:: Korea Selatan, Day 7: Seongsan Ilchulbong~ ::

So here is the story of the not-so-recent trip to South Korea. 🙂

Seperti biasa, bagi memudahkan penulisan dan pembacaan, cerita perjalanan berhari-hari ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Dan ini adalah bahagian ketujuh.

Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat sedikit panduan. Selamat membaca.

DAY 7 (Wednesday, 17/06/2015)

Hari ini sekali lagi kami mengulang sejarah memburu matahari terbit di negara ini. Kami menjadi lebih berkobar-kobar kerana malam sebelumnya, kami sempat berbual dengan Mr. Kim, pemilik cabin.

Katanya, kami boleh saksikan pemandangan matahari terbit dari sebuah bukit yang tidak jauh di kawasan belakang cabin yang kami duduki itu. Dari bukit itu juga kami boleh lihat Seongsan Ilchulbong dan Udo Island.

It takes about 15 minutes to go there. The ‘entrance’ to the hill is just 100 meters from here,” kata Mr. Kim sambil melukiskan route untuk ke bukit itu.

But of course it’ll depend on tomorrow’s weather too.” Tambah Mr. Kim lagi, sejak beberapa hari itu, langit agak berawan. Jadi mungkin sunrise tidak akan jelas kelihatan, atau tidak kelihatan langsung.

Jadi pagi itu seawal jam 5, dengan bersemangatnya kami sudah keluar dari bilik. Tidaklah awal mana pun kerana Subuh di sini kan seawal 3.40 pagi. Apapun, sejukk!

1

‘Entrance’ untuk naik ke bukit tersebut.

Langkah confident kami terhenti apabila tiba-tiba kami terpandangkan ini:

2

Lihat betul-betul. Ada sesuatu yang sedang merenung tepat ke arah kami. Huhu.

Lembu! Bukan seekor, tapi tiga! Dan seekor yang jelas dalam gambar itulah yang paling menakutkan. Kerana ia memang merenung tepat ke arah kami!

Serius kami langsung tidak perasankan lembu-lembu itu pada awalnya. Hampir saja kami berjalan di sebelah mereka, kerana memang itu saja laluan yang ada untuk ke atas bukit.

Kami tidak perasan akan lembu-lembu itu kerana hari masih belum terlalu terang dan lembu-lembu yang lain itu pula berwarna gelap kehitam-hitaman. Duduk di situ senyap-senyap pula tu! Huhu.

Oleh kerana tidak cukup berani untuk melepasi kawasan itu, maka kami berpatah balik. Keluar semula dari pagar dan turun semula dari bukit. Maka gagal juga kami memburu matahari terbit.

Dari tangga yang terletak di ‘entrance‘ tadi, dapatlah aku mengambil gambar ini:

3

Rupanya tidak jelas juga sunrisenya. Langit berawan.

4

Zoom sedikit.

Kegagalan kami untuk naik ke atas bukit itu kami ceritakan pada Mr. Kim sebelum bersarapan. Mr. Kim ketawakan kami.  Katanya, lembu-lembu itu tidak berbahaya. Kalau kuda, mungkin sedikit berbahaya. Eh? 🙄

Mr. Kim juga menyediakan sarapan pagi percuma untuk tetamu-tetamunya. Kami disajikan dengan seaweed porridge berserta side dish yang memang selalu ada: kimchi.

Tiba-tiba teringatkan miyeokguk pula. Miyeokguk ialah Korean-style seaweed soup yang juga terkenal sebagai traditional birthday dish di Korea.

Tapi ini bukan miyeokguk, bukan sup. Ini bubur.

5

Kimchi & Seaweed porridge. Gogi eopseo (tiada daging), jadi halal, insyaAllah.

6

Bergambar dengan Mr. Kim sebelum meninggalkan cabin ini untuk ke destinasi seterusnya.

7

Ini Mr. Kevin, duduknya di depan cabin.

Setelah selesai bersarapan, kami bersiap untuk ke destinasi seterusnya iaitu ke Seongsan Ilchulbong! Dan yang bestnya, Mr. Kim dengan baik hatinya menawarkan diri untuk menghantarkan kami ke sana! 😉

SEONGSAN ILCHULBONG 

Motif kami bermalam di Kims Cabin Guesthouse adalah supaya mudah perjalanan kami untuk ke Seongsan Ilchulbong yang terletak di bahagian timur laut Pulau Jeju ini.

Buat yang pertama kali mendengar tentang tempat ini, ia adalah salah satu daripada 7 keajaiban alam semulajadi yang baru (the New 7 Wonders of Nature). Ia juga telah diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage!

Ketika kami tiba, rintik-rintik hujan sudah mula turun :-(. Kami sedikit kecewa, namun itu tidak membatalkan hasrat untuk naik ke puncak Seongsan Ilchulbong.

Yosh, kami beli raincoat! 😉

Kedai-kedai berdekatan entrance ke Seongsan Ilchulbong. Kami beli raincoat di sini.

Kedai-kedai berdekatan entrance ke Seongsan Ilchulbong. Kami beli raincoat di sini.

1451490659493

Antara souvenir yang dijual di kedai-kedai tersebut.

Seongsan Ilchulbong ataupun Seongsan Sunrise Peak ini terbentuk hasil daripada letusan gunung berapi yang berlaku lebih kurang 100,000 tahun yang lalu.

Di bahagian atasnya terdapat sebuah kawah besar yang berdiameter lebih kurang 600 meter dan 90 meter tinggi. Kawah ini dilitupi dengan rumput hijau. Cantik, subhanallah! Tengok gambar ya! 🙂 Tapi maaflah, ada gambar yang kurang jelas – kerana hujan. Huhu.

Harga tiket masuk ialah KRW2,000 (RM6.75) bagi dewasa.

Tara!

Tara! Ini pemandangan Seongsan Ilchulbong dari bawah dan hadapan, sebelum naik ke atas.

7

🙂

Dalam hujan, masih sempat bergambar dengan

Dalam hujan, masih sempat bergambar dengan harubang.

Harubang ialah patung batu yang dapat anda lihat di banyak tempat di sekitar Pulau Jeju ini. Yang menariknya, ia diperbuat daripada batu berongga basalt yang sangat banyak di pulau ini. Nanti di bawah ini kita cerita lagi tentang batu ini.

Ketika hendak membeli souvenir di sekitar kawasan ini, sempat aku bertanya pada ahjumma penjual tentang apakah itu harubang ini.

Setelah dijelaskan oleh ahjumma tersebut, barulah kami tahu bahawa rakyat tempatan menganggap harubang sebagai dewa yang boleh membawa perkara-perkara baik dan kesuburan! Begitu rupanya. 🙄

Ok. Sambung cerita naik ke atas Seongsan Ilchulbong. Jalan untuk naik ke atas ialah tangga-tangga yang cantik di tengah-tengah rumput yang menghijau. Dalam gambar, tangga basah kerana hujan.

Antara pemandangan

Antara pemandangan semasa naik ke atas.

Antara pemandangan

Ini dari sudut lain, aras lebih tinggi. Kurang jelas kerana hujan. Namun tetap cantik, subhanallah!

The top!

The top!

Dalam setengah jam sahaja, anda boleh sampai ke atas ini. Tak susah mana, kerana semua jalannya bertangga. Cuma perlu hati-hati jika hari hujan seperti ketika kami pergi ini, kerana tangga mungkin licin.

Di puncak Seongsan Ilchulbong. Ini antara pengunjung lain yang turut berhujan. Kanak-kanak pun ada!

Di puncak Seongsan Ilchulbong. Ini antara pengunjung lain yang turut berhujan. Kanak-kanak pun ada! Dan masih hujan!

Ini laluan descending.

Ini laluan untuk turun pula.

Nampak sesuatu di bawah itu?

Nampak sesuatu di bawah itu?

Ini setelah zoom in.

Ini setelah zoom in.

Dua gambar di atas ini ialah tempat di mana anda boleh menyaksikan persembahan Jeju Woman Divers yang diadakan pada pukul 1.30 petang/3.00 petang. Apa yang unik dan menariknya ialah penyelam-penyelam wanita ini menyelam tanpa menggunakan tangki oksigen!

Mereka boleh menyelam sehingga 30 meter dalam laut dan mampu menahan nafas selama lebih tiga minit! Daebak! Jinjja daebak!

Tapi kan, kami tidak berkesempatan pun untuk menyaksikan sendiri semua itu kerana ketika kami di situ, baru pukul 10 lebih. Kami tidak dapat lama-lama di situ kerana masih ada perjalanan yang agak jauh nanti.

Pengunjung lain.

Pengunjung lain.

Sebelum meninggalkan tempat ini, kami sempat singgah ke Exhibition Hall seperti dalam gambar-gambar di bawah ini.

Exhibition Hall

Pintu masuk Exhibition Hall.

Pembentukan

Contoh-contoh struktur keratan rentas gunung berapi. Seongsan Ilchulbong yang nombor 4, tuff cone.

Batu

Inilah dia batu basalt! Ia ialah batu gunung berapi (volcanic rock) yang berongga dan berwarna gelap. Sangat banyak terdapat di pulau ini! Kebanyakan harubang di sini diperbuat daripada batu inilah!

Picture of

Gambar Seongsan Ilchulbong yang lebih jelas dari sudut yang lebih tinggi. Cantik, kan? 🙂

SEOGWIPO

Baiklah. Mari tinggalkan Seongsan. Seterusnya kami ke Seogwipo, iaitu sebuah bandar yang kedua terbesar di pulau ini. Perjalanan dengan menaiki bas adalah seperti yang ditunjukkan dalam peta di bawah.

Route

Route dari Seongsan ke Seogwipo.

Kami bermalam di Seogwipo, atau lebih tepat lagi di Kkodak Kkodak Guesthouse. Dua malam kami di sini. Dan, Maghrib nanti, masuklah hari pertama Ramadhan kami di sini! 🙄

Kkodak

Kkodak Kkodak Guesthouse. Lokasi strategik jugalah – di tengah-tengah bandar kecil ini.

Bagi memudahkan perjalanan, kami sewa scooter di sini. Sebenarnya aku tidaklah biasa menunggang scooter. Lebih biasa dan selesa dengan motosikal biasa. Tapi tak ada pula. Tiq memang tak kisah apapun, kerana dia akan membonceng sahaja. 🙄

Scooter 100cc disewa dengan bayaran KRW 25,000 (RM84.50) untuk satu hari (24 jam). Ada yang lebih murah, dan ada yang lebih mahal. Anda boleh pilih. Tidak perlu tempah lebih awal dan sebagainya. Cuma perlu datang ketika kedai dibuka dan tunjukkan sahaja International Driving Permit (IDP) anda.

IDP boleh dimohon di kaunter JPJ di Malaysia, dengan kadar bayaran RM150, sah untuk tempoh 1 tahun.

Sewa motor

Kami sewa scooter di sini.

Maka, ‘panjanglah kaki’ kami untuk ke sana sini. Malam itu kami singgah ke market ini sebelum berehat di bilik.

Market

Market yang tidak kami pasti namanya – sebab main redah saja ke sini.

M

Masih di market.

M

Jeju tangerines and chocolates.

Ada banyak buah limau Jeju yang dijual di sini. Coklat berperisa oren pun banyak.

Pelbagai jenis seafood juga banyak dijual di sini. Tapi kami tengok-tengok saja malam itu. Setelah itu, kami pun kembali ke guesthouse.

RAMADHAN

Sudah masuk 1 Ramadhan! Tarawih di bilik sajalah nampaknya. 🙄

Ini adalah pengalaman pertama kami menyambut hari pertama Ramadhan di negara lain. Apatah lagi, di negara Muslim minoriti seperti Korea Selatan ini. Di mana orang Islam bertudung begini memang kelihatan pelik di mata mereka. Tudung yang selalu direnung, kemudian ditanya apakah itu. Oh, pengalaman.

Apapun, esoknya perlu bersahur sebelum pukul 3.40 pagi!

Ramadhan kareem! 🙂

*Conversion matawang adalah berdasarkan nilai KRW1,000 = RM3.38.

(Baca sambungan di sini –> Korea Selatan, Day 8: 1st Ramadhan in Seogwipo)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s