Boleh recharge di mana-mana convenient store atau mana-mana kaunter yang menyediakan perkhidmatan T-money. Dan sekiranya kad T-money sudah tidak mahu digunakan lagi dan masih mempunyai baki, anda juga boleh refund semula baki tersebut.

SEOUL STATION

Baiklah. Seterusnya kami menaiki keretapi ekspress ke Seoul Station. Terdapat beberapa options untuk ke sana. Antaranya ialah dengan:

  1. Subway
  2. Express Train
  3. Bus
  4. Taxi

Sebagai pengembara yang berpoket nipis dan mahu menjimatkan masa, kami tidak berminat untuk mengambil option 3 dan 4. Yang termudah dan termurah adalah dengan menggunakan subway. Akhirnya kami membuat keputusan untuk menaiki keretapi ekspress di sini. Yalah, bila lagi nak cuba kan? Mungkin untuk satu kali ini saja.

AREX

AREX Express Train

Harga tiket Express Train (AREX Line) ialah 8,000 KRW. Dengan menggunakan coupon*, kami diberi diskaun dan hanya perlu membayar 6,900 KRW.

*Tips: Terdapat banyak coupons di websites berkenaan tour di Korea. Contohnya: Gyeonggi-do Coupon Book 2015. Rajin-rajinkanlah diri anda untuk membuat research. 🙂 Dan, jangan lupa untuk semak tarikh coupon/voucher yang ingin anda gunakan. Oh ya. Selain menerusi laman web, anda juga boleh mengunjungi Korea Plaza KL di Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee bagi mendapatkan coupons dan brochures yang berkaitan. Anda cuma perlu menunjukkan bukti tiket penerbangan yang telah ditempah.

Sambung cerita. Dari Seoul Station, kami menaiki subway (Line 2) ke Gangbyeong Station. Dari stesen itu, kami berjalan kaki ke Dong Seoul Bus Station. Pada jam 12.50 tengahari kami bertolak ke Sokcho dengan menaiki bas. Harga tiket bas ialah KRW17,200 (RM58.15) dan perjalanan mengambil masa 2 jam.

wmJsu_2VFt (1)-1

Route perjalanan hari ini.

Line 2

Gangbyeong Station

Bus

Bas yang kami naiki untuk ke Sokcho

SOKCHO

Lebih kurang jam 2.50 petang, kami tiba di Express Bus Terminal, Sokcho. Udara di Sokcho sangat nyaman dan sejuk! Walhal ketika itu musim panas! Kami terus menuju ke Rocustel Motel, tempat kami tinggal sepanjang dua malam di sini.

ROCUSTEL MOTEL

Rocustel Motel

Rocustel Motel

Rocustel Motel ini terletak sangat hampir dengan Express Bus Terminal. Ia betul-betul di belakang terminal. 3 minit sahaja dengan berjalan kaki. Pilihan yang tepat, alhamdulillah. Cuma, cabarannya ialah apabila ahjumma yang berada di meja reception itu tidak boleh berbahasa Inggeris.

We will stay here for 2 nights.” Kami memberitahu.

Ahjumma buat muka tak faham.

Two nights. Today and tomorrow.” Body language juga sudah disertakan. Namun ahjumma masih tidak faham dan membalas pernyataan kami dengan berpuluh-puluh perkataan dalam bahasa Korea yang kami tidak dapat menangkapnya apatah lagi memahaminya. Maka di sini terjadilah drama ayam dan itik. Aku cuba memerah otak untuk memahamkan ahjumma itu.

Oneul, naeil.” (Today, tomorrow.) Barulah ahjumma mengangguk-angguk. Fuh! Tak sia-sia terdengar lagu D.O, “Crying Out” sambil tengok translationnya minggu lepas. Haha. 😀

Sebenarnya ada receptionist yang boleh berbahasa Inggeris, tapi ahjussi tu tak ada di situ pada waktu tersebut. Ok. Sambung cerita. Kami menginap di sebuah double room yang lengkap dengan bilik air, kira-kira dalam 20,000 KRW per night per person (RM67.60).

Di bilik, kami membersihkan diri (maklumlah dari paginya belum mandi), solat dan makan. Setelah bersiap, kami keluar semula. Trip pertama kami ialah ke Sokcho Expo Tower.

Dari Rocustel Motel, kami keluar berjalan kaki sahaja. Berbekalkan map yang diperoleh dari Tourist Information Center (berdekatan dengan terminal bas), kami menelusuri jalan raya di bandar Sokcho ini.

Sokcho ialah sebuah bandar kecil nun jauh di utara Korea Selatan. Bandar yang berdekatan dengan laut (East Sea) ini terletak dalam wilayah Gangwon (Gangwon-do). Sejak tahun 1945 sehinggalah tamat Perang Korea, bandar ini adalah milik Korea Utara. Setelah tamat Perang Korea, garisan sempadan Korea Utara dan Korea Selatan telah diubahsuai semula dan Sokcho jatuh dalam kawasan Korea Selatan. Jika anda berminat untuk mengikuti DMZ (demilitarized zone) tour, anda mungkin akan ke sini.

Selain lokasinya yang terletak berdekatan dengan sempadan, Sokcho juga popular dengan tarikan lain seperti Seoraksan National Park dan Sokcho Beach.

CHEONGCHOHO LAKE

Ok, sambung semula cerita. Setelah kira-kira 15 minit berjalan, kami tiba di sebuah park. Dari park ini, kami dapat lihat tasik Cheongchoho, sebuah tasik atau lagun yang yang bersambung dengan East Sea. Keluasan tasik ini adalah kira-kira seluas 1.3 km2.

Cheongchoho Lake Park

Di Cheongchoho Lake. (Faham perkataan pertama je: Cheongchoho ^^.’ )

Di Cheongchoho Lake

Cheongchoho Lake dan Seorak-daegyo Bridge di belakang kami.

SOKCHO EXPO TOWER

Sokcho Expo Tower terletak betul-betul bersebelahan dengan Cheongchoho Lake. Tower yang berketinggian 73.4m ini telah dibina pada tahun 1999, sempena Gangwon International Travel Expo di sini.

Inilah Sokcho Expo Tower!

Inilah Sokcho Expo Tower!

Lihatlah struktur menara ini. Spiral. Unik bukan? Tiket masuk ke sini berharga 1,500 KRW sahaja. Dari observation deck, anda boleh lihat keseluruhan bandar Sokcho termasuklah Ulsanbawi Rock dan Daecheongbong Peak yang terletak di Seoraksan Mount, dan juga East Sea.

Oh. Lupa. Menara ini dibuka kepada umum pada setiap hari, dari jam 9 pagi hingga 9.30 malam.

Map

Rajah menunjukkan lokasi beberapa tempat  yang terlibat dalam International Travel Expo 1999 (16 years ago!). Anda boleh lihat kedudukan Expo Tower, bridge, Jodo Islet dan East Sea dan paling jelas, Cheongchoho Lake.

Rajah menunjukkan

Rajah menunjukkan kedudukan gunung-ganang yang boleh dilihat dari tower ini. Malangnya kerana cuaca yang tidak begitu baik, berkabus, kami tak dapat lihat sendiri objek-objek berkenaan. Maka tengok gambar sajalah.

Sokcho Road, dan sekitarnya.

Sokcho Road, Cheongchoho Lake dan sekitarnya. (Dan yang bercahaya itu bukan matahari atau UFO, tetapi cahaya lampu!)

Cheongchoho Lake

Cheongchoho Lake dan sebahagian bandar Sokcho.

Kami menunggu sehingga maghrib di deck ini. Kononnya mahu melihat sunset dari tower ini. Masuknya waktu maghrib dan terbenamnya matahari di Sokcho ketika itu adalah pada jam 7.50 malam.

Setelah puas menunggu, kami akhirnya pulang dengan sedikit kekecewaan. Sunset yang dinanti tidak kelihatan kerana cuaca yang agak mendung dan berawan. Kami mula berangkat pulang.

Oh ya. Pada waktu malam, seperti kebanyakan menara dan monumen tinggi-tinggi di tempat lain, Expo Tower ini juga bercahaya berwarna-warni. Cantik!

Kami.

Peace. =)

Kami tidak singgah ke mana-mana lagi selepas itu. Lagipun, ketika kami berjalan pulang ke bilik, hujan sudah mula turun, rintik. Hujannya halus. Sejuk!

Sketch_1_resize

Sketch: Sokcho Tower

*Conversion matawang adalah berdasarkan nilai KRW1,000 = RM3.38.

(Baca sambungan di sini -> Korea Selatan Day 2: Around Sokcho)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s