:: Korea Selatan, Day 10 & 11: Final days in Seoul ::

So here is the story of the not-so-recent trip to South Korea. :-)

Seperti biasa, bagi memudahkan penulisan dan pembacaan, cerita perjalanan berhari-hari ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Dan ini adalah bahagian kesepuluh dan sebelas! Tabah betul kalau anda baca dari bahagian pertama! Boleh bagi markah penuh! 😉

Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat sedikit panduan. Selamat membaca.

DAY 10 (Saturday, 20/06/2015, 3 Ramadhan 1436H)

Hari ini boleh dikatakan hari terakhir kami di kota Seoul. Paginya kami keluar sedikit lewat kerana berkemas untuk check out dari hostel terakhir, iaitu Philstay Ehwa Boutique. Dan disebabkan tidak mahu menggalas backpack yang berat, walaupun sudah check out, kami tinggalkan dahulu beg-beg kami di common room hostel ini.

Destinasi pertama pada hari ini ialah Namdaemun Market. Seperti biasa, kami akan menggunakan subway untuk ke sana.

Penggunaan subway di Seoul adalah sangat mudah dan convenient. Mungkin tidak perlu lagi aku nyatakan dengan detail mengenai segala line dan stesen subway kerana semua itu boleh dirujuk pada subway route yang boleh kalian download aplikasinya.

Escalator yang sungguh panjang!

Escalator yang sungguh panjang!

Mural di salah satu laluan di antara subway line.

Hiasan di salah satu laluan di antara subway line.

NAMDAEMUN MARKET

Hujan turun dengan lebat ketika kami tiba di Namdaemun Market. Kami terpaksa singgah berteduh di beberapa buah kedai sementara menunggu hujan reda.

Ini adalah hujan ketiga yang kami hadapi di negara ini. Kali pertama, di Sokcho, hujannya halus. Kali kedua adalah ketika ke Seongsan Ilchulbong di Pulau Jeju.

Beginilah keadaannya jika datang ke Korea Selatan pada musim panas (Jun hingga September). Dikatakan, pada bulan Julai dan Ogos, hujan turun lebih kerap. Boleh kata hari-hari. Jadi, rancang perjalanan anda. Jika memang datang pada musim ini, persiapkan baju hujan atau payung.

Hujan lebat di Namdaemun Market.

Hujan lebat di Namdaemun Market.

Para peniaga di sini.

Para peniaga di sini.

Kembali ke Namdaemun Market. Pelbagai souvenir yang ada dijual di sini. Harganya dikatakan lebih murah berbanding di tempat lain. Besar juga rupanya tempat ini. Banyak lorong-lorongnya.

Map.

Map.

Antara souvenir yang terkenal di kalangan wanita yang ada dijual di sini ialah brooch (kerongsang). Brooch Korea ini memang cantik dan terkenal sungguh. Sebilangan kedai brooch di Jalan TAR Kuala Lumpur juga ada dijual, namun mungkin lebih mahal.

Jadi, kami sempat membeli beberapa butir brooch di sini untuk dihadiahkan kepada saudara-mara dan diri sendiri. Haha. 😀

Ahjusshi ini boleh berbahasa Melayu (sikit-sikitlah). Nampak sangat ramai Malaysian suka ke sini.

Ahjusshi ini boleh berbahasa Melayu (sikit-sikitlah). Nampak sangat sudah ramai Malaysian ke sini. Atau mungkin juga Indonesian.

 

 

T-shirts.

T-shirts.

Ahjusshi

‘Afdlin Shauki’ versi Korea.

Tentang gambar di atas, kalau kalian tidak tahu, ahjusshi ini sudah popular di kalangan rakyat Malaysia khususnya bagi yang sudah berada dalam Facebook group Backpackers Buddies Malaysia (BBM) atau Malaysian Backpackers Club (MBC).

Ada yang menggelarkannya sebagai Afdlin Shauki versi Korea kerana beberapa hal iaitu: Ahjusshi ini ada iras dengan Afdlin Shauki. Ahjusshi ini kenal Afdlin Shauki (mungkin ada Malaysian yang memperkenalkannya). Dan Ahjusshi ini boleh berbahasa Melayu (of course, sikit-sikitlah).

Ahjusshi ini menjual sejenis street food yang dipanggil kukul tarea. Ia diperbuat dengan madu dan boleh dipilih intinya. Texture-nya lebih kurang seperti kuih gula tarik yang terkenal di Kelantan. Kami beli beberapa kotak sebagai buah tangan untuk dibawa pulang ke Malaysia.

HONGIK UNIVERSITY STREET

Destinasi kedua adalah Hongdae, atau Hongik University Street. Ramai orang muda yang suka berkunjung ke sini.

Banyak juga cafe yang unik-unik di sini. Buat yang belum tahu, di Seoul ini banyak cafe yang bertema. Ada tema kucing, Hello Kitty, teddy bear, maid cafe dan sebagainya. Kami cuma berjalan-jalan sahaja. Bulan puasa, kan? 🙂

Di sini juga kadang-kadang diadakan street performance seperti indie music show, mimesart workshops, street portraits & caricatures, teater dan sebagainya.

Kami tidak begitu lama di  sini kerana tidak banyak yang boleh dilakukan. Selain itu, kami juga sudah hampir ke penghujung rancangan. Maksud aku, ke penghujung kembara. Jadi, tenaga sudah berkurangan.

Kami kembali ke Philstay Ehwa Boutique untuk mengambil beg dan kemudian terus ke Incheon International Airport. Kami bermalam di airport sahaja kerana penerbangan pulang esok adalah pada waktu pagi.

DAY 11 (Sunday, 21/06/2015, 4 Ramadhan 1436H)

Wah. Berjaya tulis sehingga ke hari akhir! Tahniah kepada diri sendiri dan tahniah juga kepada anda kerana gigih membaca tulisan syok sendiri ini.

Tidak banyak yang boleh diceritakan di hari akhir ini. Kami sudah berada di Incheon International Airport sejak malam tadi, jadi memang berehat saja sementara menunggu penerbangan ke Kuala Lumpur.

Kami menaiki pesawat AirAsia juga untuk pulang. Dan alhamdulillah, segala puji bagi Allah, akhirnya kami selamat pulang ke tanah air. Tak sabar nak berbuka puasa di rumah!

Insya-Allah, aku akan tuliskan juga ringkasan tentang kembara 11 hari 10 malam ini di entri summary nanti.

Alhamdulillah.

See you again, Seoul. Di lain musim pula, barangkali?

*Conversion matawang adalah berdasarkan nilai KRW1,000 = RM3.38.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s