:: Mellet dan Vaksin Tahunan ::

Sekitar perbualan pagi tadi, di klinik veterinar.

“Ada masalah pernafasan tak?” tanya doktor sambil membelek-belek Mellet.
“Kucing saya ni?” tanya aku, untuk kepastian.
Doktor mengangguk.

Aku hairan. Tak pernah pula veterinarian tanya aku tentang pernafasan kucing. Macam mana nak tahu kucing ada masalah pernafasan?

MEL 

Teringat masa mula-mula bela kucing dulu. Masa pertama kali Mel demam. Kalau kalian masih ingat sekitar Julai 2012, kucing oren yang pernah disahkan menghidap FeLV (Leukemia), FIP dan liver problem yang pernah aku usahakan pencarian blood donor di Facebook dulu. Itulah Mel.

Kerap kali juga aku terpaksa mengambil cuti untuk menguruskan Mel yang sakit teruk ketika itu.

Rakan sepejabat pernah bertanya satu soalan yang aku kira, logik juga.

“Macam mana kau tahu kucing kau demam?”
“Badan dia panas,” jawab aku, ringkas.
“Bukan badan kucing memang panas ke?” Betul juga.
“Sebab aku selalu pegang dia. Lebih panas daripada biasa.”

Itu jawapan aku dahulu, masa tak ada ilmu langsung pasal kucing.

Kalian tahu, ketika itu sebenarnya Mel sakit serius. Demam, kebah. Kemudian demam, dan kebah lagi. Mel tak mahu makan selama hampir seminggu. Aku yang tak tahu apa-apa cuma cuba Google, baca itu ini.

Dan akhirnya pada satu malam, badan Mel tidak lagi panas. Sebaliknya, sejuk. Telinga dan tapak kaki Mel sejuk. Pucat. Macam tak ada darah langsung.

KECEMASAN

Ketika itu juga, lebih kurang jam 11.00 malam, aku bawa Mel ke Bahagian Kecemasan di sebuah klinik haiwan swasta di Jalan Tun Razak. Aku ke sana kerana klinik itu beroperasi 24 jam.

Di situ barulah aku tahu betapa teruknya keadaan Mel. Mel sudah di hujung nyawa. Kata doktor yang bertugas pada malam itu, Mel was lucky and strong, kerana bertahan dengan seminggu tidak makan. Kalau kucing lain, mungkin sudah keras, tidak bernyawa.

Esoknya, aku bawa Mel ke Hospital Veterinar UPM di Serdang. Dan Mel terus ditahan di wad dan seterusnya didiagnos dengan segala penyakit yang aku nyatakan di awal cerita tadi.

Aku memang blur habis. Tak ada knowledge langsung pasal kucing. Zero!

PERTAMA KALI

Pertama kali aku dengar segala nama penyakit kucing. Pertama kali aku dengar tentang option untuk PTS (put to sleep). Pertama kali aku perlu mencari penderma darah kucing (tak sangka betul, kucing juga boleh dilakukan pemindahan darah).

Memang satu pengalaman yang takkan aku lupakan.

Apapun, alhamdulillah, Mel berjaya dirawat. Penderma darah adalah Kitty, kucing milik seorang wanita yang aku temui di hospital yang sama.

Sejak itu aku belajar sedikit sebanyak  tentang kucing. Aku ambil peduli tentang vaksin tahunan kucing, deworm, spay and neuter, segala. Dan pastinya, masih banyak yang aku belum tahu.

Antara tips terpenting untuk tahu sama ada kucing sihat atau tidak adalah berdasarkan selera makannya. Kalau sudah sampai tiga hari tiada selera makan, memang ada masalah. Terus saja bawa berjumpa vet. Bukan semua benda boleh di-Google.

MELLET

Jadi, kembali semula ke cerita paling atas. Doktor mengagak Mellet ada masalah pernafasan kerana hidung Mellet bengkak sedikit di bahagian tulang hidungnya. Aku juga tidak pasti. Sebab rasanya hidung Mellet memang begitu. Hopefully, tiada yang serius.

Akhirnya, seperti tujuan asal ke klinik, Mellet cuma divaksin.

#sharingiscaring

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s