:: Korea Selatan, Day 5: Exploring Seoul ::

So here is the story of the not-so-recent trip to South Korea. 🙂

Seperti biasa, bagi memudahkan penulisan dan pembacaan, cerita perjalanan berhari-hari ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Dan ini adalah bahagian kelima.

Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat sedikit panduan. Selamat membaca.

DAY 5 (Monday, 15/06/2015)

Pagi ini aku keluar sedikit awal berbanding Tiq kerana dia berasa kurang sihat.

Awal pun tidaklah terlalu awal. Lebih kurang jam 7 pagi, ketika langit sudah pun mencerah. Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, matahari terbit awal pada musim panas di sini.

Dari hostel, aku keluar berjalan kaki menuju ke Cheonggyecheon Stream yang terletak tidak jauh dari stesen subway Jongno 5(o)-ga.

CHEONGGYECHEON STREAM

Udara pagi masih segar dan nyaman. Perlahan-lahan aku mengatur langkah menuju ke arah Majeongyo Bridge, salah satu jambatan yang menyeberangi Cheonggyecheon Stream.

1451438060718

Majeongyo Bridge, dari jalan raya.

Cheonggyecheon Stream ini ialah sebuah sungai kecil yang agak panjang, iaitu sepanjang hampir 11km. Ia memisahkan Seoul kepada dua bahagian, iaitu bahagian utara dan selatan.

Panjang sebenarnya sejarah sungai ini. Sangat menarik, dari zaman King Taejong, King Sejong, zaman penjajahan Jepun sehinggalah ia direkabina semula pada tahun 2005 dan menjadi semakin popular pada hari ini. Anda boleh baca sejarahnya di sini.

Dipendekkan cerita, sungai ini sangatlah berbeza keadaan dan rupanya jika dibandingkan dengan bagaimana ia kelihatan pada hari ini.

Biar gambar yang berbicara. 🙂

Sumber: Google (gambar ini boleh dilihat di Cheonggyecheon Museum)

Cheonggyecheon, suatu ketika dahulu. Sumber: Google (gambar ini boleh dilihat di Cheonggyecheon Museum)

1

Cheonggyecheon pada hari ini. Atau lebih tepat lagi, pada 15 Jun 2015. 🙂

Hari ini, Cheonggyecheon menjadi sebuah tempat rekreasi yang indah dan popular baik di kalangan penduduk tempatan mahupun pelancong dari luar negara.

Sesekali kelihatan orang berbasikal, jogging atau sekadar berjalan sambil merehatkan minda di sini. Ada juga yang berjalan melalui laluan ini untuk ke shopping market!

2

Stepping stones. Cantik kan?

3

Di bawah salah satu jambatan di sini.

4

Tidak pasti burung spesies apakah ini, tapi ternyata jinak dan hidup aman damai di Cheonggyecheon Stream ini. 🙂

5

Peta menunjukkan sebahagian Cheonggyecheon Stream. Lihatlah, sungguh mudah untuk berjalan-jalan di sini. Berdekatan dengan subway stations, market, shopping complex dan sebagainya.

Memang bijak sungguh keputusan yang diambil oleh Lee Myung-bak, ‘datuk bandar’ kota Seoul pada ketika itu. Selain mengekalkan tapak bersejarah, pemuliharaan sungai ini juga kini menjadi tempat rekreasi mudah akses bagi penduduk tempatan dan pusat tarikan kepada para pelancong. Daebak!

Semoga pada satu hari nanti Sungai Klang yang mengalir di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur juga dapat diperindahkan sebegini rupa. 🙂

Yosh!

Setelah sejam lebih berjalan seorang diri, aku pun kembali ke hostel. Dari hostel, aku keluar semula dengan Tiq yang masih kurang sihat. Eh. Jangan risau. Tiq masih boleh berjalan seperti biasa, cuma matanya sedikit merah. 🙂

NAMSAN TOWER

Destinasi kami yang seterusnya pada pagi ini ialah menara tertinggi di kota Seoul yang tidak asing lagi, iaitu Namsan Tower yang terletak di Namsan Mountain.

Dari stesen subway Jongno 5(o)-ga, kami ke stesen Dongdaemun untuk menukar subway train (Line 4). Untuk ke Namsan Tower, salah satu caranya adalah dengan mengambil Exit 3 di Myeongdong Station (Line 4). Jika tidak faham dengan penjelasan pertukaran train ini, sebaiknya anda rujuk Subway Routemap ya. 🙂

Dari Exit 3 tersebut, kami berjalan kaki hingga ke Cable Car Station. Jalannya sedikit mendaki bukit. Ganbatte ne!

6

Mari berjalan. Kan dah nampak Namsan Tower kat belakang tu!

7

Cable Car Station

Cable car di sini bergerak setiap 10 minit. Harga tiket bagi sehala ialah KRW 6,000 manakala bagi round-trip ialah KRW 8,500. Ini hanya tiket cable car ya. Bukan tiket untuk masuk ke Namsan Tower. Kalau anda punya masa dan kudrat, jalan kaki sahaja pun boleh, tak ada masalah.

Tiket masuk ke Namsan Tower ialah seperti berikut:

  • Observatory only: KRW 9,000 (RM30.42)
  • Alive Museum only: KRW 12,000 (RM40.56)
  • Observatory & Alive Museum: KRW 15,000 (RM50.70)

Apapun untuk lebih selamat, anda boleh semak sendiri di website yang berkaitan ya. Manalah tahu kalau-kalau harga berubah pula nanti.

10

Laluan cable car.

8

Padlocks.

9

Padlocks dan Namsan Tower.

9

Yo.

Kami naik ke observatory deck menara ini. Pendapat peribadi, jika anda dalam bajet yang ketat, mungkin anda boleh berfikir dua tiga kali untuk naik ke observatory deck ini.

Bagi kami yang poketnya tidak begitu tebal, tiketnya agak mahal, tidak begitu berbaloi. Malah di atas sana, untuk menggunakan teropongnya pun perlu menambah wang.

Jika ada yang memberi serba sedikit penerangan mengenai kawasan-kawasan yang dapat dilihat dari deck itu, mungkin lebih berbaloi. 🙄

Kami hanya melihat pemandangan dari atas sana, dengan terkebil-kebil kerana tidak pasti dengan apa yang kami lihat. Main teka-teka sahaja, gunung itu, gunung ini, bangunan itu, sungai ini… Haha.

Mungkin berada di kawasan sekitar menara ini sudah memadai. Mungkin.

ITAEWON

Rancangan asal untuk ke National Museum of Korea terpaksa dibatalkan kerana kakiku sudah mula sakit kembali. Nak turun dari Namsan Tower pun terkedek-kedek berjalannya. 😦

Namun perjalanan di kota ini masih perlu diteruskan. Maka kami ke Itaewon (Line 6).

s

Itaewon’s walking tour map.

Itaewon ialah sebuah kawasan yang tidak asing lagi di kalangan muslim yang datang ke Korea Selatan ini.

Ramai yang suka berkunjung ke sini kerana di sinilah tempat yang paling mudah untuk mendapatkan makanan halal, baik makanan tempatan mahupun makanan luar seperti makanan Turki, Western atau dari Malaysia/Indonesia!

Di sini jugalah letaknya Seoul Central Mosque, masjid pertama yang mula dibina di Korea pada tahun 1974.

11

Seoul Central Mosque!

Dua jam kami di masjid ini. Sempatlah solat jama’ Zohor dan Asar di sini sambil berehat melegakan kaki yang sakit. Sakit betul, sampai keluar airmata lah juga. Insaf.

Setelah itu, kami berjalan kembali di kawasan sekitar Itaewon ini. Sudah hampir pukul 5 petang, baru nak lunch! Tadi tak ada rasa nak makan sebab sakit kaki. Mengada-ngada! Haha.

a

Restoran Siti Sarah yang popular juga di kalangan pengunjung dari Malaysia.

w

Kami makan di sini. Nak makan local food yang halalan toyyiban kononnya.

Nasi goreng kimchi.

Tiq: Nasi goreng kimchi, KRW 10,000 (RM33.80)

Bibimbap.

Me: Bibimbap, KRW 8,000 (RM27.05)

Taste wise, no comment. Boleh telan.

Harga memang agak mahal la juga. Nasi goreng kimchi itu memang kosong sahaja. Tiada ayam. Tiada daging apa. Hanyalah nasi yang digoreng dengan kimchi dan telur.

Bibimbap pula – ada jugalah sayur yang tidak dapat ditelan kerana sedikit pelik rasanya. Mungkin tidak kena dengan lidah.

Apapun alhamdulillah, kenyang.

YEOUIDO PARK

Dah kenyang, jadi sesi seterusnya ialah berbasikal. 🙂 Kali ini kami berbasikal di Yeouido Park yang terletak di persisiran sungai utama di Korea Selatan, iaitu Han River (Han-gang dalam Bahasa Korea).

Yang anehnya, sakit kaki tadi langsung tidak terasa ketika berbasikal. Alhamdulillah. Gembira sungguh berbasikal di tepi sungai ini. Basikal disewa dengan bayaran KRW3,000 (RM11.40) bagi sebuah basikal sejam.

1

Yeouido Hangang Park

Yeouido Park

Lokasi Yeouido Park, Mapo Bridge dan kawasan sekitarnya. Ada banyak jambatan kan?

2

Kelihatan sebuah feri yang baru sahaja melalui bahagian bawah salah sebuah jambatan yang ada di sini. Tidak pasti, tapi rasanya jambatan itu ialah Mapo Bridge atau juga dikenali sebagai Seoul Bridge suatu ketika dahulu.

3

Mapo Bridge. Dan kelihatan juga Namsan Tower!

4

Di bawah salah satu jambatan.

5

Seronok Tiq dapat berbasikal di sini. Sambil berharap kalau-kalau Kim Soo Hyun pun ada di sini. ^^

Sedar tidak sedar, sejam kami berbasikal. Memang best. Berangin saja di kawasan itu. Oleh kerana hari pun sudah hampir gelap, kami pun beransur pulang.

s

Tempat sewa basikal.

s

Mari pulang!

Sebelum tiba di hostel, kami sempat singgah membeli mayak kimbap. Mayak kimbap ialah ‘kimbap vegetarian’ kerana hanya ber’inti’kan sayuran. Maka ia halal dimakan. 🙂

Mayak kimbap.

Mayak kimbap.

Esok kami akan terbang lagi. Maka malam ini perlu berehat secukupnya. Yosh!

*Conversion matawang adalah berdasarkan nilai KRW1,000 = RM3.38.

(Baca sambungan di sini –> Korea Selatan, Day 6: Jeju-do!)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s