:: Korea Selatan, Day 4: Historic Seoul ::

So here is the story of the not-so-recent trip to South Korea. 🙂

Seperti biasa, bagi memudahkan penulisan dan pembacaan, cerita perjalanan berhari-hari ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Dan ini adalah bahagian keempat.

Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat sedikit panduan. Selamat membaca.

DAY 4 (Sunday, 14/06/2015)

Selamat pagi Seoul! Hari ini kami berjalan di sekitar bandar Seoul. Destinasi pertama adalah ke Gwanghwamun Square (atau Gwanghwamun Plaza), di mana di sinilah terletaknya Sejong Centre dan tapak bersejarah, Gyeongbokgung Palace.

GWANGHWAMUN SQUARE

Pagi itu cuaca baik, langit membiru cerah di bandar Seoul. Dari hostel kami di Dongdaemun, kami menaiki subway ke Gwanghwamun Square.

Ketika kami tiba di kawasan ini, tidak ramai orang yang kelihatan. Mungkin kerana masih awal pagi. Di awal musim panas ini, matahari memancar terang. Namun udaranya tidaklah begitu panas. Masih sejuk jika dibandingkan dengan di Malaysia.

Seperti yang anda boleh lihat dalam gambar di bawah, tiga tarikan utama di sini; The Statue of Admiral Yi Sun ShinThe Statue of King Sejong the Great dan pintu gerbang utama Gyeongbokgung Palace berada sederet bertentangan dengan Bukaksan Mountain (gunung yang kelihatan di belakang Gyeongbokgung Palace).

Admiral Yi Sun Shins

Admiral Yi Sun Shin

Ini pula pemandangan dari belakang The Statue of Admiral Yi Sun Shin.

Ini pula pemandangan dari belakang The Statue of Admiral Yi Sun Shin.

The Statue of King Sejong the Great

The Statue of King Sejong the Great

King Sejong ini ialah raja yang keempat pada zaman Dinasti Joseon (1397-1450). King Sejong memerintah pada tahun 1418-1450. King Sejong paling terkenal kerana beliaulah yang mencipta tulisan Hangul (Korean alphabet) yang digunakan sehingga hari ini.

Sebelum Hangul dicipta, rakyat Korea menggunakan karakter klasik China yang agak sukar dipelajari dan disesuaikan dengan tatabahasa bahasa Korea. King Sejong dianggap national hero di Korea kerana telah mencipta pelbagai inventions lain, terutamanya tulisan Hangul ini.

Jika anda berminat untuk mempelajari sejarah tentang King Sejong, anda bolehlah ke The Story of King Sejong, sebuah balai pameran yang terdapat di sini.

GYEONGBOKGUNG PALACE

Seterusnya, kita ke Gyeongbokgung Palace. Boleh dikatakan tempat wajib jugalah jika anda ke kota Seoul ini.

Gwanghwamun

Pemandangan dari luar Gyeongbokgung Palace

Gwanghwamun

Gwanghwamun, the main gate of Gyeongbokgung Palace.

Tiket masuk ke Gyeongbokgung Palace ialah KRW3,500 (RM11.80). Jika anda datang berkumpulan lebih 10 orang, anda boleh mendapatkan tiket dengan harga KRW2,400 (RM8.10). Oh ya, tiket ini boleh digunakan untuk memasuki The National Folk Museum of Korea yang terletak berhampiran dengan kawasan Gyeongbokgung Palace ini.

Di sini ada disediakan free guided tour dalam beberapa bahasa. Kami memang sudah merancang untuk mengikuti tour ini sebelum ke sini. Tour yang kami ikuti (semestinya dalam Bahasa Inggeris) bermula pada jam 11 pagi. Tour dengan guide ini sangatlah menarik. Dan ia adalah percuma!

Jadual perkhidmatan free guided tour tersebut adalah seperti di bawah.

Interpretation Services Offered
Tours depart in front of the information center. Duration: 1 hr – 1 hr 30 min.

Tour Schedule:
English: 11:00, 13:30, 15:30
Japanese: 10:00, 12:30, 14:30
Chinese: 09:30, 11:00, 13:30, 15:00, 16:30

* Reservations are required for groups of 10 or more.

Free guided tour starts here.

Free guided tour starts here. Dan inilah tour guide kami. 🙂

Gyeongbokgung Palace yang juga dikenali sebagai The Northern Palace ini dibina pada tahun 1395. Itu adalah 620 tahun dahulu! Istana ini pernah musnah teruk akibat kebakaran ketika Imjinwaeran War (serangan Jepun, 1592-1598).

Kerja-kerja restoration bermula pada tahun 1990. Dan pada tahun 2010, fasa pertama projek restoration Gyeongbokgung Palace telah siap (25% daripada keseluruhan projek). Ketika kami ke sini, tour guide memberitahu bahawa bangunan yang paling terbaru siap di-restore ialah dapur istana. Dan sehingga itu (Jun 2015), 30% daripada keseluruhan projek telah pun siap.

Kagum dengan kegigihan mereka membina semula tinggalan sejarah. 🙂

s

Laluan di tengah-tengah ini adalah laluan raja. Kerana itulah permukaannya sedikit tinggi dan sedikit lebar berbanding dengan laluan di kiri dan kanannya.

Geunjeongjeon, The Throne Hall

Geunjeongjeon, The Throne Hall, the heart of the palace. Kebanyakan urusan rasmi berkenaan pentadbiran dan pemerintahan akan dijalankan di sini.

ds

The King’s point of view. Ini pemandangan dari bahagian depan, dalam Geunjeongjeon. Perhatikan, dari sini kita boleh nampak sehingga ke luar Gate Gwanghwamun.

wdsd

Japsang, small structures with various sorts of animal-shape. Small structures ini dianggap ‘the guardians’ of the building. Semakin penting sesebuah bangunan, semakin banyak bilangan ‘guardians’ ini.

ew

Gyeonghoeru, The Royal Banquet Hall.

e2ew

Hwangwonjeong Pavilion.

Di pavilion ini, tamatlah guided tour kami. Dari situ, kami berjalan sehinggalah kami tiba di sini (lihat gambar di bawah).

Blue

Blue House, the residence of the President of the Republic of Korea.

Kami tidaklah ke Blue House pun. Cuma ambil gambar saja dari pagar di Gyeongbokgung Palace ini. Ramai juga tentera yang berjaga di pagar itu.

Dan seperti yang telah diberitahu di atas tadi, dalam kawasan Gyeongbokgung Palace ini juga terdapat sebuah muzium.

as

The National Folk Museum of Korea.

zsa

The royal guards. Hulubalang istana. 🙂

as

The Royal Guards Changing Ceremony.

BUKCHON HANOK VILLAGE

Yosh! Seterusnya kami ke Bukchon Hanok Village, bagi menyaksikan sendiri hanok yang ada di sini. Hanok ialah rumah tradisional masyarakat Korea. Senibinanya agak unik, baik dari sisi luaran atau dalaman rumah ini. Di sini kami tengok luaran sajalah.

Iklan: Kalau nak tengok luaran dan dalaman hanok tanpa perlu ke sini, mungkin anda boleh juga lihat menerusi drama “Personal Taste”.

Amaran: Jika anda ke sini, pastikan anda physically fit. Dan pakailah kasut yang sesuai. Sesungguhnya rasa nak tercabut kaki juga berjalan di kawasan ini. Berbukit-bukit. Tidak syak lagi, banyak kalori yang telah berjaya dibakar dalam misi ini. Haha.

b

Antara pemandangan di lorong-lorong di antara hanok ini. Kelihatan Namsan Tower di situ!

Antara pemandangan di lorong-lorong di antara hanok ini.

Antara pemandangan di lorong-lorong di antara hanok ini.

b

Tidak pasti sama ada anjing ini tidak sempurna atau memang ada spesies seumpamanya. Apapun, comel.

b c

Masih di kawasan Bukchon Hanok Village. Dan di sebalik tembok itu ialah Chandeokgung Palace!

CHANDEOKGUNG PALACE

Bersebelahan sahaja dengan Bukchon Hanok Village ini ialah sebuah lagi istana yang terkenal di South Korea. Chandeokgung Palace ini ialah istana kedua yang dibina selepas Gyeongbokgung Palace. Ia telah mula dibina pada tahun 1405 dan telah diiktiraf sebagai World Cultural Heritage Site oleh UNESCO pada tahun 1997.

Oleh kerana agak letih berjalan pagi itu, kami memutuskan untuk tidak masuk ke Chandeokgung Palace ini. Jadi, kami cuma ambil gambar di luar pintu gerbang utama.

Di sini juga ada perkhidmatan guided tour, tapi oleh kerana kami tidak ke sana jadi kami tiada butirannya. Mungkin anda boleh Google sendiri, jika anda berminat.

sc

World Heritage Site, Chandeokgung Palace.

1447560498795

Pintu gerbang Chandeokgung Palace. Ada dalam drama “Rooftop Prince”.

Maka selepas itu kami pun pulang ke hostel untuk solat, makan dan rehat sebentar. Dari Chandeokgung Palace itu, kami jalan kaki saja ke hostel. Serius membakar kalori! 😀

Kami tinggal selama 3 malam di sini. Star Hostel.

Dalam hostel.

Dalam hostel.

Cooked rice.

Cooked rice, macam biasa.

MYEONGDONG

Malam itu kami keluar semula, untuk ke Myeongdong. Myeongdong ini terkenal dengan deretan kedai yang menjual pelbagai produk kosmetik dan barangan berjenama seperti kasut, pakaian dan aksesori lain.

Kami jalan-jalan sajalah. Ada juga masuk ke kedai-kedai kosmetik. Belikan barang yang orang kirim. Hee. Memang agak  murah juga kosmetik berjenama di sini jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Tapi nak komen panjang pun, taklah expert mana tentang kosmetik bagai ini. Haha.

Antara deretan kedai. Masa ni dah kurang ramai. Tapi ketika kami baru sampai di sini, agak ramai juga orang sebenarnya.

Turkish Ice Cream Man. Sedang troll pelanggannya. 😀

Ramai kan?

Kami tidaklah lama sangat di situ. Dan sekembalinya ke bilik, inilah yang ditampal di tapak kaki. Phew~

Foot Patch.

Esok masih di Seoul. Yosh!

Sketch_4_resize

Sketch of the day: Gyeongbokgung Palace 🙂

*Conversion matawang adalah berdasarkan nilai KRW1,000 = RM3.38.

(Baca sambungan di sini –> Korea Selatan, Day 5: Exploring Seoul)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s