:: Korea Selatan, Day 9: Cats in Seoul ::

So here is the story of the not-so-recent trip to South Korea. :-)

Seperti biasa, bagi memudahkan penulisan dan pembacaan, cerita perjalanan berhari-hari ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Dan ini adalah bahagian kesembilan!

Semoga yang berniat untuk ke tempat-tempat berkaitan mendapat sedikit panduan. Selamat membaca.

DAY 9 (Friday, 19/06/2015, 2 Ramadhan 1436H)

Pagi ini kami terbang lagi. Kali ini untuk kembali ke Seoul. Kebetulan, hari perjalanan jatuh pada yaumul jumu’ah, Hari Jumaat. 🙂

Berjalan menuju ke bus stop.

Berjalan menuju ke bus stop.

Awal-awal pagi lagi kami sudah keluar berjalan kaki meninggalkan Kkodak Kkodak Guesthouse dan menuju ke bus stop terdekat, untuk mendapatkan bas khas yang akan ke airport.

AIRPORT LIMOUSINE

Bus stop berdekatan

Bus stop berhampiran New Kyungnam Tourist Hotel.

Bas khas ini dinamakan Airport Limousine, seakan exclusive bunyinya. Tetapi hanya bas biasa, sebenarnya. Cuma mungkin tempat duduknya lebih luas sedikit berbanding intercity bus bernombor 701 yang kami naiki tempoh hari.

Airport Limo yang kami tunggu tiba tepat pada waktu yang dijadualkan, iaitu pada jam 6.20 pagi. Seperti kebanyakan bas ekspres, ia tidak banyak berhenti di sepanjang perjalanan. Jadi, ia lebih cepat sampai ke destinasi. Kondisi bas ini cukup selesa dan membuai-buai sehingga kami tertidur hampir di sepanjang perjalanan.

Kami tiba awal di Jeju International Airport. Ketika itu baru jam 7.40 pagi. Sedangkan penerbangan kami adalah pada jam 11.00 pagi.

DONGMUN MARKET

Kami teringat pesanan Mr. Kim dari Kims Cabin Guesthouse tempoh hari. Katanya, jika mahu membeli souvenir di Pulau Jeju dengan harga yang lebih murah, bolehlah ke Dongmun Market di Jeju City.

Pada mulanya kami fikir, kami tidak akan sempat untuk ke sana kerana lebih banyak berada di Seogwipo. Tak sangka pula, kami tiba awal di airport.

Jadi kami telah membuat keputusan untuk menggunakan masa sejam dua yang ada untuk singgah ke Dongmun Market yang terletak kira-kira 5 km dari airport. Sebenarnya kami pun tidak pasti tentang durasi perjalanan untuk ke sana. Risau juga kalau-kalau terlambat, jadi kami mengambil teksi.

Jeju tangerines dan sebahagian produk.

Jeju tangerines dan sebahagian produk oren yang dijual di Dongmun Market.

Seperti di market lain di Seogwipo, di market ini juga ada dijual buah limau dan oren. Produk-produk berasaskan kedua buah ini seperti coklat, gula-gula dan biskut juga banyak dijual di sini.

Kami tidak berlama-lama di Dongmun Market kerana tidak mahu terlambat kembali ke airport.

Alhamdulillah, kami sempat kembali ke Jeju International Airport sebelum jam 10.00 pagi. Juga dengan menaiki teksi. Tiada babak lari-lari takut ketinggalan kapal terbang. Selamat.

Di Jeju International Airport.

Di Jeju International Airport.

Pesawat Jeju Air.

Pesawat Jeju Air.

Pesawat Jeju Air berlepas seperti yang dijadualkan. Segala urusan sebelum dan selepas berlepas berjalan lancar. Alhamdulillah.

Pemandangan dari udara.

Pemandangan dari udara.

Tiba di Gimpo International Airport.

Tiba di Gimpo International Airport.

Setibanya di Seoul, kami terus menuju ke Philstay Ehwa Boutique yang terletak tidak jauh dari Ewha Womans University. Ini adalah kali pertama aku menginap di hostel perempuan sahaja. Bermakna, tiada langsung bilik untuk tetamu jantina lain.

Untuk satu malam itu, kami memilih untuk menginap di dormitori yang boleh memuatkan enam orang pada satu masa.

Selepas bersiap, solat dan makan, kami keluar semula untuk berjalan di sekitar Ewha Womans University.

EWHA WOMANS UNIVERSITY

Memang dekat sungguh dari hostel. Kami berjalan kaki sahaja ke sini.

Ruang legar sebelum tiba di universiti.

Ruang legar sebelum tiba di universiti.

Ewha Womans University ini adalah salah sebuah universiti berprestij di Korea Selatan. Dikatakan, universiti swasta ini adalah institusi pengajian tinggi wanita yang terbesar di dunia. Ia diasaskan oleh  American Methodist Episcopal Church pada tahun 1886.

Keunikan utama universiti ini ialah Ewha Campus Complex yang merupakan kampus bawah tanah (underground)! Kompleks ini merangkumi aras satu sehingga ke aras basement 6!

Senibina kompleks yang cukup indah dan unik ini direka oleh arkitek Perancis, Dominique Perrault. Cakap banyak pun tak guna juga, cubalah kalian lihat sendiri gambar-gambar di bawah. =)

S

Ewha Campus Complex.

s

Laluan di tengah-tengah Ewha Campus Complex.

s

Ewha Campus Complex, dari sudut hujung sini pula.

Brilliant, kan? Itu belum lihat lagi bahagian dalamnya. Kami tidak masuk ke dalam bilik-bilik di kompleks itu kerana orang luar tidak dibenarkan masuk. Namun sempat jugalah kami intai-intai dari luar. Teringat pula Chancellor Hall di Universiti Teknologi PETRONAS dahulu.

Kami juga singgah ke Ewha Womans University Museum. Muzium ini tidak banyak mempaparkan perihal universiti sebaliknya lebih mempamerkan barang-barang berkaitan folk art, tembikar dan white porcelain ketika Dinasti Joseon.

Museum

Ewha Womans University Museum

Setelah puas berjalan di sekitar universiti, kami beredar dan menggunakan subway untuk ke Hongdae pula. Ada sebuah tempat menarik yang kami singgah sebelum kembali berehat di hostel pada malam itu.

Bangi? =)

Bangi?

GODABANG CAT CAFE

Terdapat banyak cat cafés di Seoul. Mungkin lebih daripada tiga. Sebagai peminat kucing a.k.a cat lover gitu, pastilah awal-awal lagi telah aku catatkan tempat ini dalam itinerary. Mujurlah cik buddy juga sukakan kucing. 🙂

Kami tidak mahu membuang masa, jadi kami telah pergi ke cat café yang terdekat, iaitu Godabang Cat Café yang terletak di Hongdae.

Jadi, bersedialah. Kerana kalian akan dihujankan dengan gambar-gambar comel telatah kucing-kucing di situ!

Godabang Cat Cafe

Godabang Cat Café.

Buka kasut ya.

Tanggalkan kasut di sini ya.

2

Bayaran masuk adalah seperti tertera (lebih kurang RM27). Setiap pengunjung boleh memilih satu minuman percuma.

Cakap pasal minuman, teringat pula perbualan dengan staff di situ. Diingatkan, kami ke sini pada petang di bulan Ramadhan ya. Jadi, kami meminta agar minuman itu disediakan setelah masuk waktu Maghrib (lebih kurang sejam selepas itu).

Can we have the drinks later?” pinta kami.

Namun, staff wanita itu tidak memahami. Lebih kurang seperti babak di Sokcho yang aku ceritakan dalam entri hari pertama.

Jigeum aniyo.” (Not now). Spontan dua patah perkataan itu keluar dari mulutku. Aku sendiri terkejut sebenarnya, sebab cakap tanpa sempat fikir dalam kepala. Macam dah biasa pula.

Tapi lega, memang faham terus wanita itu. 🙂

s

Jeng jeng… sudah nampak beberapa ekor kucing di situ.

a

Yang ini memang suka berada di tempat tinggi. Tak dapat pegang langsung.

a

Gebunya Si Putih ni. Geram~

Si putih is scratching.

Si Putih is scratching.

s

So fluffy!

Grrr

Grrr…

Sudah penat. Mahu minum. Minum ais??!

Sudah penat. Mahu minum. Minum ais??!

Ini sphinx!

Ini kucing berbaka sphinx!

Sphinx ini juga mahu minum!

Ia juga mahu minum!

Ini adalah pertama kali aku bertemu secara live dengan seekor kucing sphinx. Selama ini lihat dalam gambar di internet sahaja.

Sphinx ini sangat manja dan suka duduk di pangkuan orang. Aku fikir, mungkin kerana bilik itu berhawa dingin dan badannya tidak berbulu seperti kucing lain, jadi ia kesejukan dan mahukan haba dari manusia.

Setelah aku memegang sendiri sphinx ini, barulah aku tahu bahawa kulitnya bukanlah tidak berbulu langsung seperti amfibia. Ada bulu halus sebenarnya. Jadi tidaklah terlalu kesat apabila disentuh.

Sempat sphinx ini terlena di pangkuanku. 🙂

Sphinx yang manja.

Atiqah memegang sphinx yang manja.

Siamese cat yang pemalu sungguh!

Siamese cat yang pemalu sungguh!

s

Ehem. Buat apa tu?

Tunggu di kitchen.

Tunggu di kitchen.

Makan time! Sampai naik ke bahu!

Makan time! Sampai naik ke bahu!

Bersantai selepas makan.

Bersantai selepas makan.

Biodata kucing-kucing di sini.

Biodata kucing-kucing di sini. =)

Memang puas sungguh melayan budak-budak ini. Sudahnya kami berbuka puasa dengan minuman di sini sebelum pulang dan berehat di hostel.

*Conversion matawang adalah berdasarkan nilai KRW1,000 = RM3.38.

(Baca sambungan di sini –> Korea Selatan, Day 10 & 11: Final days in Seoul)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s