:: Korea Selatan, Day 2: Around Sokcho ::

So here is the story of the not-so-recent trip to South Korea. 🙂

Seperti biasa, bagi memudahkan penulisan dan pembacaan, cerita perjalanan berhari-hari ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Dan ini adalah bahagian kedua.

Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat sedikit panduan. Selamat membaca.

DAY 2 (Friday, 12/06/2015)

Waktu Subuh di Sokcho pada pagi itu adalah seawal jam 3.11 pagi. Matahari pula terbit pada jam 5.04 pagi. Maklum sajalah, siang adalah lebih panjang ketika musim panas.

4.44am: Pemandangan dari jendela bilik.

SEORAK SUNRISE PARK

Bagi yang belum mengetahui, selain Gunung Seoraksan, Sokcho juga terkenal dengan pemandangan matahari terbit (sunrise).

Kami bangun awal pagi untuk menyaksikan sendiri sunrise tersebut di Seorak Sunrise Park, iaitu sebuah taman yang terletak di persisiran pantai Sokcho. Dikatakan dari park ini, kita boleh saksikan matahari terbit dari arah Laut Timur (East Sea).

Dari Rocustel Motel, kami berjalan kaki ke bus stop yang terdekat. Cuaca ketika itu agak sejuk dan berangin. Jalan raya masih lengang. Terasa nyaman sekali. Kami terus berjalan. Hari sudah semakin cerah. Namun rintik-rintik halus tiba-tiba mula terasa menempias ke tangan dan pipi.

Setibanya di bus stop, kami sedikit hampa. Berdasarkan jadual yang terdapat di bus stop, bas yang terawal adalah pada jam 5.35 pagi. Bermakna kami tidak akan sempat untuk ke Seorak Sunrise Park untuk menyaksikan matahari terbit. Lebih malang lagi, bas yang sepatutnya tiba pada jam 5.35 pagi itu akhirnya tiba pada jam 6 pagi.

Sunrise

5.36am Maka ini sajalah ‘sunrise’ yang dapat kami perhatikan (dari bus stop). Haha.

Oleh kerana cuaca juga seakan tidak mengizinkan (semakin hujan), kami membatalkan rancangan ke Seorak Sunrise Park. Sebaliknya, kami terus menuju ke Seoraksan National Park dengan menaiki bas.

Drama sadis sebelum dapat masuk ke Seoraksan National Park:

Entah mengapa, ahjussi pemandu bas tidak memberhentikan bas di tempat yang kami mahu turun. Kami pun tidak faham mengapa. Ahjussi tersebut seperti tidak begitu ramah dan tidak mahu melayan permintaan kami. Maka, ketika ahjussi itu akhirnya memberhentikan bas (kerana ada penumpang lain yang mahu turun), kami pun turut turun di situ. Berdasarkan peta di tangan, tempat itu sudah tidak jauh dari Seoraksan National Park.

Ketika itu, hujan rintik. Suhu mungkin sekitar 20°C. Dengan angin yang bertiup kuat sekali sekala, sejuklah juga. Kami berjalan sehinggalah sampai ke Hotel Kensington seperti dalam gambar di bawah ini. Nah, lihat sendiri kabus di kawasan ini.

Kensington Hotel

Kensington Hotel.

Oleh kerana sangat sejuk di luar dan hujan juga masih rintik, kami akhirnya masuk ke lobi hotel. Lega. Kerana ternyata di dalam lebih warm. Di reception counter, kami bertanyakan tentang Seoraksan National Park. Receptionist di situ memberitahu bahawa park itu dibuka pada jam 9.00 pagi. Ketika itu baru jam 6.30 pagi! Maka terkulat-kulatlah kami dalam kesejukan di situ. -.-‘

Dengan muka tebal, kami melepak di lobi hotel itu sementara menunggu masa berlalu. Sungguh tak sanggup tunggu di luar. Sejuk! Di samping itu, sempat jugalah menumpang Wi-Fi dan tandas di sini. Haha.

Malah, kami juga sempat breakfast di sini (di luar perkarangan hotel). Mestilah makan bekalan yang dibawa. Manalah mampu nak makan di hotel begini. Plus, banyak pula isu halal haramnya nanti.

Breakfast.

Breakfast: Sumber tenaga yang turut membantu memanaskan badan. Kami makan di luar perkarangan hotel.

SEORAKSAN NATIONAL PARK

Akhirnya, lebih kurang jam 8.50 pagi, kami tiba di Seoraksan National Park ini. Ya, dengan berjalan kaki sahaja. Seronok berjalan pagi-pagi ini. Nyaman! 🙂

Seoraksan National Park ini adalah salah satu taman negara yang terdapat di Korea Selatan. Seperti yang jelas pada namanya, taman negara ini terletak di Gunung Seoraksan, iaitu gunung yang ketiga tertinggi di Korea Selatan.

Info: Gunung tertinggi di Korea Selatan terletak di Pulau Jeju! (Nanti kita cerita lanjut di entry lain)

Ramai pelancong asing dan penduduk tempatan yang mengunjungi taman negara ini, terutamanya ketika musim luruh (autumn).  Selain berjalan-jalan sambil menikmati udara nyaman dan segar di sini, ramai juga yang datang untuk mendaki Gunung Seoraksan.

Terdapat beberapa hiking course yang boleh dicuba di sini. Setiap course sudah tentulah mempunyai tahap kesukaran dan mengambil masa yang berbeza-beza. Kali ini, kami tidaklah berniat untuk mendaki gunung. Tiada persediaan secara mental mahupun fizikal yang dibuat untuk mendaki. Di lain waktu, mungkin? Jika anda berminat, silalah google sendiri berkenaan hiking courses yang ada. 🙂

Seoraksan

Black bear statue in Seoraksan National Park.

Oh ya. Tiket masuk ke taman negara ini adalah sebanyak KRW3,500 (RM11.85) bagi seorang dewasa.

Seoraksan

Antara gerai makanan/cenderahati yang ada di sini.

Menerusi gambar di bawah ini, anda boleh lihat dua orang ahjussi yang nampaknya lengkap dengan pakaian dan peralatan untuk mendaki. Kami dapat lihat ramai juga yang berpakaian sedemikian di sini, termasuk kanak-kanak! Daebak! (Sedikit menyesal kerana tidak merancang untuk mendaki. Bila lagi agaknya?)

Walk

Dua ahjussi kelihatan lengkap dengan kelengkapan hiking.

Berita baik untuk anda. Sebenarnya, jika anda tidak mahu mendaki – kerana kesuntukan masa ataupun keadaan fizikal yang tidak mengizinkan, anda mempunyai pilihan lain untuk ke Gunung Seoraksan ini. Anda boleh menaiki cable car! Harga tiket bagi seorang dewasa adalah KRW10,000 (RM33.80)

Kami sudah hampir-hampir menaiki cable car ini. Walaupun tiket tidaklah terlalu murah, namun kerana ingin menyaksikan sendiri Gunung Seoraksan, Ulsanbawi Rock dan sekitarnya, kami sanggup.

Namun niat yang suci lagi murni itu terpaksa dilupakan apabila penjual tiket di kaunter tiket memberitahu kami bahawa ketika itu gunung berkabus tebal dan tidak banyak yang boleh dilihat jika kami ke atas sana. Sungguh baik hati agasshi penjual tiket itu kerana memaklumkan kami tentang hal itu sebelum kami membeli tiket. Bukan keuntungan yang diambil kira, tetapi kepuasan hati pengunjung.

Cable car

Cable car yang dinyatakan. Lihat saja gunung yang berkabus!

TTEOKBOKKI

Bagi mengubati hampa, kami duduk sebentar di sebuah cafe yang berdekatan dengan kaunter tiket cable car tadi. Tiq tiba-tiba mahu mencuba tteokbokki di sini. Setelah memastikan tteokbokki di sini tidak mengandungi gogi (daging), kami cuba makan tteokbokki itu.

Cafe

Cafe.

Bagi yang tidak mengetahui, tteokbokki adalah sejenis makanan (snack) yang terdiri daripada rice cake yang lembut dan fish cakes yang disirami dengan sejenis kuah (sos cili) yang pedas dan manis. Sedap juga tteokbokki di sini. Rice cakenya sangat lembut dan sos cilinya was just nice. Cukup pedas dan tidak terlalu manis.

Tteokbokki

Tteokbokki ini berharga KRW 3,000 (RM10.15).

Selepas makan, kami sambung berjalan-jalan di sekitar kawasan taman negara ini. Seperti kebanyakan taman negara, Seoraksan National Park ini juga telah dijadikan kawasan pemeliharaan alam semulajadi.

Forest

Nature reserve.

Antara tarikan lain di taman negara adalah Sinheungsa Temple, sebuah kuil lama Buddha yang dikatakan dibina sekitar tahun 600-an. Nama asal bagi kuil ini ialah Hyangseongsa Temple. Kuil ini telah musnah beberapa kali kerana kebakaran sejak pertama kali ia dibina. Akhir sekali, kuil ini telah dibina semula pada tahun 1648 dan dikekalkan sehingga pada hari ini. Sebuah patung Buddha setinggi lebih 10 meter juga telah dibina di sini.

Temple

Patung Buddha di Sinheungsa Temple.

Plats

Tiles yang ditulis pelbagai doa/ucapan di Sinheungsa Temple.

1444798455933

Tugu peringatan yang dibina bagi memperingati peperangan dan mangsa yang terkorban (The Battle of Mount Sorak).

Reading

Membaca sejarah peperangan yang berlaku di Mount Sorak pada tahun 1951, ketika Korean War.

Kami beredar meninggalkan Seoraksan National Park kira-kira jam 11.30 pagi. Kami kembali ke bilik untuk berehat sebentar sebelum ke destinasi seterusnya.

ABAI MA-EUL

Selepas berehat dan solat jama’ di bilik, kami seterusnya berjalan kaki ke Abai Ma-eul (Abai Village), sebuah perkampungan nelayan yang terletak tidak jauh dari tempat kami menginap.

Abai Maeul

Signage Abai Ma-eul. Dan lihat bangunan pink itu. Itulah Rocustel Motel, tempat kami menginap.

Sedikit info mengenai asal-usul Abai Ma-eul (Abai Village): Perkampungan ini dibentuk oleh pelarian yang terselamat daripada Peperangan Korea Selatan-Utara. Mereka ini telah meninggalkan tempat tinggal asal mereka di Korea Utara dan mengikuti tentera Korea Selatan berundur ke selatan pada tahun 1951. Sehingga kini hampir 60% daripada penduduk di sini adalah berasal daripada Hamgyeong-do di Korea Utara. Nama ‘Abai Village’ diambil daripada dialek Hamgyeong-do yang bermaksud ‘datuk/nenek moyang’.

Abai Village ini juga popular sebagai lokasi penggambaran drama sedih “Autumn in My Heart” yang ditayangkan pada tahun 2000 (di Korea Selatan).

Jodo Islet?

Jodo Islet, pulau kecil di bahagian kanan gambar. Kelihatan juga bumbung rumah-rumah dan kedai di sini. Dan laut itu adalah East Sea (Donghae).

Besaq sungguh ketam.

Ketam hidup di dalam akuarium.

Seorak-daegyo Bridge.

Seorak-daegyo Bridge.

Dari bridge, boleh nampak Sokcho Expo Tower.

Pemandangan dari Seorak-daegyo Bridge: Kelihatan Sokcho Expo Tower di seberang Cheongchoho Lake.

SOKCHO BEACH

Seterusnya kami berjalan kaki berpatah balik ke arah Terminal Bas Ekspress (berdekatan dengan Rocustel Motel, tempat kami menginap) bagi menuju ke Pantai Sokcho (Sokcho Beach). Jarak dalam ukuran masa untuk ke pantai ini dari Terminal Bas Ekspress hanyalah 10 minit dengan berjalan kaki.

Sebelum terus ke pantai, kami sempat singgah ke Natural Museum of Coastal Sokcho, sebuah muzium yang sangat berdekatan dengan pantai ini. Muzium ini mempamerkan pelbagai jenis hidupan laut terutamanya terumbu karang dan pelbagai spesies siput atau cengkerang. Muzium ini terletak di tingkat atas (rujuk gambar). Masuk adalah percuma sahaja.

Natural

Natural Museum of Coastal Sokcho.

Kembali ke Sokcho Beach. Pantai ini terkenal dengan pemandangan matahari terbenam (sunset). Turut dapat dilihat dari persisiran pantai adalah Jodo Islet, sebuah pulau kecil, tempat orang memancing ikan.

Sokcho Beach

Sokcho Beach.

Blue sky.

The smell of the sea under the blue sky of Sokcho. Peace. 🙂 Oh ya. Itulah Jodo Islet!

Korean Oyen!

Korean Oyen! Baik punya posing! 🙂

Kami duduk-duduk saja di pantai ini sambil menunggu matahari terbenam. Sunset di sini juga cantik.

Trip partner.

Trip partners.

Namun buat kali kedua pada hari ini, kami hampa sekali lagi. Sunset yang dinanti tidak kunjung tiba. Langit berawan. Mungkin silap kami juga, tidak habis research tentang sunrise dan sunset ini. Haha.

Sunset yang tak kunjung tiba.

Sunset yang tak kunjung tiba. Ini saja yang kelihatan.

Balik.

Balik dengan sedikit hampa. Phew~

Malam terakhir di Sokcho. Malam ini kami berehat kerana esok juga perlu bangun awal! Yosh! 🙂

Sketch_2_resize

Sketch: Sunset & Jodo Islet

*Conversion matawang adalah berdasarkan nilai KRW1,000 = RM3.38.

(Baca sambungan di sini –> Korea Selatan, Day 3: Gapyeong)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s