:: Korea Selatan, Day 3: Gapyeong ::

So here is the story of the not-so-recent trip to South Korea. 🙂

Seperti biasa, bagi memudahkan penulisan dan pembacaan, cerita perjalanan berhari-hari ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Dan ini adalah bahagian ketiga.

Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat sedikit panduan. Selamat membaca.

P/S: Entry kali ini sedikit sarat dengan gambar.

DAY 3 (Saturday, 13/06/2015)

Pagi ini kami check out dari Rocustel Motel. Sedikit musykil mengenai perjalanan seterusnya, kami bertanya kepada ahjussi staff di motel itu. Ya, ahjussi yang boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris itu.

Baik sungguh ahjussi itu. Beliau malah menelefon kaunter tiket bas, bagi memastikan maklumat yang diberinya tepat. Malah, ahjussi tersebut juga menuliskan nota yang mengandungi ayat menyatakan tujuan kami. Jadi kami hanya perlu tunjukkan saja nota tersebut kepada pemandu bas/penjual tiket bas nanti.

Nota dari ahjussi yang baik hati.

Nota dari ahjussi yang baik hati.

uFF2nXKD1N-1

Route hari ini.

Baiklah. Pagi itu kami meninggalkan Sokcho dan bertolak ke Chuncheon. Seterusnya, kami ke Gapyeong. Tujuannya adalah untuk ke Pulau Nami! Kami menaiki intercity bus untuk ke Sokcho Bus Station. Kemudian dari situ, kami menaiki bas ke Chuncheon pula.

Rocustel Motel -> Sokcho Bus Station -> Chuncheon

Bas yang terawal adalah pada jam 6.30 pagi. Kami terlewat 8 minit, maka terpaksalah kami tunggu bas seterusnya iaitu pada jam 8.00 pagi. Tambang bas dari Sokcho ke Chuncheon ini ialah KRW13,400 (RM45.30).

Sokcho Bus Station / Intercity Bus Terminal.

Sokcho Bus Station / Intercity Bus Terminal.

Menunggu bas.

Menunggu bas.

Perjalanan ke Chuncheon mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Dari Chuncheon, kami perlu menukar bas untuk ke Gapyeong pula. Tiket bas ke Gapyeong berharga KRW2,900 (RM9.80) dan perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang setengah jam.

Di Chuncheon Intercity Bus Terminal.

Di Chuncheon Intercity Bus Terminal.

Tiket bas ke Gapyeong.

Tiket bas ke Gapyeong.

Seterusnya, dari stesen bas Gapyeong kami mengambil teksi untuk ke Pulau Nami.

Rocustel Motel -> Sokcho Bus Station -> Chuncheon -> Gapyeong -> Nami Island

Bagi musafir yang tidak berpoket tebal, inilah kesilapan kami. Adalah satu kesilapan (baca: kerugian) jika bergerak ke Pulau Nami dengan menaiki teksi. Kenapa pula begitu? Kerana sebenarnya terdapat perkhidmatan tour bus untuk ke sana.

Dengan membeli tiket berharga KRW6,000 (RM20.30), anda boleh menaiki bas ini untuk ke banyak tempat (sila rujuk jadual dalam gambar di bawah). Cuma tunjukkan saja tiket telah dibeli. Kami tidak pergi ke banyak tempat kerana agak kesuntukan masa dan perlu ke Seoul untuk bermalam di sana.

Tour bus

Jadual kekerapan dan perhentian tour bus.

Apapun, alhamdulillah, kami sampai juga ke tempat yang dituju, Pulau Nami.

NAMI ISLAND

Pulau Nami ini merupakan tempat yang memang wajib pergi jika anda ke Korea Selatan. Tidak keterlaluan jika dikatakan tempat ini merupakan tarikan nombor satu di negara ini, khususnya bagi pengunjung dari Malaysia. Bagi yang pernah menonton drama Korea “Winter Sonata”, memang ‘sure confirm’ akan ke sini. 

Pulau Nami ini sebenarnya ialah sebuah pulau kecil yang terbentuk hasil daripada pembinaan Empangan Cheongpyeong (Cheongpyeong Dam) di utara Sungai Han (Han River). Jadi janganlah salah sangka, pulau ini bukanlah terletak di tengah laut seperti kebanyakan pulau lain. Untuk ke Pulau Nami, kita perlu menyeberang sungai dengan menaiki ferry.

Harga tiket ke Pulau Nami ialah KRW8,000 (RM27.05) bagi seorang dewasa. Ini sudah termasuk tambang pergi dan balik dengan menaiki ferry. Sebelum menyeberang, kami simpan backpack di locker yang disediakan berdekatan dengan kaunter pembelian tiket.

Locker: KRW1,500 (RM5.05) boleh memuatkan kedua-dua backpack kami.

Locker: KRW1,500 (RM5.05) boleh memuatkan kedua-dua beg kami.

Platform untuk masuk ke ferry. Ada bendera Malaysia di situ.

Platform untuk masuk ke ferry. Ada bendera Malaysia di situ.

Ferry yang sedang menuju ke Pulau Nami.

Ferry yang sedang menuju ke Pulau Nami.

Naminara Republic of Korea.

Naminara Republic of Korea.

Half-moon

Pulau kecil ini berbentuk half-moon.

Anda boleh mengelilingi pulau ini dengan berjalan kaki atau dengan menaiki basikal (sewa). Kami berjalan kaki sahaja. Menikmati keindahan Pulau Nami. 🙂 Pulau ini lebih cantik pada musim luruh. Kalau pada musim sejuk pula, bolehlah berangan macam dalam drama Winter Sonata. Haha :-D. Ok, jom jalan.

Kedatangan kami disambut dengan persembahan muzik asli. ^^

Kedatangan kami disambut dengan persembahan muzik asli. ^^

Dan ada pameran lukisan juga. Menarik kan?

Dan ada pameran lukisan juga. Menarik kan?

Terdapat pelbagai fasiliti yang ada di sini. Ada hotel, restaurants, souvenir shops dan kaunter informasi. Musolla pun ada! 🙂

Naminara Hotel

Signage Naminara Hotel.

The famous and beautiful tree-line path. This is how it looks in summer.

The famous and beautiful tree-line path. This is how it looks in summer.

1

Bae Yong Joon & Choi Ji Woo statue.

Peace. ^^.v

Peace. ^^.v (This piece was taken by using phone’s camera)

3

One of the restaurants available on this petite island.

Kawaii souvenirs! :-)

Kawaii souvenirs! 🙂

4

‘Snowman’.

Re

Traditional steamed red bean bread sold here.

5

Some more restaurants, cafe and picture book library.

6

The musolla is on the second floor. 🙂

Inside the musolla. Spacious, clean and complete. :-)

Inside the musolla. Spacious, clean and complete. 🙂

Malaysia's flag spotted!

Malaysia’s flag spotted!

2015

Bye bye Nami Island.

Berat nak tinggalkan Pulau Nami. Jatuh hati pada pulau ini. Tenang.. Rasa macam nak datang lagi. Jika ada rezeki, insyaAllah mahu datang pada musim lain pula. Autumn laaaaagi cantik tempat ni.

Yosh! Jom teruskan perjalanan!

PETITE FRANCE

Destinasi seterusnya yang tidak jauh dari Pulau Nami (lebih kurang 10km) ialah Petite France. Seperti yang telah dinyatakan di atas, anda boleh menaiki city bus tour (dengan tiket yang sama) untuk ke sini.

Dalam Bahasa Perancis, “petite” bermaksud “kecil”. Jadi Petite France ini bolehlah dikatakan sebagai “Perancis Kecil” atau “Little France”. Selain daripada Hangul, ada juga penerangan/nota yang ditulis dalam bahasa Perancis di sini. Secara ringkas, rekabentuk bangunan dan landskap di sini dibina dengan konsep senibina Perancis – inside and outside. Malah dikatakan, di sini pengunjung boleh mencuba makanan, pakaian dan kebudayaan Perancis.

Kalau Pulau Nami terkenal melalui drama “Winter Sonata” (tahun 2002), Petite France pula terkenal melalui drama “My Love From Another Star” (tahun 2014). Penggambaran drama “Secret Garden” (tahun 2011) pun ada dibuat di sini. Ketiga-tiga drama ini memang best. 🙂

Tiket masuk ke Petite France ini berharga KRW8,000 (RM27.00). Tapi dengan menggunakan kupon, kami dapat beli tiket dengan harga KRW6,000 (RM20.30).

1

Amphitheatre.

1

Do Min Joon & Jun Ji Hyun.

4

Antara pemandangan yang dapat dilihat di sini.

6

Antara pemandangan yang dapat dilihat di sini.

7

Rekabentuk bangunan ala Perancis dan berwarna-warni.

 

8

Sungai Han.

1446476966122

Antara pemandangan yang dapat dilihat di sini.

La Tour Eiffel - in a mini version.

La Tour Eiffel – in a mini version.

9

Ada Art Gallery di sini. Paintings by Jacques Meugnier.

10

One of the paintings. Cantik kan?

Oops.

Dalam Music Box House. Saja la test. Dah lari tuning piano lama ni.

Ok, that’s about it. Nami Island & Petite France. Lebih kurang jam 5 petang, kami mula bergerak meninggalkan tempat ini kerana kami perlu ke Seoul sebelum hari mula gelap!

SEOUL

Dengan menaiki bas, kami terus ke stesen keretapi (Gapyeong Station). Seterusnya kami menaiki keretapi untuk ke Seoul. Lebih spesifik lagi, kami mengambil subway (Gyeongchun Line) untuk ke Hoegi, kemudian kami bertukar ke Line 1 untuk ke stesen Jongno 5-ga.

1

Gapyeong Station.

Setibanya di stesen Jongno 5-ga, kami tercari-cari lokasi Star Hostel Seoul Dongdaemun. Kami akan bermalam di situ.

Kami menghadapi sedikit masalah kerana tidak dapat access internet untuk mencari tempat itu. Kami cuba bertanya pada beberapa orang tempatan. Kebanyakannya tidak tahu tempat itu dan tidak berapa boleh berbahasa Inggeris. Jadi mereka tidak berapa membantu. Ada juga yang mengatakan tempat itu sangat jauh (not walkable) dari stesen Jongno 5-ga tadi. Aku sedikit musykil kerana berdasarkan research sebelum ke sini, aku agak yakin bahawa lokasinya tidak jauh dari stesen subway itu.

Hari sudah semakin gelap. Kaki juga sudah penat berjalan dan memikul beg yang berat. Dalam kebuntuan, tiba-tiba kami disapa oleh seorang ahjumma yang sedang bersama seorang ahjussi.

“Can I help you?”

Ketika itu gembira yang teramat. Kerana ahjumma itu sendiri yang ingin cuba membantu kami. Dan dia berbahasa Inggeris!

Kami pun menerangkan situasi kami dan tempat yang ingin kami tujui. Ahjumma itu mengeluarkan smartphonenya dan cuba menggunakan GPS untuk ke lokasi itu. Pada mulanya, dia hanya menunjukkan arah untuk ke sana sahaja. Namun tiba-tiba,

“Do you want me to walk together?” Ahjumma tersebut menawarkan bantuan untuk berjalan bersama-sama dengan berpandukan GPS.

Terharu!

Namun ia tidak semudah yang kami sangka. Jauh juga kami berjalan. Kami rasa bersalah pada ahjumma dan ahjussi itu. Ahjumma itu gigih mencarikan tempat itu bersama-sama kami. Beliau juga cuba menghubungi nombor telefon hostel itu (berdasarkan booking details yang telah kami print out). Namun gagal dihubungi.

Setelah berjalan beberapa lama, akhirnya kami tiba di hostel itu. Rupanya ia terletak di sebuah lorong kecil yang tidak jauh dari stesen subway tadi. Kami telah berpusing-pusing di kawasan yang sama beberapa kali. Adeh..

Kami terkejut kerana tiba-tiba ahjussi yang bersama kami itu pergi ke kaunter reception dan memarahi receptionist yang sedang bertugas. Oleh kerana beliau marah dalam bahasa Korea, kami tidaklah faham apa katanya. Tapi ahjussi memang kelihatan marah. Ahjussi itu marah bagi pihak kami. Huhu.

Sebelum berpisah, tiba-tiba ahjumma menghulurkan tangan untuk bersalam. Aku sedikit terkejut. Kerana jarang juga Koreans bersalaman tangan.

“Kamsa hamnida. Jeongmal kamsa hamnida..” tiba-tiba ayat ini yang terucap dari mulutku ketika bersalam dengan ahjumma. Ahjumma itu memandangku lama. Mungkin sedikit hairan dan terharu juga kerana sebelum itu kami hanya berbahasa Inggeris. Ketika itu aku hampir saja menitiskan airmata kerana terharu dengan bantuan yang diberikan (dan pandangan mata ahjumma yang ikhlas itu juga buat aku mahu menangis).

Sayangnya, mungkin kerana penat dan agak speechless ketika itu, kami terlupa bertanyakan nama atau contact details mereka. 😦

Apapun, “Ahjumma, ahjussi, jeongmal kamsa hamnida..”. 

Ahjussi dan ahjumma yang baik hati.

Ahjussi dan ahjumma yang baik hati.

Dan macam biasa,

Sketch_3_resize

Sketch of the day: Snowman @Nami Island

*Conversion matawang adalah berdasarkan nilai KRW1,000 = RM3.38.

(Baca sambungan di sini –> Korea Selatan, Day 4: Historic Seoul)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s